ACDA7

2.3K 149 9
                                    

Ali meng'scan' menara itu menggunakan I.R.I.S untuk mencari jalan yang selamat. Selepas menjumpai jalan yang selamat, Ali memberi isyarat pada Rudy untuk meninjau laluan sementara Mika dan Alicia hanya menunggu di pintu masuk dan bersedia jika mereka diperlukan.

Kembali pada Ali dan Rudy...

Selepas meninjau laluan, Ali dan Rudy terus masuk mencari intel mereka di puncak menara.

Apabila sampai di puncak menara...

"Rudy nanti!!"Ali menghalang Rudy daripada meneruskan langkahnya.

"Apa??"tanya Rudy hairan dengan sikap Ali.

"Kat sana ada banyak drone dan droid M.A.T.A... Kalau kita main redah je, nanti kena serang!!"jelas Ali.

"Kalau macam tu, kita kena ada plan..."ujar Rudy.

"Okay, apa plannya wahai landak inviso??"tanya Ali plus menganjing Rudy sekali.

Rudy pula telinganya sudah berasap. Tiba-tiba Rudy mendapat satu idea untuk kenakan Ali.

"Plannya macam ni... Kau kena jadi umpan untuk alihkan perhatian drone dan droid, aku pula akan ambil intel"jelas Rudy sambil smirk.

"Aii?? Asal aku pula yang nak kena jadi umpan??"tanya Ali yang dah mula takut.

"Yela... Kalau nak harapkan kau ambil intel tu, alamatnya sempat aku dikuburkan kat sini"jawab Rudy sambil menjeling Ali.

Ali hanya pasrah dengan Rudy.

"Yela... Aku jadi umpan..."ujar Ali pasrah.

"Okay dah, cepat pergi!!"arah Rudy tegas. Ali pun terus berlari ke arah drone dan droid M.A.T.A untuk jadi umpan.

Seperti yang dijangka, kesemua drone dan droid itu terus menyerang Ali. Ali mempertahankan dirinya dan menyerang drone dan droid itu menggunakan Yoyo 'Blaster'nya sehingga berkecai.

Tapi, semakin lama tenaga Ali semakin berkurangan. 70% tenaganya telah habis digunakan jadi yang tinggal hanyalah 30% saja lagi. 30% tu tak banyak tau!!

Semakin lama Ali menjadi semakin lemah.

"Haish!! Rudy!! Apa kau buat lagi tu??!! Cepatlah!! Drone Dngan droid ni tak habis lagi!! Makin banyak adalah!!"teriak Ali pada Rudy yang mengambil intel dengan terhegeh-hegeh.

"Hish!! Sabarlah!! Aku tengah cuba nak hack sistem ni!! Kau faham tak?!"jawab Rudy, menyuruh Ali untuk bersabar.

"Hish!! Leceh betullah manusia landak nii!!"maki Ali dalam hati dan mengambil keputusan untuk menghubungi Alicia dan Mika.

"Alicia!! Mika!!Backup!!"arah Ali dengan menggunakan alat penghubung.

"Okay, 5 minit lagi kitorang sampai!!"jawab Alicia dari seberang sana.

"Cepat sikit tau!!"pesan Ali dan terus memfokuskan dirinya pada musuh yang menyerang.

-5 minit kemudian-

Ali sudah tak tahu berapa lama lagi boleh bertahan. Rudy pula tak habis-habis dengan kerja dia.

I.R.I.S memberi amaran pada Ali yang tenaganya hanya bersisa 10%!! Tapi Ali tak mengendahkannya.

Tiba-tiba ada sebuah drone menyerang Ali tapi tak berhasil kerana ia tiba-tiba saja drone itu ditembak dan jatuh ke lantai. Ali menoleh ke belakang dan menghembuskan nafas lega kerana akhirnya Alicia dan Mika tiba untuk membantu.

Ali berundur ke belakang dan menyerahkan pertarungannya pada ejen-ejen perempuan itu dan berlari ke arah Rudy untuk membantunya meng'hack' sistem yang kalau tak dibantu alamatnya sampai tahun depan takkan dapat.

"Rudy... Kau dah dapat... Hack ke belum??"tanya Ali sambil cuba untuk mengawal pernafasannya yang tak teratur kerana terlalu penat berlawan.

"Sikit lagi!!"jawab Rudy.
.
.
.

"Okay siap!!"ucap Rudy lalu mengambil intel.

"Alicia!! Mika!! Kitorang dah dapat intel!! Jom kita pergi!!"panggil Ali.

"Kejap!! Tinggal lagi 2 droid je!!"jawab Mika sambil berusaha mengalahkan droid itu manakala Alicia pula berlawan dengan droid yang terakhir.

"Ok dah!!Jom kita pergi balik akademi!!"arah Alicia pada pasukannya.

Mereka pun berlari keluar dari menara itu secepat mungkin dan segera menuju ke akademi.

*Di akademi*

Semasa sampai di akademi, Ali merasakan yang kepalanya pening yang teramat sangat. Dia berniat untuk duduk di bangku berdekatan untuk menghilangkan sedikit peningnya, tapi dia baru teringat yang ejen Leon akan sampaikan taklimat pada mereka semua. Jadi dia terus berjalan ke tempat mereka mula-mula berkumpul sebelum latihan tadi.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now