🎸🎸🎸
"Saya perasan kedai runcit awak kat dalam kolej tu dah tutup. Kenapa?" Hana bertanya setelah beberapa ketika mereka berbual kosong.
Petang tadi, agak terkejut juga apabila Lianna datang menemuinya. Katanya ada perkara nak dibualkan. Jadi dia ikut saja Lianna ke kafe ini.
"Ya. Saya dah tutup kedai tu. Ada masalah sikit."
"Oh..." Hana intai riak wajah sugul di depannya.
Agak terganggu sebenarnya. Lianna kelihatan sangat tidak terurus.
"Saya sebenarnya nak minta tolong dengan awak, Hana."
"Kenapa ni? Awak ada masalah?"
Lianna angkat wajah memandang Hana. "Saya... mengandung."
Hana terkesima. "Ann..." Tangan Lianna diraih. "Ya Allah, Ann."
"Empat bulan, Hana. Empat bulan saya tanggung malu. Saya tak sanggup lagi. Tolonglah, saya."
"Awak nak saya tolong apa? Saya akan cuba bantu awak." Hana meyakinkan.
"Noah."
Hana mengerutkan kening.
"Izinkan saya kahwin dengan Noah..."
Terlepas pegangan tangan Hana pada wanita itu. Dia menggelengkan kepala. "Apa awak cakap ni? Bukan Nuh yang buat awak mengandung." Bergetar suara Hana.
"Memang bukan dia. Tapi saya perlukan dia. Saya sayangkan dia, Hana. Saya tahu, sebab saya dirogol dan mengandung begini yang membuatkan dia pilih awak jadi isteri dia."
Hana mengetap bibir. "Jadi, dia takkan pilih saya sebagai isteri dia kalau awak masih suci?" Sinis.
"Ya! Dia baik dengan saya. Dia selalu tolong saya. Saya yang selalu temankan dia ke gym, saya yang temankan dia di gelanggang. Dia bahkan izinkan saya tinggal dengan dia lepas mak saya meninggal. Awak tak faham ke, Hana? Awak hanya pilihan kedua dia. Jadi tolong izinkan saya kahwin dia. Saya tak minta lebih, tolonglah." Mendesak suara Lianna.
Hana menggenggam kuat tangannya. Terasa mahu saja dilempang wajah di depannya ini.
"Awak tak perlukan keizinkan saya kalau betul Nuh nak kahwin dengan awak. Masalahnya sekarang, nak ke Nuh kahwin dengan awak?"
Mata Lianna tajam memandangnya seusai ayat itu diucapkan.
Hana bangun, capai beg dan dia terus berlalu meninggalkan Lianna tanpa berkata apa apa lagi.
🎸🎸🎸
Nuh merenung wajah isterinya yang kelihatan termenung jauh. Pelik, tiba tiba saja Hana mendiamkan diri dan hanya mengelamun sebaik saja pulang dari kolej tadi.
"Wife..."
Diam.
Nuh mendekati Hana yang duduk di meja kerja. "Sayang." Bahu Hana dipeluk sedikit.
Terenjat, Hana berpaling mengejut pada Nuh di sisi. Dada diusap usap.
Nuh tergelak kecil dengan reaksi Hana. "Kenapa ni? Terkejut sangat."
Hana menggeleng. Nuh dipandang dari atas ke bawah. "Awak nak ke mana?"
Suaminya sudah siap memakai t shirt putih, berlapikkan kemeja hitam di luar. Seluar jeans berwarna hitam turut dikenakan.
YOU ARE READING
I Like You | ✔
General Fiction[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau yang bernama cinta, Kau yang memberi rasa, Kau yang ilhamkan bahagia ~ Hana Nadeera, pertama kali be...