ACDA4

2.7K 162 82
                                    

"Akademi latihan M.A.T.A merupakan satu tempat untuk mencari dan mengumpul ejen-ejen muda. Kami menyediakan persiapan sejak awal untuk menghasilkan ejen-ejen yang lebih hebat. Lagipun tiada siapa yang sangka kalau budak-budak sebenarnya ialah ejen. Kami berempat ditugaskan sebagai mentor untuk membimbing ejen-ejen di sini"jelas wanita itu terlebih panjang dan lebar.

"Yang berteraskan inviso ni ialah ejen Karya"ujar wanita itu lagi.

Ejen Karya hanya menunduk hormat.

"Yang ni pula ejen Bakar dari kombat"sambungnya.

Ejen Bakar hanya menunjukkan pose seperti adiwira dengan tangannya yang berlemak itu.

"Asalkan kamu tak buat perangai, semuanya akan berjalan lancar!!"tegas seorang lelaki yang berketinggian rendah.Senang cakap pendeklah.

"Ini pula ejen Leon dari neuro"wanita itu memperkenalkan lelaki pendek tadi 'Ejen Leon'.

"Dan saya ejen Geetha, tekno. Dan ni semua adalah rakan sekelas kamu. Mereka dah berlatih di sini hampir setahun"akhirnya wanita itu 'Ejen Geetha' memperkenalkan dirinya dan pelajar-pelajar lain.

"Apa kata kamu semua perkenalkan diri"saran ejen Geetha pada ejen-ejen muda yang lain.

*Ali P.O.V

"Biar aku mulakan dulu"sampuk seorang ejen lelaki yang berteras neuro dan berjalan ke arah tempat pemantauan lalu menjatuhkan dirinya. Aii?? Tak mati ke??

Tapi secara tiba-tiba dia terbang ke atas.Fuyoo!! Boleh terbang rupanya. Patutlah tak takut mati mamat seekor ni!!

"Panggil aku Jet"ejen itu memperkenalkan dirinya dan tiba-tiba saja dia ditembak seseorang. Nasib baik sempat elak,kalau tak dah arwah dah.

Kemudian, aku menoleh ke arah seorang ejen perempuan yang menembak Jet. Mungkin dia dari teras neuro juga.

"Tch, berlagak!! Aku, Roza"ejen perempuan itu memperkenalkan dirinya.

"Mika"ujar seorang ejen yang duduk di atas kerusi roda.

"K-Kau pun?? Tapi..."tanya ku tak percaya pada ejen itu 'Mika'.

Dan secara tiba-tiba, kerusi roda Mika berubah menjadi sebuah mecha yang sangat bergaya. Kot...

Tak lama selepas itu, ada seorang ejen yang bersilat dengan kerisnya.

"Ambo Chris"ujar ejen yang bernama Chris tu.Sesuailah, suka main keris, namanya Chris.

"Iman!!"jerit Chris dan dalam masa yang sama ada seorang ejen yang menyerang keris Chris menggunakan kunai di hujung 'shawl'nya dan menunjukkan beberapa aksi.

"Emm... Saya Iman"ujarnya malu-malu.

Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahu ku sambil tersenyum dan memusing-musingkan rubiknya.

"O... Kay..."ujar ku sedikit ragu.Serius, si gemuk macam dia ni boleh masuk akademi??

Selepas itu dia membalingkan rubiknya dan terlihatlah kertas-kertas kecil jatuh dari atas sebagai tanda mereka menyambut kedatangan ku dan Alicia.

Tiba-tiba ada sebuah robot berwarna merah bertayar 2 bergesel di kaki ku sambil membuat bunyi comel dan terus pergi ke arah tuannya yang memakai cermin mata.

"Nama aku Khai"ujar tuan robot itu dengan bersemangat sambil tersenyum ke arah ku.

Tak lama kemudian, ada seseorang yang berpusing pusing sekeliling ku dengan sangat pantas sehingga kepala ku pening. Akhirnya dia berhenti di hadapanku sambil memegang sebuah yoyo yang macam aku punya.Dia terus mencampakkan yoyo tu pada aku.

"Dia Zass, dia... Tak boleh cakap"jelas seorang ejen perempuan yang berteras inviso.

"Aku Moon"dia memperkenalkan dirinya.

"Aku pun Moon"sampuk seorang lagi yang seiras dengan Moon sambil melambaikan tangannya ke arah ku.

"Eh akulah Moon"

"Aku pun!!"

"Aku pun!!"

"Akulah Moon"

"Aku pun Moon"

Aduh ramainya!!

Tiba-tiba kesemua Moon bercantum menjadi satu.

"Aku Moon"akhirnya Moon yang sebenar memperkenalkan dirinya.

"Wow!!"kata ku teruja dan mata ku terhenti pada seseorang yang masih belum memperkenalkan dirinya lagi. Aku lantas berjalan menghampirinya.

"Hai!! Aku Ali. Siapa nama kau??"tanya ku sambil tersenyum ikhlas ke arahnya. Aku lihat dia seperti terkaku sekejap.

"Kau... Okay tak?"tanya ku lagi.

"A-Aku... Ehem!! Aku Rudy"jawabnya gagap dan terus berlalu pergi. Dia ni memang gagap ke apa??

Aku memandang pemergiannya dengan rasa pelik.

*End Ali P.O.V

---

"Pelik betul perangai si Rudy tu. Dia memang macam tu ke??"tanya Ali pada Khai.

"Entah. Tapi Rudy tu bukannya senang-senang nak buka mulut tau. Dia tu ibaratnya macam tak pernah berbual langsung dengan kitorang. Macam mana kau boleh buka mulut besi Rudy tu??"tanya Khai pula.

"Manalah aku tau. Aku cuma tanya nama dia je"jawab Ali.

"Pelik"gumam Khai.

Ali hanya mengangguk setuju.

Yelah,siapa tak pelik. Manusia yang tak pernah buka mulut tiba-tiba buka mulut bila Ali tanya. Korang rasa apa yang disimpan dalam hati batunya si Rudy tu??

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now