ACDA18

1.8K 127 49
                                    

"Kau?!!"soal mereka berdua serentak.

"A-Ali?!"soal orang itu pada Ali.

"R-Ru-Rudy?!!"soal Ali pula pada orang itu 'Rudy'.

Kemudian, Ali dan Rudy terdiam seribu bahasa. Cengkerik pun lalu.

"Kamu berdua ni... Kenal ke??"tanya Dr. Ghazali memecah kesunyian.

"Ye uncle, kitorang ni... Boleh dikira kawan jugalah..."jawab Rudy.

"Oh... Bila kamu berdua kenal??"tanya Dr. Ghazali lagi.

Rudy dah mula buntu untuk menjawab soalan yang dilontarkan pada mereka berdua.

"Takkanlah nak cakap kenal masa kat akademi... Tak boleh!! Itu kerja gila!!"monolog Rudy. Otaknya mula memikirkan jawapan yang sesuai agar identiti M.A.T.A tidak terbongkar.

"Urrm... Masa..."Rudy masih lagi memikirkan jawapan yang munasabah dan logik.

"Masa??"soal Dr. Ghazali sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Masa lawatan sekolah!!"sampuk Ali tiba-tiba. Dr. Ghazali dan Rudy menoleh ke arahnya.

"Lawatan??"soal ayahnya hairan.

"Ya, masa tu ada lawatan pergi... Zoo!! Lepastu, masa Ali tengah tengok-tengok kandang landak, Ali jumpa Rudy. Dia kata dia pun suka landak juga sebab rambut dia sebiji macam landak tu..."bohong Ali panjang lebar plus ejek Rudy sekali. Biar lengkap satu pakej.

Rudy yang mendengar jawapan Ali sebenarnya nak saja belasah si Ali tu. Tapi bila difikirkan balik, dia tak ada pilihan. Sebab tu je alasan yang munasabah setakat ni.

"Oh, betul ke Rudy??"tanya ayah Ali.

"Ah...Ya, betul..."jawab Rudy kekok.

"Jadi, kalau macam tu, kamu boleh ikut Ali pergi bilik. Dah lewat ni..."pelawa Dr. Ghazali sambil menunjukkan tingkat atas.

"Jadi maknanya, Rudy kena sebilik dengan Ali ke?!!"tanya Ali tiba-tiba.

"Yelah, takkanlah kamu nak suruh ayah jadi Hulk tumbuk dinding dan buat bilik untuk Rudy ni??"tanya Dr. Ghazali plus buat lawak merapu sekali.

"Yela yela... Ali naik bilik dulu ya ayah"jawab Ali sambil berjalan naik ke biliknya.

"Ha, Rudy, kamu pergi ikut Ali"ujar ayah Ali.

"Baik uncle"jawab Rudy dan berlalu untuk mengikuti Ali.

*Di dalam bilik Ali*

Rudy meletakkan bagasinya di sebelah almari baju Ali lalu duduk di sebelah Ali di atas katilnya.

"Kau buat apa tu Ali??"tanya Rudy yang hairan kerana dari tadi Ali asyik bermain dengan 'tablet'nya.

"Ish, jangan kacaulah!! Aku tengah lawan raksasa ni!! Kau tepilah sikit!!"jawab Ali sambil menghalau Rudy jauh darinya.

Sebelum Rudy pergi jauh sikit dari Ali, dia sempat terpandang muka raksasa yang dilawan Ali.

"A-Ali, apa nama raksasa tu??"tanya Rudy tiba-tiba.

"Namanya, Raksasa Porcu Landak Spike Hiper Besar. Kenapa??"jawab Ali yang masih lagi khusyuk bermain game.

Rudy yang mendengar jawapan Ali ternganga sebesar-besarnya. Tanpa membuang masa, Rudy terus merampas tablet Ali dan membawa lari tablet Ali.

"Woi!! Bagi baliklah raksasa landak!!"pinta Ali sambil mengejar Rudy keliling bilik.

"Hahaha!! Mustahil kau akan dapat tangkap aku!!"ejek Rudy yang masih lagi berlari.

Ali fade up dan menghentikan lariannya. Rudy yang nampak Ali fade up menghentikan lariannya dan terus mengejeknya.

"Kenapa Ali?? Fade up ke?? Aku tahulah aku ni hebat!!"ejek Rudy sambil membanggakan dirinya sendiri.

Ali duduk di atas katilnya dan menyelubung dirinya dengan selimut. Rudy yang melihat pelakuan Ali menghampirinya.

"Ali? Kau... Okay tak??"tanya Rudy sambil menyelak selimut yang menyelubungi Ali.

Alangkah terkejutnya Rudy apabila melihat Ali sedang menangis tersedu-sedu. Bantal Ali pun dah basah sebab kena air mata.

"Alamak!! Nangis pula si Ali ni!! Matilah aku kalau ayah dia tahu!!"monolog Rudy, bimbang.

"A-Ali janganlah nangis, nah, aku bagi balik tablet kau"pujuk Rudy sambil meletakkan tablet Ali di sebelah Ali.

Ali hanya memalingkan mukanya ke arah bertentangan kerana tak mahu menatap muka Rudy.

Rudy hanya menghela nafas.

"Ali... 'Sorry'lah. Aku janji tak buat lagi lepas ni"pujuk Rudy lagi.

Ali hanya diam dan tak merespon Rudy.

"Haih, susah betullah nak pujuk Ali ni..."monolog Rudy.

Tapi dia tak berputus asa, dia terus pujuk dan pujuk Ali sampaikan dia sendiri yang tertidur.

"Aii?? Dah tidur dah??"soal Ali sambil menarik Rudy ke atas katilnya dan selimutkan Rudy.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now