ACDA24

1.7K 112 20
                                    

"W-what?!!!!"soal Ali, terkejut dengan kata-kata Rudy tadi.

"Kenapa?"tanya Rudy.

"B-boleh kau ulang apa yang kau cakap tadi tak??"tanya Ali balik.

"Aku cakap kau sesuai jadi calon isteri, kenapa??"

"T-tapi isteri tukan perempuan, aku ni lelakilah!! Mana boleh jadi isteri!!"jawab Ali, blushing.

"Tapi muka kau, badan kau, sikap kau tu macam perempuan... Nak buat macam mana??"balas Rudy jujur membuatkan Ali semakin blur.

"Maksud kau??"tanya Ali meminta penjelasan.

"M-maksud aku... Kau... Yelah, muka kau kiyuut... Pipi pun chubby-chubby macam perempuan, badan kau kecil je, hati kau senang terluka macam perempuan, sebab tulah aku kata kau sesuai jadi calon isteri..."jelas Rudy panjang lebar.

Ali tergamam dengan penjelasan Rudy.

"Aku-- S-sudahlah!! Jom tidur!! Dah lewat ni!!"balas Ali, sengaja menukar topik seraya melangkah ke arah tangga.

Tapi, belum sempat Ali menjejakkan kakinya pada anak tangga pertama, tiba-tiba Rudy menarik tangannya.

"Tunggulah dulu... Aku... Ada benda nak cakap dengan kau..."pinta Rudy yang masih tak melepaskan tangan Ali yang digenggamnya.

"Apa??"tanya Ali ringkas.

"Aku nak cakap yang..."Rudy menghentikan kata-katanya.

"Yang??"soal Ali meminta Rudy menyambung ayatnya.

"Yang... Aku... S-suka kau lebih dari seorang kawan atau kawan baik..."jelas Rudy, gugup.

"Lebih dari seorang kawan?!! Maksud kau... Kau dah--"Ali tak dapat menghabiskan kata-katanya.

"Jatuh hati dengan kau?? Ya, itulah kebenarannya..."Rudy menyambung ayat Ali.

Ali terdiam dan otaknya blank. Dia tak tahu nak balas apa kerana masih lagi terkejut dengan apa yang baru didengarnya tadi.

"Aku tahu ni salah, tapi apa yang aku cakap ni adalah benar. Aku... Dah lama nak cakap dengan kau sebenarnya..."jelas Rudy.

Masih tiada respon dari Ali.

"Jadi... Boleh kau terima aku??"tanya Rudy yang setia menanti respon dan jawapan dari Ali.

"Erm... Aku rasa aku perlukan masa untuk fikir tentangnya"jawab Ali akhirnya.

"Ambillah masa sebanyak mana yang kau perlukan... Aku tak kisah..."balas Rudy mengalah dan terus menuju ke arah bilik Ali.

"Aku harap aku tak sakitkan hati kau Rudy..."monolog Ali sambil mengikuti Rudy naik ke biliknya.

*Di bilik*

10:40 malam

Rudy sudah pun dibuai alam mimpi. Tapi tak bagi Ali. Dia masih lagi tak dapat tidur kerana asyik terfikir tentang permintaan Rudy tadi.

"Jadi... Boleh kau terima aku?"

Permintaan Rudy masih lagi terngiang-ngiang di telinga Ali.

"Patut je aku terima dia?? Atau tak?? Tapi, aku rasa aku pun ada perasaan yang sama macam dia rasa... Ya!! Aku baru ingat!! Aku memang ada perasaan pada Rudy, cuma masa tu aku belum pasti lagi..."monolog Ali sambil mencuri-curi pandang Rudy yang sedang tidur di sebelahnya.

"Aku tak tahu apa yang aku rasa pasal kau Rudy, orang selalu cakap kau sombonglah, muka ketatlah... Tapi aku rasa diorang salah. Aku rasa kau ni sangat baik dan selalu ambil berat pasal aku. Aku rasa aku dah mula sayangkan kau lebih dari seorang kawan, sama macam kau..."

Ali ingat setiap apa yang dia fikir tentang Rudy sebelum ni.Jadi dia putuskan untuk...

"Baiklah Rudy. Aku terima kau..."fikir Ali lagi dan mula memusingkan badannya menghadap Rudy.

Perlahan-lahan, Ali menutup matanya.

---

*Keesokan hari*

Ali bangun dari tidurnya lambat sedikit dari biasa kerana hari ni cuti.

Ali mencari-cari keberadaan Rudy tapi tak jumpa juga.

"Haish... Mana Rudy ni?? Takkan dia keluar kot..."fikir Ali.

Ali pun turun dari katilnya perlahan-lahan.

Tapi masa Ali turun, dia terpijak sesuatu sehingga membuatkan dia tertiarap di atas lantai.

Apabila Ali menoleh, dia mendapati yang benda yang dipijaknya tadi ialah Rudy yang masih lagi tidur. Tidur mati sebenarnya.

"Woi Rudy!! Bangunlah!! Lasaknya kau tidur!!"tegur Ali, cuba mengejutkan Rudy yang entah macam mana boleh terselit kat bawah katil.

Tapi Rudy tak bangun.

"Hish!! Tidur mati betullah landak ni!!"marah Ali dan menarik Rudy keluar dari bawah katil tu.

(BLUKK!)

Rudy telah terlepas dari cengkaman katil Ali.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora