ACDA26

1.7K 106 26
                                    

Apabila mereka berdua masuk ke dalam akademi, mereka disambut dengan jeritan ejen-ejen perempuan macam sebelum ni tapi sekarang ni lain sikit sebab ejen-ejen lelaki pun turut menjerit juga (Hekk 💀).

"Pergh!! Sweetnya!!!!"

Ali punyalah terkejut sehingga tanpa sedar dah terpeluk Rudy.

"Waaaaaaaaaaagh!!!"makin menjadi-jadi diorang menjerit.

Rudy menutup telinganya kerana dia tahu, kalau dibiarkan... Boleh pekak dia nanti.

Ali melepaskan pelukannya kerana dia pun tak nak pekak juga.

Tiba-tiba Moon berdiri di hadapan mereka.

"Ehh?? Datang pegang-pegang tangan ni. Ada apa-apa ke ni~??"tanya Moon sambil smirk.

"Siap peluk-peluk lagi..."sampuk Roza yang entah bila dah berdiri di sebelah Moon.

"Eh... Of course... Ali ni kan girlfriend aku..."jawab Rudy selamba yang membuatkan Ali blush.

"G-GIRLFRIEND?!!!"jerit ejen-ejen lelaki.

"Yelah kenapa?? Tak salahkan..."balas Rudy acuh tak acuh.

"Memanglah salah!!"sampuk seseorang tiba-tiba.

Mereka semua menoleh ke arah sumber suara.

"Woi, apa kau buat ni Khai??"tanya Jet pada Khai secara berbisik.

Khai tak memperdulikan soalan Jet.

"Ali tu kan lelaki!! Mana boleh kau cakap Ali tu girlfriend kau!!"sambung Khai.

Semua ejen-ejen muda memandang Khai dengan muka bengang dan menyampah.Lagi-lagi Rudy. Ada juga yang mula mengeluh.

Rudy berjalan mendekati Khai dengan muka yang mirip macam singa.

"Woi!! Suka hati akulah!! Yang kau semak sangat ni pehal?!!!!"soal Rudy sambil menarik kolar suit Khai.

Khai menepis tangan Rudy.

"Yang kau dari hari tu sibuk cari pasal dengan aku kenapa?!!!"soal Khai, tak mahu kalah.

Ejen-ejen muda yang lain hanya diam kerana tak berani masuk campur dalam pertengkaran antara Rudy dan Khai.

Akhirnya Ali mengambil langkah menuju ke arah Rudy dan Khai untuk meleraikan pergaduhan mereka.

"Korang... Dahlah tu..."ujar Ali cuba meleraikan pergaduhan.

Rudy dan Khai hanya memulaukan Ali.

"Aku?!! Kau kata aku yang cari pasal?!! Aku rasa kau ni ada masalahlah Khai... Sebab seingat akulah kan. Kau yang mula-mula cari pasal dulu dengan aku!!"balas Rudy dan menolak Khai sehingga Khai terduduk di lantai.

Khai bangun dan terus menumbuk Rudy.

"Kau pehal hah?!!"

Ali dah tak tahan tengok Rudy dan Khai terus-terusan bergaduh.

"Kau lah ap--"

(PLAKK!! PLAKK!!)

Semua ejen-ejen muda terkejut kerana satu tamparan hinggap di muka Rudy dan Khai. Apabila Rudy dan Khai menoleh, mereka mendapati tamparan itu datang daripada...

"Ali??"soal mereka berdua serentak.

"Korang berdua ni!! Sudah-sudahlah tu!! Aku tak suka tengok korang bergaduh macam ni!! Aku... Hisk... Tak sanggup tengok korang berdua gaduh macam ni"tegur Ali. Tanpa dia sedari, air matanya dah membanjiri pipinya.

Tanpa cakap banyak, Ali terus beredar dari situ.

Rudy dan Khai terpaku di tempat mereka. Mereka tak tahu nak cakap apa.

Tanpa membuang masa, Rudy terus mengejar Ali.

Ejen-ejen muda yang lain termasuk Khai hanya diam dan tak berkata apa-apa sehinggalah ejen Geetha datang menegur mereka.

"Apa kamu semua buat?? Kenapa tadi saya dengar macam riuh rendah sangat kat sini?? Dan... Mana Ali dan Rudy??"tanya ejen Geetha bertalu-talu.

Semua ejen-ejen muda memandang Khai.

"Sebenarnya tadi..."Alicia menjadi sukarela untuk menceritakan apa yang dah jadi pada ejen Geetha.

*Sementara Ali pula*

Ali hanya duduk bersendirian di taman akademi. Air matanya tak henti-henti mengalir apabila dia memikirkan tentang pergaduhan Rudy dan Khai.

"Ali!!"panggil seseorang.

Ali menoleh apabila namanya dipanggil.

"Rudy... Kau buat apa kat sini??"tanya Ali dengan muka datar.

"Aku cari kaulah..."jawab Rudy dan duduknya di sebelah Ali.

"Oh... Kau dah habis gaduh dengan si Khai tu ke??"tanya Ali yang masih membuat muka datar.

Rudy tersentak dengan pertanyaan Ali.

"K-kenapa kau tanya aku macam tu Ali?"tanya Rudy pula.

Ali tak menjawab soalan Rudy.

Rudy memegang bahu Ali dan memusingkan Ali agar Ali menghadapnya.

"Ali... Kau marah aku ke??"tanya Rudy lagi.

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now