ACDA50

1.4K 97 155
                                    

*Di markas Uno*

"Cinco!Kau dah jumpa lokasi akademi M.A.T.A ke belum?!"soal Uno pada Cinco yang sedang membelek-belek tablet barunya yang dibeli oleh Uno.

(Sapa ingat bab tablet Cinco hancur berkecai tu chapter berapa?Author lupalah...😅)

"Sudah Uno,terima kasih pada Khai sebab dialah yang dah berikan mikrocip yang penuh dengan data-data dan lokasi akademi M.A.T.A pada saya untuk dianalisis..."jawab Cinco sambil memandang Khai yang masih sibuk berlatih biasakan diri dengan senjatanya.

Khai yang mendengar namanya disebut menoleh ke arah Cinco dan Uno.

"Bagus Khai..."ujar Uno sambil menepuk tangannya perlahan.

Khai hanya menunduk hormat pada Uno.

"Tapikan Uno,bila kita nak serang akademi?"tanya Khai tiba-tiba.

"Sabar dulu,kita masih memerlukan rancangan terperinci untuk melakukan serangan!Jadi kita tak boleh terburu-buru!"sampuk Cinco.

"Aku rasa...Kita patut serang akademi dalam tempoh 2 hari lagi..."ujar Uno sambil smirk.

"Tapi Uno,tak rasa ke yang tu terlalu cepat?"tanya Khai lagi.

"Betul tu Uno!Rasanya kita patut lewatkan sikit supaya kita dapat buat rancangn dengan lebih terperinci..."Cinco menyokong pendapat Khai.

"Jangan risau...Aku dah siapkan rancangan kita dari awal lagi..."ujar Uno dengan senyuman psiko.

"Errr..."Khai dan Cinco nampak masih ragu dengan Uno.

"Hoi!Aku cakap ada rancangan tu percaya jelah!Aku belasah dua-dua ekor nanti,apa pun takda!!"bentak Uno sambil menunjukkan penumbuk,penampar dan penyepaknya ala-ala Kung Fu.

"Erk!Yelah-yelah..."balas Khai dan Cinco yang dah meremang dengan keganasan Uno sebagai seekor Kung Fu Panda.

*Sementara itu di rumah Ali*

Ali yang dah siap mandi berjalan ke arah ruang tamu untuk mencari Rudy.Dia mesti tanya apa sebabnya dengan segera.Sebelum terlambat...

*Di ruang tamu*

Ali melihat Rudy masih lagi sibuk bermain dengan phonenya tanpa berganjak sedikit pun.

Ali menarik nafas dalam-dalam sebelum berjalan menghampiri Rudy.Selepas berasa agak tenang,dia pun menghampiri Rudy dan memulakan perbualan.

"Err...R...Rudy..."panggil Ali perlahan.

Rudy hanya mendiamkan diri dan buat-buat tak dengar panggilan Ali.

"Rudy...Kau dengar tak??Aku nak tanya nii..."rayu Ali sambil memegang tangan Rudy.

Rudy still diam dan tak mahu melayan Ali.

"Rudy!Kau dengar takk?Aku nak tanya kau ni..."panggil Ali lagi dengan suara yang bergetar macam nak nangis.

Rudy yang mula naik darah meletakkan phonenya dengan kasar ke atas sofa dan terus bangun dan melihat Ali dengan muka tak puas hati.

"Apa?!!"bentak Rudy sehingga membuatkan Ali tersentak.

"A...Aku..."Ali terpaksa menghentikan kata-katanya kerana suaranya seperti tak mahu keluar.

"Apa dia?!!Cakaplah!"Rudy terus-terusan membentak Ali memaksanya untuk memberitahu apa yang ingin disampaikan.

Ali masih lagi kaku.Matanya dah berair.Tapi dia tetap memaksa dirinya untuk memberitahu Rudy apa yang ingin disampaikan.

"A...Aku nak tanya...Kenapa kau jauhkan diri dari aku?"tanya Ali yang masih menahan tangisannya dan menundukkan kepalanya.

"Mana ada aku jauhkan diri dari kau..."jawab Rudy tenang.

"Be...Betul ke?"tanya Ali sambil mengangkat kepalanya.

"Betullah,aku bukannya jauhkan diri dari kau.Aku cuma...Ben Ci Kan kau je!!!"tengking Rudy tiba-tiba.

"T...Tapi kenapa?"tanya Ali dengan suatu esakan perlahan di hujung ayatnya.

"Kau nak tahu kenapa?"tanya Rudy dengan nada berlagak.

Ali hanya mengangguk perlahan.

"Sebab...Kau ni penipu!!!"herdik Rudy dan menolak Ali sehingga terduduk di atas lantai.

"Penipu?Apa kau cakap ni?Aku tak fahamlah!"soal Ali yang dah mula marah.

(PAAK!)

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Ali.Ali meringis dalam kesakitan.

"Kau dah mainkan perasaan aku!!Dasar curang!!"tengking Rudy.

"Curang?Sejak bila aku curang dengan kau??Apa yang aku dah buat sampai kau tergamak cakap macam ni dengan aku?!"soal Ali cuba melawan Rudy.

Rudy mengambil phonenya dan membuka galerinya untuk mencari bukti.

"Ni!Nampak ni!Apa ni?!!Hah?!Apa?!!"soal Rudy dengan mukanya yang dah merah padam menahan marah.

Ali terkejut melihat apa di depan matanya.Ianya ialah gambar-gambar dia sewaktu Khai buat 'benda' tu dengan dia!

"R...Rudy!Aku boleh jelaskan!"ujar Ali cuba membela dirinya.

"Jelaskan?!Apa je yang nak dijelaskan?!Bukti dah kukuh!Aku nampak semua ni depan mata aku!Kau faham tak?!"tengking Rudy dan menampar pipi Ali untuk kali kedua.

"Aku terpaksa buat!Kalau tak..."kata-kata Ali dipotong oleh Rudy.

"Diam!"

"Kalau aku tak buat..."

"Diam!"

"Kalau aku..."

"Diam!"

"Khai akan bunuh kau kalau aku membantah!!!"akhirnya Ali dapat menghabiskan ayatnya yang asyik dipotong Rudy.

"Aku kata diam!!!Kau ni tak faham bahasa ke apa?!!"bentak Rudy sambil mengeluarkan sebilah pisau lipat dari dalam poket seluarnya dan dihayunkan tepat ke arah jantung Ali.

Ali hanya memejamkan matanya dan berharap semuanya akan berakhir.

Tiba-tiba Ali merasakan kola bajunya ditarik oleh Rudy.

"Nasib baik aku ni masih ada kewarasan supaya tak bunuh kau!!!"ujar Rudy perlahan dengan nada psiko dan menolak Ali buat kali kedua.

"Oh,dan,ingat lagi tak?Waktu kau tanya 'Kalau suatu hari nanti aku pergi kau rasa apa?' ingat tak?"tanya Rudy dengan pose berfikir.

Ali hanya mengangguk perlahan.

"Baiklah,aku akan jawab dengan 100% kejujuran sekarang...Aku rasa happy sangat!Bahagia kalau kau pergi dari hidup aku!Kalau kau pergi selamanya dari hidup aku pun aku tak kisah!Sebab apa?Sebab kau hidup pun asyik menyusahkan aku je!Sekejap-sekejap merajuk!Nak kena pujuklah apalah!Aku bosan!"luah Rudy yang membuatkan hati Ali terhiris dengan 1001 bilah pedang dan pisau.

Kemudian,Rudy mendekatkan mukanya ke telinga Ali.

"Aku rasa,lagi cepat kau pergi dari hidup aku,lagi cepatlah aku bahagia..."bisik Rudy dengan kata-kata yang sungguh pedas dan terus meninggalkan Ali di situ.

Ali memandang pemergian Rudy dengan air mata berjurai-jurai jatuh membasahi pipinya.

"Hiks...Hiks...Aku tak sangka selama ni kau memang nak aku mati Rudy..."desis Ali dalam esak tangisnya.

TBC...

Huaaaa!!!Sedih pulklh chapter kali ni!!😭😭😭😭Has anybody cry??Please tell me!!😭😭

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now