Bab 40

11.2K 464 21
                                    

🎸🎸🎸






"Papa dengar dari Fakhrul, ceritanya lain." En Hasnol bersuara setelah Hana menceritakan semuanya.

Hana dan Nuh berpandangan sesama sendiri.

"Fakhrul cerita apa?" Hana bertanya.

"Fakhrul call papa pagi tadi. Dia cakap dia dah tahu siapa yang pukul dia."

Hana membuntangkan mata, terus dia memandang Nuh namun lelaki itu kelihatan agak tenang. Dia pula yang menggelabah.

"Siapa yang pukul Fakhrul?" Cepat cepat Hana bertanya.

"Kekasih adik."

"Hah?" Hana tercengang.

"Fakhrul cakap adik curang, ada lelaki lain belakang dia. Bila lelaki tu tahu adik dah bertunang, dia pukul adik. Fakhrul cuba pertahankan adik tapi dia pula yang kena pukul."

Hana menggeleng mengetahui kelicikan Fakhrul. Nuh tersenyum sinis.

"Papa lebih percayakan Fakhrul berbanding adik?" Sebak suaranya.

"Papa tak cakap papa percayakan Fakhrul. Cuma sekarang ni papa dengar dua cerita yang berbeza."

"Pa! Adik kena pukul dengan Fakhrul! Kalau betul adik kena pukul dengan orang lain. Kenapa adik nak tuduh Fakhrul pula?"

En Hasnol melepaskan keluhan. "Fakhrul cakap kekasih adik ugut adik."

"Pa, adik tak pernah ada kekasih sebelum bertunang dengan Fakhrul."

En Hasnol terdiam. Nuh dipandangnya. "Nuh siapa dik?"

Hana menjeling pada Nuh sekilas. Tiada tanda tanda lelaki itu akan membuka mulut.

"Adik sukakan Nuh tapi adik tak pernah ada apa apa hubungan Nuh."

Nuh terkesima, tidak menyangka Hana akan membuat pengakuan sebegitu di hadapan papanya.

"Nuh yang banyak tolong adik kat sana. Nuh jaga adik dari Fakhrul. Jujur adik cakap pada papa, adik tak pernah sayangkan Fakhrul. Adik bertunang dengan dia hanya sebab papa."

"Nuh, kamu suka Hana?" En Hasnol tiba tiba bertanya kepadanya.

Nuh bungkam. Lama barulah dia membuka mulut. "Saya... hanya anggap Hana kawan saya. Tak lebih dari tu."

Hana terus memandang Nuh. Sakit hatinya dengan kata kata Nuh. Benarlah, Nuh memang tidak pernah serius dengannya. Hana bangun dari sofa, meninggalkan Nuh bersama En Hasnol. Dia terus masuk ke dalam biliknya.

Nuh menunduk.

"Nampaknya Hana betul betul sukakan kamu."

Nuh memandang En Hasnol. "Saya dah cakap pada Hana. Hana tahu. Saya tak pernah fikir... untuk buat hubungan kami lebih serius. Kami hanya kawan."

"Kalau macam tu tak apa lah. Uncle bukan apa. Kalau betul Fakhrul buat macam tu pada Hana, uncle takkan teragak agak untuk putuskan pertunangan mereka. Uncle hanya nak yang terbaik untuk Hana. Uncle ingat Fakhrul yang terbaik rupanya tak. Kali ni, uncle serahkan pada Hana saja soal jodoh dia."

I Like You | ✔Where stories live. Discover now