ACDA29🎁

1.6K 106 50
                                    

Ni hadiah kedua!!!🎁🎁🎁

*Malam itu di rumah Ali*

Ali masih lagi makan ais krim,gula-gula dan makanan yang di belikan oleh Rudy petang tadi dengan lahapnya.

Rudy hanya tersenyum kecil melihat telatah comel Ali.

"Ali...Dah dahlah tu makan ais krim tu...Kan dah malam ni...Nanti kau demam macam mana?"tanya Rudy tiba-tiba.

"Ala...Tapi aku masih nak makan lagi...Kan banyaaak..."jawab Ali dengan nada manja sambil membuat puppy eyes.

Rudy hampir-hampir saja cair melihat kemanjaan Ali.

"Hmm...Yelah.Tapi yang ni last tau!Yang lain aku simpan dalam peti ais..."ujar Rudy mengalah sambil mengusap rambut Ali.

"Ok..."balas Ali yang masih lagi sibuk makan ais krim.

Rudy tersenyum pada Ali sambil berjalan menuju ke arah peti sejuk untuk menyimpan ais krim dan gula-gula Ali.

-10:12 malam-

Ali dan Rudy masuk je dalam bilik bersama-sama.Ali mencapai tualanya dan bergegas menuju ke bilik mandi.

Tapi tiba-tiba tangan Ali ditarik Rudy.

"Ali~"panggil Rudy dengan nada menggoda.

"Apa?"tanya Ali dan menoleh ke belakang untuk melihat Rudy.

Rudy terus memeluk pinggang Ali erat-erat.

"Aku nak tolong mandikan kau boleh tak?"tanya Rudy dengan soalan yang tak masuk akal.

Ali tersentak dengan pertanyaan Rudy.

"Kau gila ke apa?!!Taknaklah!!"jawab Ali dan terus masuk ke dalam bilik mandi dan mengunci pintu rapat-rapat.

Rudy yang di luar terus duduk di atas katil Ali sambil buat muka bengang.

"Tak guna!Tengoklah Ali,aku akan balas nanti!!Tahulah aku nak buat apa dengan kau nanti..."gumam Rudy sambil smirk sorang-sorang.

-5 minit kemudian-

Ali keluar dari bilik mandi.Sekarang giliran Rudy pula yang mandi.

Sebelum masuk ke dalam bilik mandi,Rudy sempat lagi menoleh ke arah Ali kemudian smirk lagi.

Selepas Rudy masuk ke dalam bilik mandi,Ali cepat-cepat pakai baju dan merebahkan dirinya di atas katil.Mata Ali semakin lama semakin layu dan akhirnya dia tertidur dengan style baring berbentuk bintang.Faham kan?

Tak lama kemudian,Rudy pun keluar dari bilik mandi.Dia hanya tergelak kecil melihat Ali tidur macam orang kepenatan.

"Hahaha...Penat makan ais krimlah tu agaknya..."gumam Rudy sambil tersenyum dan terus pakai baju.

Setelah siap pakai baju,Rudy menuju ke arah katil dan menolak Ali sedikit kerana ingin membuat ruang untuk dia tidur.

Setelah itu,Rudy baring di atas katil dan selimutkan Ali juga dirinya.Rudy tidur sambil memeluk Ali.

*Sementara itu di suatu tempat rahsia*

Kelihatan seorang lelaki berjalan ke sana sini sambil berfikir.

"Cinco!Kau masih tak jumpa lagi ke lokasi akademi M.A.T.A dan budak I.R.I.S tu?"tanya lelaki itu pada pembantunya yang bernama Cinco.

"Belum Uno.Saya masih lagi mencari lokasinya"jawab Cinco.

Jawapan Cinco tadi telah membuatkan lelaki itu'Uno' berasa sedikit marah.

"Macam mana boleh tak jumpa?!!"soal Uno sambil menghentak meja.

Cinco hanya tertelan air liur.Manakala Dos dan Trez hanya menerhati dari jauh.

"S...Saya rasa teknologi di akademi tu dah di upgrade sejak saya tinggalkan M.A.T.A...Tapi jangan risau,saya pasti akan dapat menjumpai lokasi akademi nanti"jawab Cinco plus memberi keyakinan 100% pada Uno.

"Tunggu kau budak I.R.I.S!Kalau aku dapat jumpa kau aku akan..."Uno menghentikan kata-katanya.

"Akan?"tanya Cinco.

Uno mengambil pedangnya dan di hayunkan ke arah meja sehingga meja itu terbelah dua.Cinco yang berdiri berdekatan meja dah takut sebab pedang Uno tu sipi je nak kena dia.

"Hapuskan dia!!!"sambung Uno sambil menghayunkan pedangnya lagi sekali sehingga terkena pada tablet Cinco yang berada di atas kerusi.

Cinco yang melihat tabletnya hancur berkecai seperti dah kena sakit jantung.

"Tablet...Aku..."Cinco memandang sadis pada tabletnya yang dah hancur dan terus pengsan di situ juga.

"Alamak,kena ke?"soal Uno yang terkejut melihat Cinco pengsan.

"Ehehe...Sorry sorry...Nanti aku ganti dengan yang baru..."ujar Uno.

Cinco tiba-tiba saja bangun dari pengsannya apabila mendengar yang Uno akan ganti tabletnya yang dah hancur.

"Ganti dengan ipad jenama Apple tau!Warna pink tau!"pesan Cinco.

"I...Ipad?!"soal Uno.

Cinco mengangguk semangat.

Kali ni giliran Uno pula yang pengsan.

"D...Duit aku..."ujar Uno yang separuh sedar.

Dos dan Trez yang sibuk mengintai hanya buat muka(-_-")melihat adegan Cinco dan Uno.Diorang pun terus bla dari situ.

TBC...

Amacam ok tak hadiah kedua yang author bagi ni?

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now