ACDA54

1.2K 84 42
                                    

Semua konco-konco,termasuk Uno menyerang ejen-ejen yang ada di situ.Dos melawan Chris,Trez melawan Mika dan Zass,Cinco melawan Jet manakala Uno melawan Ali dan Rudy.

Tapi belum sempat Rudy mengikut Ali untuk menyerang Uno,sebilah pedang telah diacuh di depan mukanya.Pedang itu diacu oleh lelaki yang memakai suit hitam itu.

"Kau,lawan aku!"ujar lelaki itu dengan tujuan nak mencabar Rudy.

Rudy hanya smirk pada lelaki itu dan mengeluarkan gari-gari puakanya.

*Sementara itu di atas pesawat*

(BANG!BANG!BANG!)

Alicia terus menerus menendang dinding kiub itu agar dapat keluar.Alicia mendengus geram kerana apa yang dia lakukan tak membuahkan hasil.

"Sabarlah Alicia...Cubalah kau duduk diam hanya untuk lima minit!"tegur Roza yang dah stress dengan Alicia yang asyik menendang dinding kiub itu tanpa henti.

"Sabar?!Macam mana aku nak sabar!Kita dikurung kat sini tapi kawan-kawan kita pula bersusah payah lawan Uno dengan konco-konco dia!Aku tak fahamlah macam mana kau boleh kekal relax walhal kau dah tahu kawan-kawan kita dalam bahaya!"marah Alicia yang bengang kerana asyik ditegur oleh Roza.

"Dahlah korang...Janganlah gaduh"ujar Moon cuba meleraikan pertengkaran antara Alicia dan Roza.

"Ha ah,betul cakap Moon tu.Kita patutnya fikirkan cara nak keluar dari sini,bukannya bergaduh.Cuba awak berdua tarik nafas dalam-dalam dan tenangkan diri"sampuk Iman menyetujui kata-kata Moon.

Alicia dan Roza menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.

"Baiklah,aku akan cuba lagi sekali..."ujar Alicia dan bersedia untuk menendang dinding kiub itu lagi.

Moon,Iman dan Roza hanya mengangguk perlahan.

"Hiyaaaargh!!"Alicia menendang dinding kiub itu dengan sekuat hati.

(CRACK!)

"Alicia!Tengok tu!Dinding tu dah retaklah!"ujar Roza dengan gembira.

"Ha ahlah!Korang,aku ada plan"ujar Alicia setelah melihat retakan pada dinding kiub itu.

"Apa plannya?"tanya Moon ingin tahu.

"Macam ni,Moon kau guna sarung tangan holo kau,Iman kau guna kunai tudung kau,Roza dan aku pula akan lepaskan tiga tembakan pada dinding tu...Kita serang sama-sama..."Alicia memberitahu rancangannya.

Semua hanya mengangguk setuju dengan rancangan Alicia dan mengeluarkan senjata masing-masing.

*Kembali pada pertarungan*

Rudy masih lagi gigih melawan lelaki bersuit hitam itu dengan mencampakkan garinya tanpa henti.Sasarannya mengena untuk beberapa kali tapi lelaki itu dapat melepaskan diri menggunakan pedangnya.

"Aku mesti kena ambil pedang si tak guna tu dan kena tahu identiti sebenar dia!"desis Rudy dan terus berlari ke arah lelaki itu.

(PAKK!)

Rudy menyepak lelaki itu betul-betul tepat di mukanya menyebabkan topeng yang dipakai lelaki itu hancur.

Lelaki itu tercampak agak jauh menyebabkan pedangnya terlepas dari pegangannya.

Rudy mengambil pedang itu dan berjalan mendekati lelaki itu untuk melihat identiti sebenarnya.

"Aku tak sangka,kau ni hebat juga ye Rudy..."ujar lelaki itu sambil bersusah payah untuk bangun.

Mata Rudy membulat tak percaya apabila melihat muka lelaki itu.

"K...Khai?!!"soal Rudy terkejut.

*Sementara itu di tempat Ali*

Ali masih lagi menyerang drone dan droid M.A.T.A yang dikawal Uno dengan Yoyo Blastnya tanpa henti manakala Uno pula hanya tergelak-gelak apabila melihat Ali diserang dengan teruk oleh drone dan droid M.A.T.A yang dikawalnya.

"Hahaha!!Kau nampak tak.Dengan I.R.I.S pun,kau masih tak dapat nak kalahkan aku..."ujar Uno yang masih lagi dengan gelaknya yang mengalahkan syaitan.

"Jangan mengarut!Kau akan kalah!Aku dan Rudy akan..."Ali tak dapat habiskan kata-katanya kerana dipotong oleh Uno.

"Rudy?Bahahaha!Dia takkan dapat tolong kau..."sampuk Uno dengan nada mengejek.

"Apa maksud kau?!"soal Ali menahan geram.

"Kau nampak tu?"tanya Uno sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah tempat Rudy dan lelaki itu 'Khai' bertarung.

Mata Ali membulat tak percaya apabila melihat Rudy terbaring di atas tanah dengan berlumuran darah.Dia juga melihat Khai memegang sebilah pedang yang sudah kotor akibat terkena darah.

"R...RUDYYYYYYY!!!!!"

To Be Continue...

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें