Bab 24

8.5K 477 25
                                    

🎸🎸🎸





Nuh mengangkat muka apabila mendengar derapan langkah mendekatinya. Dia kembali menegakkan badan apabila orang yang dinanti berada di depannya.

"Hana." Nuh terlebih dahulu menegur.

Semalam dia ada menghantar pesanan pada Hana, meminta gadis itu datang ke taman belakang.

Hana langsung tidak membalas dan dia tak sangka gadis itu datang juga setelah hampir sejam dia menunggu.

"Ada apa?"

"Duduklah dulu."

Hana melarikan wajah seketika dan akhirnya dia mengambil tempat berhampiran Nuh.

Wajah lelaki itu tidak dipandang. Lama juga masing masing hanya mendiamkan diri sebelum Nuh yang mula membuka bicara.

"First sekali saya nak minta maaf."

Hana menoleh pada Nuh dan apabila mata lelaki itu bertentang dengannya, segera wajahnya ditundukkan.

"Hana, saya minta maaf banyak banyak kalau apa yang saya buat pada awak selama ni, awak salah faham dengan perbuatan saya. Saya tak maksudkan apa apa. Bila saya cakap awak kawan saya, jadi hanya setakat tu. Awak kawan saya, Hana."

Nuh menghentikan kata kata. Dia mengintai reaksi Hana. Beku. Dia tidak dapat membaca riak wajah yang bersahaja itu.

"Saya...tak tahu perasaan suka awak pada saya macam mana. Saya harap hanya sekadar itu. Awak lupakanlah semuanya. Jangan...suka saya lebih dari seorang kawan. Saya tak benarkan. Awak akan kecewa nanti."

Hana angkat wajah. Kali ini dia langsung tidak mengalihkan wajah. Dia cuba berlagak selamba namun dalam hatinya terluka. Remuk redam dirasakan dengan setiap kata yang Nuh ungkapkan.

"Kita mungkin dah tak boleh kerap berjumpa lepas ni. Jaga diri baik baik, ya. Saya pergi dulu." Nuh bangun dari bangku namun mata masih melekap di wajah Hana.

"Nuh." Hana memanggil apabila Nuh mula pergi. Langkah Nuh terhenti, menoleh padanya.

"Kenapa? Kenapa awak buat macam tu?"

"Apa maksud awak?" Nuh bertanya tidak mengerti. Dia berdiri menghadap Hana yang masih duduk.

Hana menunduk, tersenyum kecil. "Awak main mainkan hati saya."

"Hana, bukan macam tu. Tak pernah terdetik pun dalam hati saya nak main mainkan awak. Saya ikhlas berkawan dengan awak. Saya suka habiskan masa dengan awak. Tapi untuk sukakan awak melebihi dari seorang kawan..." Nuh menghentikan kata kata. Kepala digelengkan.

Hana mengeluh. Jelaslah, perasaannya tidak bersambut. Dia hanya bertepuk sebelah tangan. Nuh tidak mempunyai perasaan yang sama dengannya.

Buat pertama kali dia mengaku pada seorang lelaki dan sekaligus ditolak mentah mentah.

"Awak tak boleh buat macam tu pada mana mana perempuan sekalipun, Nuh."

Nuh terdiam menanti bicara Hana.

"Awak suruh dia temankan awak bila awak susah, awak pegang tangan dia bila awak resah, awak pujuk dia bila dia merajuk, awak sentiasa ada untuk buatkan dia tersenyum. Lepas tu awak cakap pada dia jangan suka awak lebih dari seorang kawan?"

I Like You | ✔Where stories live. Discover now