ACDA17

2K 126 40
                                    

*Di cafe akademi*

"Ali, seronok ke kau berlatih dengan si Rudy tu??"tanya Khai menepuk bahu Ali.

"Hmm... Entahlah... Aku rasa... Okay kot... Aku tak tahu..."jawab Ali tanpa mengalihkan pandangannya dari screen 'tablet'nya.

"Iya ke??"tanya Khai sambil menaikkan sebelah keningnya dan memandang Ali dengan pandangan curiga.

"Iya... Betullah"jawab Ali selamba.

Tiba-tiba Khai memegang kedua-dua bahu Ali dan memusingkan badan Ali supaya Ali menghadapnya. Khai merapatkan mukanya dengan muka Ali.

Kebetulan Rudy lalu di situ untuk mencari Ali. Tapi dia terpaksa menyembunyikan dirinya di sebalik dinding apabila nampak Ali hanya berdua dengan Khai. Jadi Rudy putuskan untuk stalk diorang.

Apa yang membuatkan Rudy naik angin adalah bila Khai memegang kedua-dua bahu Ali dan dipusingnya Ali sehingga menghadapnya.

Kembali pada Ali dan Khai...

Ali tersentak dengan perbuatan Khai sehingga tablet yang dipegang Ali jatuh ke lantai. Mujur screennya tak pecah. Kalau tak, nahas Khai dihempuk Ali.

"Betul ke apa yang kau cakap ni?? Ke... Kau suka sebab tadi dia selamatkan kau??"soal Khai sambil memegang kedua-dua belah pipi chubby Ali dan merenung Ali dengan renungan tajam.

Rudy yang memerhatikan mereka sebenarnya nak saja membelasah Khai seperti kerbau yang nampak kain merah. Maklumlah suit Khaikan warna merah. Tapi Rudy terpaksa menahan dirinya.

"Khai ni memang sengaja!! Berani dia sentuh Ali!! Kalau dapat si mamat Khaiyak(Kayak) tu, confirm aku patah riukkan tulang dia sampai hancur berderai!!"maki hamun Rudy dalam hati sambil membuat penumbuk.

Kembali pada Ali dan Khai...

Ali hanya tertelan air liur apabila Khai merenungnya dengan renungan tajam yang menakutkan.

"T-taklah!! Mana ada!! Memandai-mandai je kau ni!!"marah Ali yang mukanya sudah merah kerana menahan geram.

"A-Ali janganlah marah. Aku gurau je... Kau tak payahlah ambil serius sangat dengan apa yang aku cakap tadi..."pujuk Khai cuba untuk menenangkan Ali yang sedang marah.

"Cihh, sudahlah kau Khai... Aku tak percaya apa yang kau cakap!! Hmph!!"balas Ali sambil menjauhkan dirinya dari Khai, menyilangkan tangan di dadanya dan memalingkan mukanya ke arah lain. Senang cakap merajuklah.

"Ali... Marilah sini... Dekat sikit dengan aku..."pinta Khai, dengan niat ingin memujuk Ali.

Ali hanya memulaukan Khai.

Khai menghela nafas dan bangun dari tempat duduknya untuk berdiri di hadapan Ali yang sedang merajuk.

"Sekurang-kurangnya kau pandanglah aku Ali..."pinta Khai lagi. Tapi kali ni dia melutut di depan Ali.

Sekali lagi, Ali hanya memulaukan Khai. Ali hanya anggap yang Khai tak wujud.

"Kalau kau berkeras juga... Terpaksalah aku buat ni pada kau..."ujar Khai dengan suara yang dingin dan menakutkan.

Tak dijangka, Khai memegang muka Ali dengan ganas dan memusingkan muka Ali agar mengadapnya.

"K-Khai?!! Apa yang--"Ali terpaksa menghentikan kata-katanya kerana...

(CHUPP!)

Khai tiba-tiba meng'kisshu' Ali tepat di bibirnya.

Tanpa membuang masa, Ali langsung menolak Khai tapi tak berhasil kerana Khai langsung memeluk Ali dengan erat.

1

2

3

Khai melepaskan kisshuannya dari Ali dan memandang Ali sambil smirk. Ali pula sudah tercungap-cungap kerana tak cukup oksigen.

Tiba-tiba...

(BONK!!)

Khai ditumbuk oleh seseorang sehingga terpelanting agak jauh... Dan orang tu tak lain tak bukan mestilah...

"R-Rudy?!!"soal Ali tak percaya.

"Ali, kau okay tak?!! Kenapa Khai--"Rudy terpaksa menghentikan kata-katanya kerana dia nampak Khai berlari ke arahnya dan Ali.

Khai menghentikan langkahnya apabila sampai di depan Rudy.

"WOI! APAHAL KAU TUMBUK AKU HAH?!!"soal Khai kasar.

"KAULAH APAHAL!! APASAL KAU TETIBA KISSHU ALI?!!"soal Rudy pula.

"EH, SUKA HATI AKULAH!! AKU TAHULAH KAU JEALOUS SEBAB TAK DAPAT RASA FIRST KISSHU ALI KAN?!! TERUS TERANG JELAH!!"jawab Khai sambil menyindir Rudy.

"WOI! KAULAH YANG--"kata-kata Rudy dipotong oleh seseorang.

"Apa yang kamu berdua bising-bising ni hah?!!"jerkah seseorang.

Apabila mereka berdua menoleh, mereka mendapati yang orang itu ialah...

"E-ejen Leon?!!"soal Rudy dan Khai serentak.

"Saya nampak apa yang kamu berdua buat!!"sambung ejen Leon.

---

Ali pulang ke rumahnya lewat sikit hari ni. Semuanya salah si Khai tu. Kalau Khai tu tak gatal sangat tadi, sah-sah tak kena denda dan dapat balik awal.

*Di rumah Ali*

Apabila masuk saja ke dalam rumah, dia terus menuju ke arah biliknya dan merebahkan dirinya di atas katil. Tak lama kemudian, Ali pun tertidur kerana kepenatan.

-11:40 malam-

(DING DONG!!)

Loceng rumah dibunyikan. Ali yang sedang lena tidur terjaga kerana bunyi loceng tu. Ali menjenguk di tingkap dan mendapati Dr. Ghazali sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

Ali pun berlari ke arah pintu rumah dan membuka pintu untuk Dr. Ghazali.

"Eh, Ali kenapa tak tidur lagi?? Dah lewat ni..."soal Dr. Ghazali.

"Tadi Ali dah tidur dah..."jawab Ali sambil senyum ke arah Dr. Ghazali.

Tiba-tiba Ali ternampak ada bagasi di sebelah Dr. Ghazali.

"Ayah, tu siapa punya??"tanya Ali sambil menunjuk ke arah bagasi tu.

"Oh, lupa nak bagitahu... Mulai hari ni, kamu akan ada kawan baru Ali"jawab Dr. Ghazali.

"Hah?? Siapa??"tanya Ali lagi.

"Dia ni..."ujar Dr. Ghazali sambil menunjukkan orang yang akan jadi kawan Ali.

Punyalah terkejut Ali apabila melihat orang yang disebut-sebut Dr. Ghazali.

"Kau..."

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt