ACDA51

1.2K 94 57
                                    

*Dua hari kemudian*

Ali pergi ke sekolah dengan muka yang monyok berserta matanya yang sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.Kesan-kesan air mata di pipinya masih terlihat samar-samar lagi.

Apabila sampai di kelas,Ali terus duduk di tempat duduknya.Ali menundukkan kepalanya dan memandang mejanya dengan pandangan kosong.Perlakuan aneh Ali telah diperhatikan oleh Alicia sejak tadi lagi.

Kerana sifat ingin tahu dan ambil berat,Alicia menarik kerusinya agar dia dekat dengan Ali.Memandangkan sekarang ni dia dah duduk sebelah Ali disebabkan Viktor,senanglah dia nak pujuk Ali.

"Ali..."panggil Alicia sambil menepuk bahu Ali perlahan.

Ali mengangkat kepalanya dan memandang Alicia yang berada di sebelahnya.

"Ye Alicia?Kenapa?"tanya Ali dengan suara yang perlahan.

Alicia amat terkejut apabila melihat mata Ali bengkak dan terdapat kesan-kesan air mata di pipinya.

"Ali!Kau nangis ke?"tanya Alicia risau dengan keadaan Ali.

"Tak...Takdalah..."jawab Ali perlahan dan kembali menundukkan kepalanya.

"Jangan tipu!Aku tahu kau nangis!Kau tak boleh tipu aku!Aku nampak ada kesan-kesan air mata kat pipi kau!"ujar Alicia sedikit tegas dan menarik bahu Ali agar dekat dengannya.Mujurlah masa tu awal lagi,jadi tak ramai pelajar yang ada dalam kelas itu.Ada pun adalah dalam 2 hingga 3 orang.Itu pun dah merayap entah ke mana.

Ali tersentak dengan perbuatan dan kata-kata Alicia dan memegang kedua-dua belah pipinya.Basah!

"Macam mana aku boleh lupa kesat air mata aku masa kat rumah tadi!Haihh..."desis Ali kesal dengan dirinya sendiri.

"Jadi...Berullah tekaan akukan?"tanya Alicia mendapatkan kepastian.

Ali hanya blush menahan malu kerana Alicia dah tahu yang dia nangis.

"Alah...Tak payahlah nak malu Ali...Kitakan 'kawan' "ujar Alicia dengan niat nak memujuk tapi sebenarnya ada makna tersirat disebalik perkataan 'kawan' tu.

Ali hanya tersenyum malu.

"Hah!Sekarang ni cuba cerita sikit.Apa yang dah jadi sebenarnya?"tanya Alicia ingin tahu.

"Hoi!!"sergah seseorang.

Belum sempat Ali menjawab soalan Alicia,ada seseorang yang menyampuk dari depan kelas.

Ali dan Alicia memandang ke arah sumber suara dan mendapati orang itu ialah Rudy.Dia sedang menyilangkan tangan di dadanya dengan muka tak puas hati.

"School is not a place to flirting..."ujar Rudy selamba dan terus menuju ke tempat duduknya.Dia langsung tak mengendahkan riak wajah Ali dan Alicia selepas ditegurnya.

"Harap je ketua pengawas..."sambung Rudy lagi dengan tujuan nak menyindir Alicia.

Alicia yang mendengarnya hanya menjeling Rudy dalam diam.

"Takpalah Alicia,nanti nak pergi akademi aku cerita..."ujar Ali memecah kesunyian.

"Hmm,yelah..."balas Alicia dan menarik semula kerusinya ke tempat duduknya.

SKIP

(KRIING!!)

Semua murid bergegas menuju ke kantin untuk mengisi perut masing-masing bersama kawan-kawan,puak dan kaum kerabat.

Tapi lain ceritanya dengan Ali.Dia terpaksa pergi kantin sorang-sorang sebab kalau nak pergi dengan Alicia tak boleh.Kang jadi fitnah tak pasal-pasal kena panggil dengan guru besar.Kalau dulu,dia pergi dengan Rudy.Tapi sekarang...

(BUKK!!)

Ali jatuh terduduk di atas lantai kerana terlanggar seseorang.

"Maaf!"ujar Ali sambil bangun tanpa melihat orang yang dilanggarnya.

"Mata kau letak kat mana hah?!"orang yang dilanggar memarahi Ali.

"Macam kenal"desis Ali dan terus memandang ke depan.

Apabila Ali memandang ke depan,dia dapati orang itu ialah...

"Viktor?"soal Ali terkejut.

"Kenapa?Dah tak pernah nampak manusia ke?"soal Viktor sambil mengangkat sebelah keningnya.

"B...Bukan...Tapi..."kata-kata Ali dipotong oleh Viktor.

"Sudahlah!Tak payah kau nak cakap apa-apa lagi dengan aku!"marah Viktor dan terus berlalu meninggalkan Ali di situ.

Ali hanya kaku di situ sambil memandang lantai dengan pandangan kosong.

"A...Apa salah aku?"soal Ali pada dirinya sendiri.

*Sementara itu di markas Uno*

"Semua dah sedia?!!"jerit Uno pada konco-konconya.

"Sedia Uno!"jawab semua konco-konconya termasuk Khai.

"Cinco!Apa status?"tanya Uno pada Cinco.

"Baik Uno!Saya dah padamkan sistem keselamatan akademi tu dari pagi tadi tapi sampai sekarang,tiada sesiapa pun yang perasan hal tu"jelas Cinco sambil membelek-belek tabletnya.

Uno hanya smirk mendengar jawapan Cinco.

"Heh,bersedialah ejen I.R.I.S!Hari ni merupakan penamat hidup kau!"gumam Uno.

TBC...

Lagi beberapa chapter dan story ni akan tamat...😥😥😥

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now