ACDA23

1.7K 126 47
                                    

-30 minit kemudian-

Ali telah pun siap memasak dan ingin memanggil Rudy yang duduk di ruang tamu.

*Di ruang tamu*

"Rudy...Tu dia aku dah siap masak.Kau kata tadi nak...Eh?"kata-kata Ali terhenti apabila dia melihat sofa tempat Rudy duduk tadi kosong?

"Aii?Mana pula si landak ni pergi?Tadi macam dah kelaparan sangat"gumam Ali.

Tiba-tiba...

(PUKK!!)

"Adooheh!!"jerit seseorang dari tingkat atas.

"Eh?Tu macam suara Rudy je?"soal Ali dan terus berlari ke tingkat atas(bilik dia).

*Di atas*

"Rudy...Ooo...Rudy...Kau ada kat atas ni ke?"panggil Ali sambil membuka pintu biliknya.

(SREET SREET!)

"Ali~"bisik seseorang di telinga Ali dengan suara yang menakutkan.

"S...Siapa tu?"tanya Ali yang dah mula takut.

"Ni akulah~"jawab orang itu yang entah sejak bila dah berdiri kat belakang Ali.

Ali menoleh ke belakang dengan takut-takut.Apabila menoleh...

"Waaaaaaaaaaaaaagh!!!!Hantu landak pontianak!!!!Aaaaaaargh!!!"jerit Ali sehingga terduduk di atas lantai dan menutup matanya.

"Ali!Janganlah takut,ni akulah!Rudy!"ujar orang yang dikatakan hantu landak pontianak tu'Rudy'.

"Bukalah mata kau"pujuk Rudy.

Ali membuka matanya dan melihat Rudy.

"Haih?Rudy?!Apasal satu badan kau putih melepak ni?Kau mandi tepung eh?"tanya Ali bertubi-tubi.

Rudy hanya menghela nafas.

"Bukan mandi tepunglah..."jawab Rudy malas.

"Habis tu?"tanya Ali lagi.

"Ceritanya macam ni..."Rudy memulakan ceritanya.

Flashback on••

Rudy hanya sabar menunggu Ali siapkan makanan sambil main Rolling Sky kat phone dia.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pelik datang dari bilik Ali.

(CITT CITT!)

Rudy pun bergegas naik ke bilik Ali dengan membawa kayu besbol Ali.

*Di atas*

Rudy masuk ke dalam bilik Ali dengan berhati-hati.

Apabila dia masuk,dia ternampak seekor binatang sedang menerkam sesuatu.Rudy pun apa lagi,terus hayun kayu besbol kat binatang tu.

"Meooooww!!"jerit binatang itu dalam kesakitan sehingga benda yang diterkamnya terlepas.

Alangkah terkejutnya Rudy apabila mendapati yang binatang itu sebenarnya ialah...

"Comot?!"soal Rudy kaget.

Comot hanya menjeling Rudy dan menunjukkan ekornya yang sakit.

"Sorry Comot,aku ingatkan kau binatang buas..."ujar Rudy yang membuatkan Comot membuat muka bosan.

"Fuhh...Nasib baik kena ekor je,kalau tak comform mati aku..."gumam Rudy.

Kemudian,Comot mendapat satu idea dan terus menghalimunankan dirinya.

"Eh?Comot...Comot!"panggil Rudy apabila mendapati Comot sudah hilang dari pandangannya.

"Meow..."ngiau Comot dari atas almari.

Rudy nenoleh ke atas.

"Apa yang kau buat kat atas tu Comot?"tanya Rudy pada Comot.

Comot hanya merespon soalan Rudy dengan menjatuhkan sebotol bedak yang besarnya lebih kurang besar botol air mineral ke atas kepala Rudy.

(PUKK!)

"Adooheh!"jerit Rudy.

Malang bagi botol bedak itu kerana ia terus hancur berkecai sebaik saja menyentuh rambut landak Rudy.

"Alamak!Rambut aku ke yang dah buat botol bedak ni berkecai?"soal Rudy pada dirinya sendiri.

Tiba-tiba Rudy terdengar Ali memanggilnya.

Comot yang terdengar juga terus halimunankan dirinya dan biarkan Rudy yang kena marah.

Flashback off••

"Macam tulah ceritanya..."Rudy mengakhiri ceritanya.

Ali hanya buat muka bosan.

"Macam tu pula?"soal Ali.

"Yelah,habis tu?"tanya Rudy pula.

"Jap ye..."Ali turun ke tingkat bawah.Rudy hanya mengikutinya.

Kemudian,Ali mengambil sesuatu dari dalam stor.

"Ali,bukan ke tu...Kertas pasir?"tanya Rudy.

"Yelah...Kenapa?"tanya Ali pula.

"Apa kau nak buat dengan kertas pasir tu?"tanya Rudy lagi.

"Haish...Mestilah untuk tumpulkan rambut kau tu..."jawab Ali sambil menunjuk ke arah rambut Rudy.

"T...Tumpulkan?!"soal Rudy terkejut.

"Habis tu,rambut kau tu tajam gila sampai botol bedak pun boleh berkecai..."jawab Ali sambil menahan gelak.

"Hurm...Yelaaa..."ujar Rudy pasrah.

Ali pun segera menumpulkan rambut Rudy menggunakan kertas pasir.

-15 mimit kemudian-

"Dah siap..."ujar Ali sambil menghulurkan cermin muka pada Rudy.

Rudy melihat rambutnya di dalam cermin.

"Sama je..."balas Rudy.

"Memanglah sama...Tapi tak tajam..."jawab Ali sambil meletakkan semula kertas pasir ke dalam stor.

"Apa-apa jelah...Oh ye,baru aku teringat..."ujar Rudy.

"Apa?"tanya Ali.

"Aku lapar...Kau dah siap masak?"tanya Rudy.

"Dah..."jawab Ali ringkas.

Rudy berjalan menuju ke arah meja makan.Apabila sampai...

"Fuyoo!!Gilalah!Biar betul!"jerit Rudy apabila melihat semua makanan yang terhidang di atas meja.

"Kenapa?"tanya Ali hairan.

"Seriuslah kau yang masak?"tanya Rudy mendapatkan kepastian.

"Yelah...Kenapa"tanya Ali pula.

"Terrornya kau!"puji Rudy.

Ali hanya tersipu apabila di puji Rudy.

"Dahlah,jom makan"ajak Ali sambil duduk di tempatnya.

Rudy hanya mengangguk.

Mereka makan bersama-sama pada malam itu.

*Selesai makan*

Ali mencuci pinggan-pinggan kotor sementara Rudy pula tak habis-habis tengok Ali je.

"Ali..."panggil Rudy.

"Apa?"tanya Ali yang masih lagi sibuk cuci pinggan.

"Kau ni rajinlah,pandai masak pula tu..."puji Rudy melebih.

Ali hanya blush.

"Ye ke...Terima kas..."Ali tak sempat habiskan ayatnya kerana di sampuk Rudy.

"Sesuai jadi calon isteri..."ujar Rudy santai.

Ali yang tengah cuci pinggan terpatahkan pinggan dan terus menandang tepat ke arah Rudy.

"W...What?!!!"soal Ali tak percaya.

TBC...

Haa...Ok tak chapter ni?Author malas nak cakap banyak,macam biasa,kalau suka...

Vote
Comment

Enjoooooy!

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now