ACDA13

2.2K 138 38
                                    

"Kenapa kau... Ialah, blush??"tanya Rudy, masih tidak mengalihkan pandangannya dari Ali.

"B-blush?!! Mana ada!!"jawab Ali sambil cuba menutup mukanya yang merah seperti tomato.

"Iyeke tak blush~?? Mari sini aku tengok..."ujar Rudy sambil mengangkat muka Ali agar dia dapat melihat muka blush Ali yang cuba disembunyikan.

Ali blush makin teruk sehinggakan jantung Rudy dab, dub, dab, dub bila tengok Ali.

"Alahaaai... Comelnya kau ni Ali!!"monolog Rudy di dalam hati.Yela, kalau jerit kuat-kuat tak pasal-pasal kantoi.

Rudy tak sedar yang perlakuannya diperhatikan oleh semua kawan-kawannya termasuk mentor-mentor. Tapi antara kawan-kawannya, group perempuanlah yang paling kecoh. Bukan kecoh memekak, tapi kecoh dengan acara bergosip-gosip.

"Eh eh korang, apa Rudy buat tu??"tanya Moon agak teruja.

"Entah, tapi aku rasa... Diorang tu sweet juga..."jawab Roza sambil tersenyum-senyum.

"Kau rasa Rudy dengan Ali tu ada apa-apa ke??"tanya Mika ingin tahu.

"Aku rasa kan..."

Semua menoleh kepada si pemilik suara.

"Apa yang kau rasa Alicia??"tanya Moon pada si pemilik suara.

"Aku rasa...Rudy tu suka kat Alilah"sambung Alicia.

Iman tersedak mendengar penjelasan Alicia.

"M-maksud awak, Rudy tu... K-kunyit ke?!!"tanya Iman agak terkejut plus rasa nak pengsan.

"Ye, kenapa??"tanya Alicia sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Hmm... Takda apa-apalah. Saya cuma... Terkejut je..."jelas Iman sambil menggaruk pipinya.

"Oh macam tu..."balas semua ejen perempuan.

"Eh korang, aku rasa aku ada satu plan..."ujar Moon tiba-tiba.

"Ha, apa dia plan kau??"tanya Roza teruja.

"Ha... Macam ni, mula-mula kita..."

Sementara di tempat ejen lelaki...

Sama seperti di group ejen perempuan... Bulat, Zass, Jet dan Chris kecuali Khai juga sedang bergosip yang lebih sesuainya berbisik-bisik tentang adegan sweet antara Rudy dan Ali.

"Weh, 'sweet'nya Rudy dengan Ali tu!! Kau rasa Rudy tu suka Ali ke??"tanya Bulat yang terharu?? Melihat adegan itu.

"Ye kot... Entahlah...Aku tak tahu"jawab Jet yang juga terharu dengan adegan itu.

Zass pula hanya membuat gaya mengipas-ngipas dirinya dan akhirnya rebah ke tanah kerana tak tahan dengan suasana yang terlalu sweet.

"Ambo rasa kita patut tanya pada ejen-ejen perempuan... Yelah, sebab kalau bab-bab macam ni, dioranglah professional..."cadang Chris. Kemudian, matanya terpandang Khai yang hanya diam dari tadi.

"Eh Khai, kenapa dari tadi mu diam je??"tanya Chris yang membuatkan kesemua mata ejen lelaki tertumpu pada Khai.

"Haaa... Aku tahu!! Kau jealous Rudy sweet-sweet dengan Ali kan~??"usik Jet sambil menyiku-nyiku lengan Khai.

"J-jealous?!! Apa kau merepek ni?!! Kenapa pula aku nak jealous?? Lagipun Ali tu kan cuma kawan aku. Ia takkan jadi lebih dari tu!!"bohong Khai dengan gelabah.

Ejen-ejen lelaki hanya menyilangkan tangan di dada.

"Ye ye je..."perli ejen-ejen lelaki dengan nada mengusik.

"Ish!! Betullah!!"bentak Khai menahan malu.

"Rilex bro... Kitorang gurau je...  Kan?"tanya Bulat sambil memandang kawan-kawannya. Yang lain hanya mengangguk setuju dengan Bulat.

Sementara Ali dan Rudy pula...

Mentor-mentor hanya memandang adegan Ali dan Rudy tu dengan tiada perasaan. Kemudian, ejen Bakar berjalan menghampiri Ali dan Rudy dan...

(PAKK!!)

Ejen Bakar menepuk tangannya untuk menyedarkan Ali dan Rudy yang fikirannya dah melayang entah kemana.

Ali dan Rudy tersedar dari lamunan masing-masing dan terpinga-pinga seketika. Rudy melepaskan tangannya dari muka Ali apabila melihat ejen Bakar berdiri desebelahnya.

Ali dan Rudy blush dan menundukkan kepalanya kerana malu. Rudy tak sangka yang dia berbuat begitu di tempat public macam ni.

"Haduhh... Apa aku buat ni??"monolog Rudy.

Ali pula tak sangka yang Rudy bersikap sangat lemah lembut padanya. Tapi dia juga berasa malu kerana membiarkan Rudy buat macam depan semua kawan-kawannya dan depan mentor-mentor.

"Ke-kenapa aku tak tepis je tangan Rudy tu tadi... Teruk betullah!!"monolog Ali.

"Jadi... Boleh kamu berdua bergerak ke bilik latihan khas kamu berdua sekarang??"tanya ejen Bakar yang membuatkan Aii dan Rudy tersentak dari lamunan masing-masing buat kali kedua.

"B... Boleh!!"jawab Ali dan Rudy serentak dengan gugup.

"Kalau dah sedia, mari ikut saya ke bilik latihan kamu berdua"pelawa ejen Bakar lalu membuka langkah untuk menunjukkan jalan pada mereka berdua.

Ali dan Rudy hanya mengikut saja.

Ejen-ejen muda yang lain hanya terpana melihat Ali dan Rudy sehingga tak ingat nak berlatih.

"Yang lain pergi mulakan latihan sekarang!!!!"sergah ejen Leon tiba-tiba yang membuatkan kesemua ejen muda bergegas menuju ke arena yang mana ejen Geetha dan ejen Karya sudah menunggu mereka untuk memulakan latihan.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora