ACDA21

1.8K 127 53
                                    

"Aku nak tanya kau pasal... Ali"ujar Rudy.

"Oh... Kalau pasal Ali, boleh je... Ha, kau nak tahu apa pasal dia??"tanya Viktor.

"Semua!! Semua yang kau tahu pasal dia!!"jawab Rudy semangat.

"Aii?? Banyaknya yang kau nak tahu?? Kau ni... Ada apa-apa dengan dia ke??"soal Viktor yang dah mula curiga dengan Rudy.

(DEG!!)

"Tak-takda apa-apalah... A-aku saja je nak tahu!!"jawab Rudy gugup.

"Kenapa kau gugup??"tanya Viktor yang masih curiga dengan Rudy.

Rudy pula sudah mula gelisah kerana takut ditanya soalan-soalan yang sepatutnya menjadi rahsianya.

"T-tak-takda apa-apalah!!"jawab Rudy yang still gugup. Tapi kali ni lagi teruk.

"Iya... Ke??"Viktor mengecilkan sebelah matanya kerana tak percaya dengan kata-kata Rudy.

"Aku cakap betullah!!"bentak Rudy  yang dah mula naik angin.

Viktor hanya buat muka datar.

"Jujur jelah... Aku tahu kau suka Ali... Tak payahlah kau nak tipu..."sindir Viktor yang membuatkan Rudy rasa nak hambat Viktor cukup-cukup.

"Ish!! Mamat cina ni!! Sekali aku hambat kau, insaf setahun!!"monolog Rudy dengan kata-kata menyumpah.

"Kau ni!! Kan aku dah kata aku tak suka dia!! Kau ni tak faham bahasa ke apa?!!"soal Rudy yang sudah hilang kesabaran sambil menolak Viktor.

"Suka siapa??"tanya seseorang tiba-tiba.

Rudy dan Viktor menoleh ke belakang dan mendapati yang orang itu ialah...

"Eh, Ali... Tak-takda suka sesiapalah..."jawab Rudy sambil cuba nak cover dirinya.

"Hmm??"Ali masih lagi tak faham dengan jawapan Rudy.

"Haish... Rudy ni hah, dia tak nak mengaku yang dia tu suka--"belum sempat Viktor habiskan ayatnya, mulutnya telah pun ditekup oleh Rudy.

"Suka landak!!"sampuk Rudy yang masih menekup mulut Viktor.

"Hmm..."Ali nampak masih lagi ragu dengan jawapan Rudy.

*Waktu balik*

"Wei Ali, balik ni kau on tau!!"pesan Viktor pada Ali.

"Hurm... Aku rasa tak boleh 'on'lah petang ni..."jawab Ali.

"Kenapa pula??"tanya Viktor sambil buat muka tak terima.

"Aku... Ada kelab setem..."jawab Ali sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Haiya... Tiap-tiap hari kau ada kelab setem!!"marah Viktor.

"Tapi cikgu Bidin--"ayat Ali dipotong Viktor.

"Tiap-tiap hari alasan kau mesti sama!! Kelab setem!! Kelab setem!! Kelab setem!! Tu jelah yang kau tahu!!"sampuk Viktor yang mula memarahi Ali.

Ali hanya menundukkan kepalanya dan tak memandang muka Viktor.

"Ma-maaf..."respon Ali yang hampir nak menangis.

"Maaf?!! Tu je?!! Kau tahu tak, aku rasa kecewa sangat dengan kau sebab kau lebih pentingkan kelab setem kau yang entah apa-apa tu, dari kawan kau sendiri!!!!"Viktor terus menerus memarahi Ali.

Hati Ali bagaikan ditusuk-tusuk dengan seribu bilah pedang kerana dia tak sangka Viktor sanggup marah pada dia teruk macam tu hanya sebab dia tak dapat nak on untuk main game!.

"Sa-sanggup kau... Hiks... Marah aku sampai macam ni sekali hanya sebab aku... Hiks... Tak dapat main game dengan kau??"soal Ali yang mula menangis.

"Eleh... Baru kena marah sikit dah nangis... Macam peremp--"Viktor tak sempat habiskan ayatnya kerana tiba-tiba ada orang yang menolak Viktor dari belakang sehingga membuatkan dia tersungkur.

Viktor bangun dan menoleh ke belakang.

"Woi Rudy!! Asal kau sibuk hah?!!"soal Viktor pada orang yang menolaknya tadi.

"Kau pula, asal kau tiba-tiba buat Ali nangis?!!"soal Rudy pula.

"Aaargh!! Siapa kisah?!!"bentak Viktor.

"Kau pula Ali!! Mulai hari ni, kau tak payah kawan dengan aku lagi!! Kau pergilah dengan kelab setem kau tu!! Hari ni, saat ni, kita putus kawan!!"ucap Viktor dengan kasar dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Ali dan Rudy.

Hati Ali hancur apabila mendengar kata-kata Viktor dan dia terus menangis di situ juga.

Rudy berasa simpati dengan Ali dan terus berjalan mendekati Ali.

"Ali... Dahlah tu, jangan nangis ya?? Biarlah Viktor tu... Kaukan masih ada aku"pujuk Rudy sambil mengesat air mata Ali.

Ali hanya tersenyum pahit pada Rudy.

"Dah, jom pergi akademi. Kang nanti kena marah ejen Leon pula"ajak Rudy.

Ali hanya mengangguk perlahan.

"Aku tak tahu apa yang aku rasa pasal kau Rudy, orang selalu cakap kau sombonglah, muka ketatlah... Tapi aku rasa diorang salah. Aku rasa kau ni sangat baik dan selalu ambil berat pasal aku. Aku rasa aku dah...
























mula sayangkan kau lebih dari seorang kawan..."monolog Ali. Tanpa sedar, bibirnya mengukir sebuah senyuman kecil.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now