ACDA1

5.6K 192 28
                                    

"Betul ke general?Mestilah saya nak!!"ujar Ali gembira.

General Rama hanya mengangguk pada Ali.Alicia sudah mula muak dengan perangai Ali yang macam budak-budak tu.

"Kot ye pun tak payahlah nak excited sangat"ujar Alicia sambil menjeling Ali.

Ali hanya mendengus mendengar kata-kata Alicia.

"Hek eleh, biarlah!!Aku excited pun!! Kau sibuk apahal?!!"balas Ali.

Alicia hanya memutar matanya.

Keesokan hari...

Semasa di dalam kelas, puan Muna sedang mengajar mata pelajaran Sains dan tiba-tiba...

(TOK TOK TOK!!)

Puan Muna menoleh ke arah pintu.

"Ya cikgu Bidin. Nak apa??"tanya puan Muna pada orang yang mengetuk pintu 'Cikgu Bidin'.

"Saya ada sedikit pengumuman tentang err... Aktiviti kokurikulum. Sini ada senarai murid-murid yang masih belum mendaftar di mana-mana kelab"ujar cikgu Bidin lantas memandang Ali.

"Ali..."sambung cikgu Bidin.Ali hanya tersentap kerana namanya disebut.

"Itu saja"ujar cikgu Bidin.Ali hanya menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Disebabkan kamu belum mendaftar dalam mana-mana kelab, dan kelab lain sudah penuh. Maka kamu secara automatiknya akan dimasukkan ke dalam kelab mengumpul setem"jelas cikgu Bidin panjang lebar.

"Err... Cikgu"panggil seseorang. Cikgu Bidin hanya menoleh.

"Ya?"tanya cikgu Bidin.

"Saya pun belum mendaftar mana-mana kelab lagi"jelas orang tu.

"Emm... Takpa, kamu akan disenaraikan dalam senarai murid-murid berkecuali"jawab cikgu Bidin dengan senyum terpaksa.

Pandangan cikgu Bidin beralih kepada Ali.

"Ali, jangan lupa hadir ke bilik 52 lepas habis waktu sekolah nanti"pesan cikgu Bidin pada Ali.

SKIP

"Haduu... Bosannya!Mana ada orang kumpul setem lagi sekarang ni. Kau rasa kalau aku minta tukar, boleh tak?"tanya Ali pada orang di sebelahnya, Viktor.

"Tidaaak!!"jerit Viktor tiba-tiba dan menoleh ke arah Ali.

"Hehe, mungkin boleh"jawab Viktor dan terus sambung main game Detektif Jebat.

Ali hanya mendengus.

Tiba-tiba ada orang yang memanggil Viktor.

"Viktor!! Cepatlah!! Dah nak mula!!"jerit seseorang dari bilik kelab E-Sport.

"Okaylah, nanti aku dah habis, kau on tau"pesan Viktor sambil mencubit pipi chubby Ali.

Ali menepis tangan Viktor.

"Haihh... Yela yelaa... Aduu... Sakit pipi aku"jawab Ali sambil mengusap pipinya yang menjadi mangsa cubitan Viktor.

Ali pun terus berlalu untuk mencari bilik kelab setem.

"Err... 49... 50... 51..."

Ali terus mencari bilik itu.

Tapi tiba-tiba matanya terhenti pada sebuah bilik yang ditampal nombor 52 pada pintunya. Ali pun mendekati bilik itu dan membuka pintunya.

"Ni ke biliknya? Nampak macam stor je..."gumam Ali lantas masuk ke dalam bilik tu.

Tiba-tiba ada orang yang membuka pintu bilik tu.

Ali menoleh...

"Alicia?"tanya Ali sedikit bingung.

Alicia hanya membuat muka datar.

"Takkanlah... Kau pun masuk kelab setem juga??"tanya Ali sambil yang lebih tepatnya berbisik.

"Serius, kau masih tak faham?"tanya Alicia pula.

"Hah?"Ali masih blur.

Alicia hanya menepuk dahinya.

"Hadui budak ni!! Mana ada kelab setem!!"ujar Alicia sambil menahan geram.

Tak lama kemudian, cikgu Bidin masuk ke dalam bilik itu.

"Aaa... Kamu berdua dah sampai, bagus..."ujar cikgu Bidin tiba-tiba.

"Cikgu,saya nak mohon tukar..."

"Shhh!!"cikgu Bidin menghentikan Ali dari bercakap.

Cikgu Bidin menggerakkan jari kedua-dua tangannya dan mengambil setem dari belakang telinga Ali dan setem tu diberikan pada Ali juga Alicia.

Cikgu Bidin mengambil sebuah buku merah dan menyuruh Ali dan Alicia meletakkan setem itu pada buku itu dan terpaparlah wajah masing-masing.

Tiba-tiba ada sebuah pintu rahsia terbuka dari belakang almari di dalam bilik itu.

"Cikgu pun..."Ali tak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Itu ID card kamu. Jangan hilangkan"pesan cikgu Bidin dan memberikan ID card pada Ali.

"ID?? Buat apa?? Kita nak pergi mana ni??"tanya Ali bertubi-tubi pada cikgu Bidin yang sedang berjalan ke arah pintu.

"Akademi... Latihan... M.A.T.A..."jawab cikgu Bidin.

Ali hanya tersenyum teruja dan terus masuk ke dalam laluan rahsia itu.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt