ACDA30🎁

1.7K 103 33
                                    

Hadiah ketiga!!!🎁🎁🎁

*Keesokan hari*

Rudy bangun dari tidur dan meregangkan sedikit badannya.Dia lihat Ali masih lagi tidur dengan lenanya dan dia tak sampai hati nak kejut Ali.

Jadi Rudy putuskan untuk mandi dulu sebab kejap lagi nak kena pergi akademi.

*Selepas mandi*

Rudy lihat Ali masih lagi nyenyak tidur.Dia pun mengejutkan Ali.

"Ali...Bangun.Jap lagikan kena pergi akademi...Nanti lambat pula..."Rudy mengejutkan Ali yang masih tidur dengan menggoyangkan sedikit badan Ali.

Ali yang terasa badannya digoyang membuka matanya perlahan.

"Rudy..."panggil Ali sambil tersenyum ke arah Rudy.

Rudy membalas senyuman Ali dengan senyum pendek.

"Dah,bangun cepat...Pergi siap-siap.Kejap lagi nak kena pergi akademi"ujar Rudy sambil menarik tangan Ali agar Ali segara bangun dari katil.

Ali tak bergerak sedikit pun apabila ditarik Rudy.

"Ali...Jom..."Rudy mengajak Ali buat kali kedua.

Ali hanya diam dan tak memberikan sebarang respon.

"Ali...Kau ok tak?Kau macam tak sihat je...Kau sakit ke?"tanya Rudy risau.

"Aku...Rasa...Tak sihat..."jawab Ali akhirnya.

"Kau demam ke?"tanya Rudy yang makin cemas

Ali hanya mengangkat bahu.Rudy meletakkan tapak tangannya pada dahi Ali.

"Hmm...Kau demam ni...Takpalah,kau rehat je.Nanti aku bagitahu mentor-mentor yang kau tak sihat ok?"tanya Rudy sambil membaringkan Ali.

Ali hanya tersenyum kecil.

"Aku pergi ak..."

(TING!TONG!)

Rudy tak dapat menghabiskan kata-katanya kerana tiba-tiba loceng rumah berbunyi.Rudy pun pergi ke pintu rumah untuk melihat siapa yang bunyikan loceng.

Apabila Rudy membuka pintu,ternyata orang tu ialah ejen Bakar.

"Aa...Rudy!Baru saya nak suruh pergi akademi...Mana Ali?"tanya ejen Bakar apabila tak nampak kelibat anak buahnya'Ali'.

"Ali...Dia kat dalam bilik..."jawab Rudy dengan suara yang perlahan.

"Ali buat apa kat dalam bilik tu?"tanya ejen Bakar lagi.

"Ali dia tak...Berapa sihat hari ni..."jawab Rudy.

"Ali sakit?!!"membulat mata ejen Bakar apabila mendengar jawapan Rudy.

"Ha ah,tadi bila saya..."belum sempat Rudy menghabiskan kata-katanya,ejen Bakar telah melanggarnya sehingga terpelanting dan terus berlari ke arah bilik Ali.

(BUKK!)

Rudy selamat mendarat di atas sofa ruang tamu.

"Aduu...Nasib baik jatuh kat atas sofa...Kalau ke lantai...Innalillah aku..."gumam Rudy dan terus mengikuti ejen Bakar ke bilik Ali.

*Di bilik Ali*

"Ali~"ejen Bakar memanggil nama Ali.Serentak dengan itu,Rudy pun sampai.

Ali yang sedang baring menoleh sedikit ke arah ejen Bakar.

"Uncle..."balas Ali.

Ejen Bakar menghampiri katil Ali dan memegang dahi Ali.

"Ali,semalam kau ada makan ais krim,gula-gula dengan coklat ke?"tanya ejen Bakar seolah-olah dah tahu punca Ali demam.

"A...Ada..."jawab Ali lemah.

"Kenapa kalau Ali makan benda-benda tu?"tanya Rudy tiba-tiba dengan muka risau.

"Ali ni kalau dia makan benda-benda manis banyak sangat nanti dia...Urmm...Macam mana nak cakap ye..."ejen Bakar masih lagi fikir cara nak jelaskan pada Rudy.

"Macam nilah,Ali ni dia boleh kena demam teruk kalau terlebih makan makanan manis-manis..."jelas ejen Bakar akhirnya.

Rudy yang mendengar penjelasan ejen Bakar terus menerpa Ali dan memeluknya erat sambil menangis??

"Aliii!!Maafkan aku!Aku tak tahu!Kalau aku tak belikan makanan manis tu mesti kau tak demam!Huaa!Maafkan akuu!!"pinta Rudy sambil menangis macam orang minta ampun kat sultan.

"W...Woi Rudy!Kau ni buang tabiat ke apa??"soal Ali.

"Aku nak..."Rudy tak dapat menghabiskan kata-katanya kerana dia telah ditarik ejen Bakar dan dibawa ke luar bilik.

Ali hanya terkebil-kebil melihat kejadian itu.

*Di luar bilik*

"Apa yang dah jadi ni?Ceritalah pada saya"ujar ejen Bakar.

"Haihh...Ceritanya macam ni..."Rudy memulakan ceritanya.

"Nanti!Jangan cerita dulu!"sampuk ejen Bakar.

"Kenapa?"tanya Rudy pelik.

"Cerita sambil jalan.Kita dah lambat ni"jawab ejen Bakar dan terus berjalan menuruni tangga.

Rudy menepuk dahinya.

"Hadui...Ingatkan kenapalah tadi..."gumam Rudy dan mengikuti ejen Bakar.

*Dalam perjalanan ke akademi*

"Hah,sambunglah cerita kau tadi Rudy"ujar ejen Bakar.

"Ceritanya bermula masa saya dengan Khai gaduh kat akademi lepastu..."Rudy menceritakan apa yang dah berlaku dari A hingga Z.

TBC...

Amacam?Ok tak?Author dah type 3 chapter hari ni dan sekarang jari author dah nak tercabut.

Author minta duri dulu.Kali ni author nak bercuti sekama sebulan pula sebab penat.

Jadi selamat tinggaaal!!👋👋👋








































Hehehe...

Gurau jelah...😂😂
Jangan marah ye😂😂😂

Takda maknanya author nak cuti sampai sebulan.2 minggu tak buat story pun dah nak naik gila.Apalagi sebulan.Fikir²kanlah...😂😂

Siapa yang tadi terkejut beruk sampai tak cukup nafas angkat tangan

🙋🙋🙋

Jumpa di chapter seterusnye...

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now