ACDA15

2.1K 136 35
                                    

"Okaylah, korang berdua start dulu... Saya akan tunggu di ruang pemerhati. Memandangkan ni hari pertama, uncle pun akan tolong kau Ali... Manalah tahu... Kalau si Rudy ni buli kau ke..."ujar ejen Bakar sambil mengalihkan pandangannya ke arah Rudy dan terus berlalu ke tempat memerhati.

Ali dan Rudy mengambil tempat masing-masing untuk mulakan latihan setelah diarahkan ejen Bakar.

Selepas mengambil tempat masing-masing, mereka pun mula menyerang.Ali menyerang Rudy menggunakan Yoyo 'Blast'nya tapi malangnya Rudy dapat mengelak serangan Ali dengan mudah sehingga menyukarkan Ali untuk menyerang Rudy.

Selepas puas mengelak semua serangan, Rudy nampak Ali dah mula penat. Dia menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Ali menggunakan garinya. Tapi tidak mengena kerana Ali dapat menepisnya menggunakan Yoyo 'Blast'nya yang dipusing-pusingkan dengan laju sehingga membentuk perisai.

Rudy terus membaling-baling garinya pada Ali tapi tak mengena sama seperti waktu serangan pertama.

"Hahahahaha!! Cubalah serang aku kalau boleh!!"ejek Ali dengan penuh yakinnya.

Rudy pula sudah naik angin sebab setiap serangannya tak membuahkan hasil. Jadi Rudy terus menyerang Ali dengan bertalu-talu sehingga bilik latihan itu bersepah dengan gari yang dibaling Rudy.

Ejen Bakar yang memerhati mula rasa takut dengan pertarungan sengit antara Ali dan Rudy. Tiba-tiba ejen Bakar merasakan ada sesuatu mengikat tangan dan kakinya.Apabila dia tengok tangan dan kakinya...

"Alamak!!"gumam ejen Bakar apabila melihat yang benda itu sebenarnya ialah gari yang digunakan Rudy. Dia sangat yakin yang gari tu pasti telah ditepis Ali sehingga terpelanting ke arahnya.

Ejen Bakar meronta-ronta dalam garian gari Rudy. Tapi hampeh, sebab dia mula hilang keseimbangan dan jatuh tertiarap di situ.

Sementara di luar tak jauh dari bilik latihan...

"Aku tak sabar nak tengok apa yang diorang tengah buat sekarang ni!!"ujar Moon semangat sambil berjalan bersama ejen-ejen muda yang lain ke arah bilik latihan khas Ali dan Rudy.

"Kot kot diorang tak berlatih...Tapi sebaliknya mungkin diorang tengah bersweet-sweet kat dalam tu!!"serkap Khai tiba-tiba.

Semua kawan-kawannya menghentikan langkah dan memandang Khai dengan tatapan tidak puas hati. Ada juga yang confuse.

"Khai!! Tak baik awak serkap jarang dengan diorang!!"marah Iman mewakili kawan-kawan seakademinya.

"Yelah, lagipun ejen Bakar pun ada kat dalam sana pantau diorang. Takkanlah diorang nak buat benda pelik-pelik kat dalam tu!!"sampuk Jet sambil menyilangkan tangan di dadanya.

"Aku kata mungkinkan!! Yang korang sampai nak marah aku ramai-ramai apasal?!!"soal Khai tak puas hati.

"Dah dah!! Tak payah nak gaduh-gaduh!! Kita datang sini nak tengok diorang berlatih!! Bukannya nak bertekak!! Ish!!"tegur Alicia untuk menenangkan kawan-kawannya yang terjebak dalam situasi yang tegang. Alicia tahu, kalau tak dihentikan, ia pasti boleh berlarutan sehingga tahap bertumbuk.

Kawan-kawannya hanya terdiam. Kemudian mereka meneruskan perjalanan mereka ke arah bilik latihan khas Ali dan Rudy.

Apabila mereka sampai, Alicia membuka pintu menggunakan kata laluan yang dah ditetapkan oleh M.A.T.A.

Apabila pintu terbuka...

(ZIUUUNG!!!!)

Sesuatu tercampak keluar dari bilik itu dan hampir-hampir terkena Alicia. Tapi nasib baik Alicia sempat elak. Kalau tak, benjol dah.

Mereka pun mengintai sedikit ke dalam bilik latihan itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Ali dan Rudy sedang bertarung dengan sengit sekali.

*Di tempat Ali dan Rudy*

Ali terus menerus mempertahankan dirinya menggunakan perisai yoyonya dan juga menyerang Rudy bila ada peluang.

Rudy pula, masih lagi mengelak dari terkena serangan Ali dan membaling garinya. Tapi keputusannya sama saja. Gari itu tak kena pada Ali.

Tiba-tiba Ali dan Rudy terdengar suara ejen Bakar menjerit...

"Ali!! Tolong uncle!!! Uncle kena gari ni!!!"teriak ejen Bakar meminta bantuan dari Ali untuk melepaskannya.

Ali dan Rudy menoleh ke arah ejen Bakar. Tak lama kemudian, Ali mendapat satu akal apabila melihat Rudy seperti terleka sekejap.

Ali pun berlari dan melompat dengan tinggi menggunakan kasut Aero 'Boots'nya untuk menyerang Rudy dari atas. Tapi malang sekali bagi Ali kerana kasut Aero 'Boots'nya tiba-tiba tak berfungsi pada ketinggian 25 meter dari tanah.

"Aaaaaaaaah!!! Tolooooong!!!"jerit Ali meminta tolong.

Rudy yang ternampak Ali sedang jatuh bergegas berlari untuk menangkap Ali. Sebab dia tak nak Ali kesayangan(?) dia tu cedera.

3

2

1

(HUPP!!!)

Rudy dapat menangkap Ali dengan cara memeluk Ali erat-erat. Tapi hentaman dari jatuhan Ali tadi sangat kuat sehingga Rudy hilang keseimbangan dan jatuh terlentang. Tapi Ali masih lagi tak dilepas dari dakapannya.

Tapi Rudy tak sedar yang aksinya telah diperhatikan oleh kawan-kawan akademinya yang datang untuk tengok diorang.

"Aduuu..."erang kedua-duanya.

Ali rasa ada sesuatu yang melingkari badannya.Jadi dia putuskan untuk membuka matanya.

Apabila dia membuka matanya...

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Kde žijí příběhy. Začni objevovat