ACDA6

2.5K 156 46
                                    

Khai, Iman dan Moon hanya terlopong sehingga tercabut rahang. Lalat yang lalu depan mulut diorang pun tak ingin nak masuk dalam mulut diorang.

Bak kata lalat...

"Uish,besar betul gua ni!Busuk pula tu"kata lalat itu sambil menyumbat jari ke dalam hidungnya untuk mengelakkan bau busuk masuk ke dalam hidungnya.

Kembali pada situasi Ali dan Rudy...

*Ali P.O.V

Aku masih lagi tak mempercayai deria pendengaran ku. Serius, aku tak percaya Rudy cakap macam tu. Ke yang ada kat depan aku ni hantu yang menjelma jadi Rudy??

Yelah, macam tak percaya?? Semua kawan-kawan akademi kata Rudy ni jenis sombong, tak mesra alam, berlagak tak ingat dunia, muka tembok, muka ais, ego... Sampaikan hati batu pun ada. Tapi manusia yang kat depan aku sekarang ni tak sama langsung dengan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan ku.

Huish, misteri nusantara betul...

*Ali P.O.V End

Selepas adegan renung-merenung yang akhirnya berakhir dengan kelembutan, Rudy pun terus berjalan untuk menuju ke kelas. Tapi baru beberapa langkah berjalan, Rudy berhenti dan memandang Ali.

"Ali!!"panggil Rudy.

Ali menoleh.

"Apa?"tanya Ali.

"Lain kali kalau nak bagitahu sesuatu fakta, pastikan kesahihannya dulu!! Baru boleh cerita kat orang!! Faham??"ujar Rudy yang mula bersuara tegas semula. Tahulah, nak jaga macho kononnya.

"Apahal dengan dia tu?? Kejap-kejap baik, kejap-kejap jadi singa, dia ni sewel ke apa??"gumam Ali apabila melihat perubahan sikap Rudy.

Kemudian Ali teringat tentang Khai, Iman dan Moon yang masih terlopong luas kerana melihat kelembutan hati batu Rudy.

Ali pun menutup mulut mereka sambil merungut.

"Hish korang ni kenapa??Tiba-tiba je melopong luas sampai tercabut rahang..."tanya Ali plus merungut dan terus menuju ke kelas.

*Di kelas*

"Baiklah, seperti yang saya kata tadi, memandangkan dah ada tambahan pelajar... Jadi kita akan menjalankan latihan berpasukan selepas ini"jelas ejen Leon.

Pelajar-pelajar akademi mula blur. Sebab latihan berpasukan tak pernah dijalankan di akademi sebelum ni.

Ejen Geetha hanya mengeluh.

"Latihan berpasukan merupakan satu situasi kamu berkumpul dalam setiap pasukan ada empat orang"jelas ejen Geetha tiba-tiba.

"Err... Masuk kumpulan ikut teras masing-masing ke?"tanya Ali.

"Tidak. Dalam M.A.T.A, sebuah pasukan yang lengkap perlu menggabungkan keempat-empat teras"jawab ejen Geetha. Ejen-ejen yang lain hanya mengangguk faham.

"Sekarang, kamu diberikan masa selama 2 minit untuk pilih ahli pasukan. Pergi sekarang!!"arah ejen Leon tegas.

Semua pelajar akademi terus mencari ahli untuk pasukan masing-masing.

"Ali!"panggil seseorang. Ali menoleh dan pergi ke arah orang itu.

"Apa Alicia??"tanya Ali pada orang itu 'Alicia'.

"Kita satu team, lagipun Mika pun dah setuju nak satu team dengan kita. Jadi sekarang kita cuma perlu pilih sorang dari inviso"jelas Alicia.

"Ha, apa kata kita ambil Zass"cadang Ali.Alicia hanya menghela nafas.

"Mana boleh, kau nampakkan team Roza dah ambil dia..."ujar Alicia sambil memandang team Roza.

"Habis tu macam mana??"tanya Ali lagi.

"Kita ambil..."mata Alicia melihat untuk mencari ejen inviso yang masih takda pasukan. Tiba-tiba matanya terhenti pada seseorang.

"Kita ambil Rudy"sambung Alicia. Ali hanya tersedak bila Alicia mencadangkan Rudy satu team dengan diorang. Tapi dia tahu yang dia tak boleh ubah keputusan singa yang ada kat depan dia ni.

"Yela-yela... Kau pergilah cakap kat dia. Aku tunggu sini"ujar Ali.

"Kenapa aku??Kaulah. Korang kan sama-sama lelaki"bantah Alicia.

"Tapi--"Ali tak dapat habiskan ayatnya.

"Ahh!! Pergi jelah!!"arah Alicia dengan tegas yang melampau.

Ali pun terpaksa menuruti arahan singa jadian itu dan berjalan menuju ke arah Rudy.

"Err... Rudy..."panggil Ali perlahan.

"Apa??"sahut Rudy dingin.

"Kau... Satu team dengan aku hari ni boleh tak??"tanya Ali dengan percakapan ala-ala manja.

*Rudy P.O.V

Aku menoleh ke arah budak I.R.I.S yang berada di sebelah aku dengan muka selamba.

"Yelah..."jawab ku selamba. Kemudian, aku nampak dia tersenyum sedikit.

"Okaylah, cepat sikit tau, mentor-mentor dah tunggu"ujar Ali sambil tersenyum manis ke arah ku dan berjalan pergi ke arah Alicia.

Fuuu~!! Boleh cair aku kalau tengok dia senyum macam ni hari-hari!!

*Rudy P.O.V End

Rudy terus berjalan ke arah ahli pasukannya untuk mendengar arahan yang ingin disampaikan oleh mentor-mentor.

*Di arena*

"Baiklah, 3!! 2!! 1!! Mula!!!"arah ejen Leon pada ejen-ejen muda. Mereka pun bergegas ke tempat yang ditetapkan untuk mencari intel untuk pasukan masing-masing.

"Ali!! Kat mana koordinat intel kita?!!"tanya Alicia.

Ali terus mencari koordinat intel mereka menggunakan I.R.I.S.

"Hah, dah jumpa!!"jawab Ali sambil menunjukkan koordinat di mana terletaknya intel mereka.

Mereka pun bergegas menuju ke arah koordinat yang ditunjukkan Ali.

*Di tempat intel*

"Ni ke tempatnya??"tanya Mika apabila mereka sampai.

"Yela, dah kalau koordinatnya tunjuk sini, memang sinilah tempatnya"jawab Rudy sambil memutar matanya.

"Ali, Kat mana intelnya??"tanya Alicia.

"Ada kat puncak menara tu. Tapi hati-hati sebab ada banyak drone dan droid M.A T.A kat dalam tu"jawab Ali.

"Nampaknya tempat ni memang di kawal rapi"ujar Alicia.

"Alicia, ada plan tak??"tanya Mika tiba-tiba.

"Okay, plannya macam ni... Ali kau scan kalau-kalau ada jalan yang selamat untuk kita lalu. Bila dah dapat, Rudy kau tinjau laluan. Aku dan Mika akan jadi backup kalau salah sorang dari korang kena serang"jelas Alicia panjang lebar.

Yang lain hanya mengangguk. Ali dan Rudy segera menjalankan tugas seperti yang dirancang tadi.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now