ACDA19

1.8K 126 19
                                    

*Pagi itu*

"Ali... Bangun Ali... Nanti kau lambat pergi sekolah"kejut Rudy sambil menggoyang-goyangkan badan Ali.

"Hmm... 5 minit lagilah... Aku ngantuk ni... Nak tidur lagi..."jawab Ali yang masih mamai.

"Oh... 5 minit lagi eh?? Kejap eh..."ujar Rudy dan menuju ke arah bilik mandi (Dalam bilik Ali ada bilik mandi).

Tiba-tiba...

(SPLASH!!)

Rudy menyimbah sebaldi air pada Ali yang sedang masih nyenyak tidur. Akibatnya Ali terbangun dari tidurnya dengan keadaan basah kuyup.

"Woi!! Kenapa kau simbah aku pagi-pagi buta macam ni?!! Sejuk tahu tak?!!"soal Ali sambil menggigil.

"Ceh, tadi aku dah kejut elok-elok kau tak nak bangun... Dah cepat siap"jawab Rudy selamba.

"Ish!! Tak guna kau landak!!"Ali mengambil baldi yang dipegang Rudy dan dihempuknya baldi itu ke kepala Rudy.

"Aduu... Patahlah rambut aku!! Berjam-jam aku rapikan tau!!"marah Rudy.

"Eleh, tahulah rambut landak ketinggalan zaman kau tu terlebih tajam... Tak payahlah nak berlagak... Aku patahkan satu-satu nanti baru tahu..."ujar Ali selamba sambil mencapai tualanya dan terus menuju ke arah bilik mandi.

*Di meja makan*

Ali dan Rudy turun menuju ke arah meja makan untuk sarapan.

Semasa Ali ingin duduk, dia ternampak sekeping kertas. Ali pun mengambil kertas itu dan terus dibacanya.

Kepada Ali,

Ali, ayah takkan ada kat rumah selama sebulan tau, sebab ada kerja kat luar negara. Nanti lepas sebulan ayah balik okay?? Lagipun ayah pasti Ali tak sunyi kan?? Sebab Rudy kan ada. Oh ye, ayah dah sediakan sarapan, Ali dengan Rudy jangan lupa makan tau!

Salam sayang,

Ayah

"Oh, jadi ayah ada kerja kat luar negara..."gumam Ali dan terus mencapai sarapannya iaitu nasi goreng yang telah disediakan ayahnya.

"Erm... Rudy..."panggil Ali.

"Apa??"tanya Rudy.

"Kenapa kau... Tiba-tiba nak duduk sini??"tanya Ali.

"Aku tak nak... Tapi dah jeneral paksa, nak buat macam mana..."jawab Rudy sambil menghela nafas.

"Kenapa??"tanya Ali lagi.

"Sebab jeneral suruh jaga kau dan I.R.I.S..."jawab Rudy.

"Oh, okay..."ujar Ali yang telah faham dengan penjelasan pendek Rudy.

Kemudian, Ali dan Rudy terus menghabiskan sarapan mereka sehingga licin. Rudylah yang paling banyak makan, bila Ali kira-kira, rasanya Rudy tu dah tambah 4 kali.

"Banyak betul Rudy ni makan. Patutlah berat aku tarik dia naik atas katil malam tadi..."gumam Ali apabila melihat Rudy makan banyak mengalahkan ejen Bakar.

Setelah selesai makan...

"Err... Ali... Aku nak tanya sesuatu ni..."panggil Rudy tiba-tiba.

"Apa dia??Tanyalah"balas Ali sambil mengangkat pinggannya dan Rudy untuk dicuci.

"Kau ni... Ada... Suka sesiapa tak??"tanya Rudy yang membuatkan Ali tersentak sehingga hampir terjatuhkan pinggan yang baru dicucinya.

"M-maksud kau?!!"tanya Ali yang masih tak faham.

"Maksud aku kau ni single ke... Dah ada orang punya??"tanya Rudy lagi.

"Erm... Single kot..."jawab Ali kurang pasti.

"Seriuslah?!!"soal Rudy tak percaya.

"Yelah, kenapa??"tanya Ali hairan dengan reaksi Rudy.

"Takdalah... Aku tak percaya muka tembam, comel, chubby-chubby macam kau ni pun takda orang nak..."jawab Rudy sambil mencubit kedua-dua pipi chubby Ali sehingga Ali blush melampau.

(DEG!)

"D-dia ni biar betul?!! Kenapa aku rasa lain macam bila dekat dengan dia?!! Kenapa jantung aku berdegup kencang bila dia berlembut dengan aku?!! Takkanlah aku dah-- Hish!! Mustahil!!"monolog Ali, cuba mengusir pemikiran anehnya.

"D-dahlah!! Jom pergi sekolah... Nanti lambat pula..."ujar Ali dengan niat nak menukar topik.

"Hurm... Yelah..."jawab Rudy dan terus menuju ke arah pintu rumah.

Rudy berjalan ke luar rumah sementara Ali kunci pintu rumah.

"Jom kita pergi!!"ujar Ali semangat.

"Kau pergi sekolah naik apa Ali??"tanya Rudy yang berjalan di sebelah Ali.

"Naik ni..."jawab Ali sambil mengeluarkan skuternya.

"Kalau kau naik skuter ni, aku nak naik apa??"tanya Rudy lagi.

"Ala... Takpa... Skuter ni boleh dipanjangkan untuk 2 orang, skuter aku yang ni dah upgrade dengan teknologi M.A.T.A sebab tulah boleh..."jawab Ali sambil memanjangkan skuternya.

(Imagine sendiri ye...)

"Oh, sebenarnya aku tak pernah naik skuter sebelum ni. Jadi aku tak tahu rasanya bila naik skuter"ujar Rudy.

"Nah, kau bawa..."arah Ali sambil menghulurkan skuternya pada Rudy.

"A-aku?"soal Rudy.

"Yelah, macam mana nak tahu rasa naik skuter kalau kau tak bawa..."jawab Ali sambil tersenyum.

"Okaylah..."ujar Rudy.

Rudy pun menaiki skuter dengan Ali di belakang dan menuju ke sekolah.

"Rudy, skuter ni ada booster tau, hati-hati tau..."pesan Ali.

"Booster??"tanya Rudy.

Tiba-tiba skuter Ali menjadi laju sehingga membuatkan Rudy susah untuk mengawalnya.

Mereka berdua terus memecut laju ke sekolah sehinggakan payung gerai wak Musang terbang ke langit macam belon udara panas.

"Payung aku!!"jerit wak Musang.

*Di SRT*

"Dah sampai... Nilah sekolah aku"ujar Ali.

"Oh, ni rupanya SRT Cyberaya tu..."respon Rudy sambil matanya meliar melihat sekolah Ali.

"Kau sekolah mana??"tanya Ali.

"Ala... Nanti kau tahulah..."jawab Rudy.

"Hmm... Okay..."Ali terus menuju ke kelasnya dan meninggalkan Rudy di pintu pagar.

*Di kelas*

Tepat-tepat bila Ali sampai, puan Muna pun masuk.

"Selamat pagi cikgu!!"ucap semua murid.

"Selamat pagi murid-murid. Hari ni kamu semua akan ada kawan baru..."jelas puan Muna.

"Kamu boleh masuk sekarang..."puan Muna menyuruh murid baru itu masuk.

Mata Ali membulat tak percaya apabila melihat pelajar baru itu.

"Takkanlah?!! Habislah aku..."gumam Ali, pasrah.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora