ACDA53

1.3K 82 63
                                    

*Di luar akademi*

"Apa jadi ni?!"soal Ali dan Rudy serentak apabila melihat berpuluh-puluh drone,droid dan buster droid M.A.T.A sedang dalam posisi untuk menyerang.

"Semua!Cepat berkumpul dan keluarkan senjata masing-masing!Kita mesti bersedia untuk hadapi serangan musuh!"arah Alicia kepada semua ejen muda.

Semua ejen muda terus berkumpul dalam satu barisan seperti kubu pertahanan.

Rudy yang seperti faham situasi segera menyertai yang lain untuk melengkapkan kubu pertahanan mereka sambil menarik Ali yang terpinga-pinga.

"Kenapa ni Rudy?Apa dah jadi ni?Kenapa kita semua kena..."pertanyaan Ali terhenti apabila melihat pintu masuk akademi diletupkan dari luar dan terlihat sekumpulan penjahat memasuki kawasan akademi.

"Diam je Ali..."jawab Rudy ringkas.

"Kenapa aku rasa macam kenal diorang tu?"desis Alicia yang sedang memerhatikan pertarungan sengit antara penjahat-penjahat itu dengan drone dan droid M.A.T.A yang dikawal ejen Geetha di ruang kawalan.

Sementara ejen Bakar,ejen Karya dan ejen Leon melawan musuh-musuh dengan kekuatan fizikal mereka.

Sedang mereka memerhati,tiba-tiba sebuah tembakan lazer menyerang mereka.

"Korang!Ke tepi!!"arah Ali apabila melihat tembakan lazer tersebut yang membuatkan ejen-ejen muda yang lain terkejut dan segera mengelak dari serangan lazer itu.

Akibatnya,serangan lazer itu terkena pada akademi sehingga menyebabkan separuh bahagian akademi hancur berkecai.

"K...Korang ok?"tanya Ali dan bangun untuk melihat kawan-kawannya.

"Kitorang ok...Tapi...Moon dan Iman..."Alicia terpaksa menghentikan kata-katanya kerana tak sanggup untuk terus bercakap.

Membutang mata Ali apabila melihat Moon dan Iman terbaring di atas lantai dan tak sedarkan diri.

"Alicia!Kau dan Roza bawa Moon dan Iman ke tempat selamat!Kitorang pula akan lawan penjahat-penjahat tu!"arah Rudy dan mengalihkan pandangannya pada kumpulan penjahat tersebut dengan pandangan membunuh.

"Ok!"jawab Alicia dan Roza serentak dan terus membawa Moon dan Iman pergi.

"Korang!Mari!Kita kena lawan!Kita tak boleh bagi diorang masuk dalam akademi ni!"arah Rudy pada kawan-kawannya.

Semua kawan-kawannya menganggguk setuju dengan kata-kata Rudy.Tapi belum sempat mereka membuka langkah,seorang penjahat yang memakai serba hitam tiba-tiba muncul di depan mereka.Penjahat itu nampak seperti...

"Kau lagi Uno!"jerkah Ali dengan amarah.

"Kau nak apa lagi hah?!Tak cukup ke kau dah serang HQ M.A.T.A dulu?!"soal Mika sambil menunjukkan penumbuknya.

"Tenang dulu...Apa kata kita selesaikan masalah ni dengan cara yang lebih berhemah..."ujar Uno dengan setenang-tenang air.

"Apa maksud kau?!"soal Rudy dengan amarah.

"Serahkan I.R.I.S dengan segera..."jawab Uno yang masih lagi tenang.

"Kalau tak nak?"tanya Chris dengan nada mengejek.

"Ha ah,kau ingat kitorang ni bodoh ke?Takkanlah kitorang senang-senang nak bagi I.R.I.S pada kau..."sampuk Jet dengan berlagak.

"Heh,jangan berlagak sangat...Tengok sana..."ujar Uno sambil menunjuk ke arah bahagian kanan akademi.

Semua ejen muda yang berada di situ menoleh ke arah tempat yang ditunjukkan Uno.Mereka dapat lihat Alicia,Roza,Moon dan Iman dikurung di dalam sebuah kiub lut sinar.

"Oi!!Lepaskan kitoranglah!"jerit Moon dari dalam kiub itu.

"Alicia!"panggil Ali dan berlari menuju ke arah kiub itu.

"Ali!Tunggu!"Rudy mengejar Ali agar tak mendekati kiub itu.

Secara tiba-tiba,seorang lelaki memakai suit hitam dan memakai topeng yang menutupi keseluruhan mukanya muncul di depan Ali.

"Jangan cepat sangat..."ujar lelaki itu sambil menarik tangan Ali dan terus mencampakkan Ali ke arah Rudy.

Rudy yang melihat Ali dicampak cepat-cepat menangkap Ali sebelum Ali jatuh ke atas lantai.

"Hoi!Asal tetiba kau campak Ali hah?!"soal Rudy menahan geram.

"Sorrylah ye,aku tak tahu pula aku dah tercampak 'girlfriend' kau"jawab lelaki itu dengan tenang dan mempunyai sedikit nada menyampah di hujung ayatnya.

"Macam mana dia boleh tahu aku ada hubungan dengan Rudy?"soal Ali pada dirinya sendiri.

"Uno,plan kita dah berjalan lancar.Saya dah dapat tangkap ejen-ejen perempuan ni..."ujar lelaki itu pada Uno.

"Bagus..."ujar Uno dan mengapungkan kiub itu menggunakan kuasa medan magnetik yang ada pada tangan kanannya sehingga kiub itu masuk ke dalam sebuah pesawat berwarna merah jambu berbelang hitam.(-_-")

"B...Buat malu je Uno ni pergi pakai pesawat ni..."gumam lelaki yang memakai suit hitam itu.

Tiba-tiba tiga orang konco Uno terjun dari pesawat itu dengan menggunakan jetpack dan mendarat betul-betul di sebelah Uno.

Mereka tadi tak lain tak bukan mestilah Cinco,Dos dan Trez.

"Ish!Minah bawang merah ni lagi?!!"soal Mika yang tengah mention nama Cinco sambil menunjukkan penumbuk.

Cinco hanya mengendahkan saja Mika yang sedang naik angin dan memanggil lelaki yang memakai suit hitam itu.

"Kamu!Mari ke sini!"Cinco memanggil lelaki itu.

Lelaki itu akur dan segera mendekati Cinco.

"Serang!"arah Uno pada semua konco-konconya.

To Be Continue...

Hai readers smua!Author nk mintk maaf sbb dh lame gila tk update.Author senanya takde idea😅😅Sebb tu tak update.Tpi lps ni author jnji akn buat double update sbb ade scene prtarungn n cite ni pun dh nk abiskn.

Oklah tuje

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now