Bab 11

9.1K 518 6
                                    

🎸🎸🎸




"Kenapa?" Doktor bertanya membuatkan Nuh terdiam.

"Kami perlukan bekalan darah untuk ibu awak. Ada komplikasi semasa pembedahan. Darah yang ada tak bersesuaian untuk ibu awak. Kalau awak tak boleh, mungkin boleh call saudara terdekat?"

Wajah Nuh jelas semakin tegang. Termenung tanpa membalas kata kata doktor.

"Doktor, darah saya jenis O. Mungkin sesuai?" Hana tiba tiba mencelah.

"Boleh, buat pemeriksaan dulu. Ikut nurse ya."

Hana melangkah mengikut jururawat yang dari tadi menunggu. Sekilas pun dia tidak memandang Nuh yang kelat wajahnya.

Selepas darahnya diambil, mereka melakukan ujian sebelum membawa darahnya masuk ke bilik pembedahan. Darahnya sesuai untuk Pn Zayana.

Hana kembali ke tempat menunggu. Nuh kelihatan menekur di lantai. Menunduk tanpa menyedari kehadirannya di situ.

Hana mengambil tempat di salah satu kerusi di depan bilik pembedahan, selang beberapa kerusi dari Nuh. Lelaki itu mengangkat muka mmemandannya namun Hana tidak mengendahkan Nuh.

Nuh bangun, duduk di sebelah Hana. "Saya minta maaf." Dia berkata lirih. Matanya tepat di wajah Hana.

"Kenapa nak minta maaf pada saya?" Hana turut memandang Nuh. Wajah tanpa senyuman dan sedikit tegang.

"Sepatutnya...saya yang beri darah saya untuk ibu. Bukan cik."

"Habis tu kenapa awak tak buat macam tu?" Hana bertanya tanpa riak. Sedikit sebanyak dia kecewa dengan tindakan Nuh.

"Saya tak boleh."

"Kenapa tak boleh? Awak ada HIV ke apa? Awak ambil dadah?" Hana bertanya bertalu talu.

Nuh menggeleng.

"Habis tu apa?"

Nuh diam. Melarikan pandangan.

"Nuh! Jangan main main boleh tak. Ibu awak sedang bertarung nyawa kat dalam sana tapi apa awak buat kat luar ni? Sikit pun awak tak boleh nak support ibu awak? Apa masalahnya sampai awak sanggup risikokan nyawa ibu awak ni?" Hana sudah menghamburkan amarahnya.

Nuh masih begitu. Menunduk dan terdiam. Langsung tidak mahu mempertahankan diri. Langsung tidak mahu menjelaskan situasi yang dihadapi.

Biarlah Hana memarahinya. Itu lebih baik daripada gadis itu mengetahui kebenarannya.

"Saya kecewa dengan awak. Saya ingat awak akan lakukan apa saja untuk ibu awak." Hana menggeleng. Bukan masalah darahnya yang diambil menjadi persoalan. Sikit pun dia tak kisah untuk mendermakan darahnya pada Pn Zayana.

Tapi dia kesal dengan Nuh. Beria ia Nuh menyuarakan kegelisahan sehingga dia sanggup menemankan lelaki itu di sini. Dia bahkan membiarkan Nuh memegang tangannya seketika apabila melihatkan keresahan lelaki itu.

Namun, pengorbanan sekecil ini pun Nuh tak mampu lakukan untuk Pn Zayana? Silap besar dia datang menemani lelaki itu.

Apa Nuh hanya mengambil kesempatan atas dirinya?

Beg tangannya dicapai. Tak berfikir panjang, Hana melangkah pergi. Rasanya cukuplah apa yang dia telah lakukan untuk pelajarnya hari ini.

Nuh langsung tidak menghalang apabila Hana meninggalkannya. Mata dipejamkan. Tubuh disandarkan pada kerusi.

I Like You | ✔Where stories live. Discover now