ACDA57

2.1K 105 102
                                    

A/N:Disarankan baca chapter ni sambil dengar lagu Kiss The Rain(Yiruma)

Rudy membuka matanya perlahan dan dia dapat lihat kesemua kawan-kawannya berada di sisi katilnya.

Rudy terpinga-pinga dan bertanya apa yang telah berlaku.

"A...Apa yang dah jadi?Kita kat mana ni?"tanya Rudy hairan mengubah posisinya daripada baring menjadi duduk.

"Kita ada kat salah satu lokasi M.A.T.A yang masih selamat buat masa ni..."jawab Alicia sambil tersenyum.

"Apa jadi dengan akademi kita?"tanya Rudy lagi dengan muka risau.

Alicia menghela nafas berat sebelum menjawab pertanyaan Rudy yang menyebabkan Rudy semakin hairan.

"Akademi kita dah musnah sepenuhnya akibat Uno pasangkan bom nuklear di bawah akademi.Ramai yang cedera parah...Tapi,dalam ramai-ramai,Alilah yang paling kesian..."jelas Alicia dengan ayat tergantung kerana dia tak sanggup nak teruskan.

"Kenapa dengan Ali?!"tanya Rudy yang semakin panik.

"Dia yang tewaskan Uno dan dapat kecederaan yang sangat teruk.Dia juga kehilangan banyak darah akibat ditikam oleh..."jelas Alicia dan masih lagi menggantung ayatnya kerana dia merasakan sebak di dadanya.

"Siapa yang tikam Ali?!Cepat bagitahu!"tanya Rudy yang memaksa Alicia memberi tahu pelakunya dengan kadar segera.

"Khai..."jawab Alicia pilu dan menundukkan kepalanya kerana dia tak dapat menahan tangisannya.Roza yang berada di sebelahnya hanya menepuk bahu Alicia agar dia bertenang.

"Kat mana Ali sekarang ni??"tanya Rudy dan terus bangun dari katilnya.

"Dia ada kat bilik rawatan kecemasan..."jawab Iman tiba-tiba.

Rudy yang mendengarnya bergegas berlari menuju ke bilik rawatan kecemasan untuk melihat Ali.

Rudy berjalan memasuki bilik itu dengan melangkahkan kakinya perlahan.Dia dapat rasakan jantungnya berdegup sangat kencang kerana dia takut jika sesuatu yang tak diingini berlaku pada Ali.

*Di dalam bilik rawatan kecemasan*

Rudy dapat lihat Ali terbaring lemah di atas sebuah katil.Rudy berjalan mendekati katil Ali dan dia dapat melihat mata Ali masih lagi terpejam rapat dan Ali juga dibantu oleh alat bantuan pernafasan.

Rudy dapat rasakan hatinya hancur melihat Ali dalam keadaan sebegitu.Rudy duduk di atas kerusi yang berada di sebelah katil Ali dan menatap Ali dengan tatapan sayu.

"Ali...Tolonglah,buka mata kau..."gumam Rudy yang telah menangis dan menundukkan kepalanya kerana dia tak sanggup nak terus melihat Ali begitu.

Tiba-tiba tangan Rudy diraih seseorang sehingga membuatkan Rudy terkejut dan mengangkat kepalanya dan dapat melihat orang itu ialah...

"A...Ali?"soal Rudy tak percaya.

Ali hanya tersenyum kecil ke arah Rudy.Rudy menarik Ali ke dalam pelukannya dan terus menangis tersedu-sedu.

"Ali...Aku...Rindu kau...Aku rindu senyuman kau...Aku rindu pelukan kau...Aku rindu sangat..."ujar Rudy disela-sela tangisannya sambil melepaskan pelukannya dari Ali.

"Aku pun rindu kau Rudy..."ujar Ali perlahan.

Rudy terkaku di tempatnya kerana tak tahu nak balas apa.

"A...Ali,sebenarnya...Aku...Nak minta maaf sebab aku...Dah..."Rudy menghentikan kata-katanya kerana dia tak dapat menahan rasa sebak di dadanya.

"Takpa...Aku faham...Aku tak kisah pun..."ujar Ali perlahan.

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora