Bab 27

8.7K 472 7
                                    

🎸🎸🎸




Mata tertumpu pada Hana. Gerak geri gadis itu diperhatikan. Akhirnya, dia bangun, mendekati Hana.

Tadi, kumpulannya menerangkan kepada anak anak orang asli di situ tentang kebersihan tangan dan menunjukkan kepada mereka cara cara untuk membasuh tangan dengan betul.

"Hana..."

Hana menoleh sekilas dan kembali menumpukan perhatiannya pada kanak kanak di depannya.

"Hana." Kali ini keras Nuh memanggil. Geram apabila gadis itu langsung tidak mempedulikannya.

"Jangan kacau saya la Nuh. Awak pergi tangok budak budak awak tu."

"Mereka dah selasai la. Tengok tu." Nuh menunjuk ke arah sekumpulan kanak kanak yang sedang menikmati roti.

"Jadi pergilah layan mereka makan. Saya tak ada masa nak dengar apa yang awak nak cakap." Hana menekan kata katanya. Tidak mahu Nuh terus bercakap dengannya.

Nuh terdiam. Dan apabila Hana mengagihkan makanan pada kanak kanak yang ada di situ, Nuh semakin mendekat.

"Saya tolong ya." Tanpa menunggu balasan dari Hana, dia terus mendekati. Bungkusan makanan dicapai dan dihulurkan pada kanak kanak yang sudah beratur menunggu giliran itu.

"Awak marah saya ke?" Sempat Nuh bertanya. Perlahan saja, cukup di pendengaran Hana.

Hana diam. Jadi Nuh turut mendiamkan diri. Selesai pengagihan makanan, Hana mengumpulkan kotak kotak kosong. Nuh mengekori. Menghulurkan bantuan dengan apa saja yang gadis itu lakukan.

"Awak belum jawab soalan saya." Nuh berkata setelah kerja mereka selesai.

"Soalan apa?" Hana sengaja menunjukkan wajah bosannya.

"Awak marah saya?"

"Tak."

"Nampak macam marah." Nuh mengagak.

"Saya tak marah. Boleh tak awak jangan ikut saya? Tak payah kacau saya. Ramai lagi kawan kawan awak kat sana." Hana menunjuk ke arah sekumpulan pelajar perempuan. "Pergi cakap dengan mereka. Saya tak nak cakap dengan awak."

Nuh mengerling ke arah yang ditunjukkan oleh Hana sebelum kembali memandang gadis itu. "Saya nak cakap dengan awak." Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Saya tak nak." Hana menjongket kening sebelum meninggalkan Nuh.

"Kenapa tak nak? Takut tunang marah?" Nuh menyaingi langkah Hana.

Gadis itu hanya menjeling tajam padanya.

"Hana..."

"Apa! Saya dah cakap saya tak nak cakap dengan awak. Saya tak nak jumpa awak. Eii, dia ni tak faham betul la. Pergilah sana. Kenapa masih nak ikut ikut saya ni?" Hana membebel membuatkan Nuh tersengih.

"Nak tahu kenapa?" Nuh bertanya membuatkan langkah Hana terhenti. Tangan disilangkan ke dada.

"Kenapa?" Garang Hana bertanya.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now