ACDA3

2.6K 152 69
                                    

Manusia itu diserang yoyo Ali sehingga tertolak agak jauh. Ali menghampiri kain hitam tadi dan mendapati sangkar yang dipijak tadi, tiada??

Sementara Ali leka, manusia itu membaling kadnya pada Ali tapi gagal kerana dihalang oleh peluru yang dilastik Alicia.

Manusia itu pun terus membaling kad-kadnya pada Alicia dengan kuantiti yang banyak tapi tak mengena kerana Alicia terlalu pantas dan cekap mengelak.

Dan secara tiba-tiba tangan manusia itu diikat oleh yoyo Ali.Ali cuba menarik manusia itu tapi tak dapat. Sebaliknya manusia itu yang menarik Ali dan menghempaskannya ke dinding.

Selepas itu, manusia itu mengeluarkan sebilah pedang dan terus menyerang Ali. Nasib baik Ali mengelak. Ali bangun dan menyerang manusia bertopeng itu dengan yoyonya secara berterusan.

Alicia pula sedang cuba untuk melastik pelurunya tapi tak boleh kerana Ali terlalu hampir dengan sasarannya.

"Ali!! Tepi sikit!!"arah Alicia.

"Ah takda!! Dia aku punya!!"bentak Ali.

Tiba-tiba Ali mendapat amaran dari I.R.I.S dan Ali terus menendang manusia itu sehingga tertolak agak jauh.

Itu memberikan kesempatan untuk Alicia melastik pelurunya kerana Ali sudah jauh dari sasarannya.

Manusia itu jatuh tertiarap akibat terkena gelombang peluru Alicia.

Ali ingin menyerang manusia itu menggunakan yoyonya tapi dihalang seseorang.

Rupanya...

"Uncle??"soal Ali hairan.

"Heh, cayalah Ali"puji ejen Bakar dan tiba-tiba ruangan yang gelap tadi bertukar menjadi terang.

Ali menoleh ke belakang apabila terdengar beberapa orang bersorak dan bertepuk tangan dari ruang memerhati di aras 2.

Tiba-tiba mata Ali tertumpu pada seorang pelajar yang sedang merenungnya tajam dan rambutnya mirip seperti landak.

Tanpa Ali sehari,pipinya mulai blush dan terus mengalihkan pandangannya ke arah lain.

(DEG!)

"Budak I.R.I.S tu... Pandang aku ke??Kenapa jantung aku berdegup kencang sangat bila pandang dia?"gumam pelajar yang berambut landak tu.

"Aa... Silap, tak patut aku main-main tadi"ujar manusia bertopeng itu sambil membuka topengnya. Bajunya juga telah berubah dan terlihatlah wajahnya seperti... Ejen Karya??

"Haha... Padan muka. Kan aku dah cakap dia terror. Anak buah aku tu!!"ujar ejen Bakar sambil menepuk bahu ejen Karya.

Ejen Karya mengambil sehelai kain hitam dan menyelaknya. Terlihatlah benda yang ada dalam kain itu.

"Comot!!Kau selamat!!"ujar Ali gembira.

Comot pula terus melompat ke dalam pelukan Ali.

"Ali, Alicia, selamat datang ke akademi M.A.T.A"ujar seorang wanita yang memakai kod makmal sambil tersenyum dari ruang memerhati.

"Silakan, naik ke atas"pelawa wanita itu.

"Ha, jom kita pergi jumpa yang lain"ajak ejen Bakar sambil berjalan menuju ke tempat pelajar-pelajar akademi yang lain.

Tanpa disedari, Ali diperhatikan oleh pelajar yang berambut landak tu.

"Budak I.R.I.S tu, boleh tahan comel juga-- Eh?! Apa aku merepek ni?!"gumam pelajar berambut landak tu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan menuju ke arah kawan-kawannya.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum