ACDA52

1.4K 103 70
                                    

*Di akademi*

Ali masuk ke dalam akademi dan terus disapa oleh Moon dan Iman.

"Hai Ali!"sapa Moon dan Iman serentak.

"Hai korang!"balas Ali sambil tersenyum lebar ke arah Moon dan Iman.

"Eh Ali,kau nak tahu tak?"tanya Moon seolah-olah berbisik.

"Apa dia?"tanya Ali ingin tahu.

"Hari ni akan jadi hari kebebasan untuk kita semua!"jawab Moon teruja.

"Hari kebebasan?Kenapa pula?"tanya Ali still tak faham.

Moon dan Iman hanya mengangguk antara satu sama lain dan terus menoleh ke arah Ali.

"Hari ni takda latihan!Sebab mentor-mentor ada hal sikit hari ni"jelas Moon akhirnya manakala Iman pula hanya mengangguk setuju.

"Ooh...Macam tu...Eh,korang ada nampak Alicia tak?"tanya Ali sambil matanya mencari-cari si pemilik badan.

"Dia ada kat cafe akademi"jawab Moon.

"Ouh,ok"balas Ali dan terus menuju ke arah cafe akademi untuk mencari Alicia.

*Di cafe akademi*

"Alicia!"panggil Ali apabila melihat Alicia.

Orang yang dipanggil langsung tersedak air yang sedang diminum bagai nak mati akibat terkejut.

Alicia menoleh ke belakang dan mendapati Ali sedang berlari ke arahnya.

"Asal kau ni Ali?"tanya Alicia hairan.

"Aku...Nak cerita apa yang kau tanya pagi tadi.Kan aku dah janji..."ujar Ali sambil buat puppy eyes.

"Oh yang tu...Ha,ceritalah"ujar Alicia tak sabar.

"Huh...Oklah,ceritanya macam ni.Dua hari lepas..."Ali mula menceritakan apa yang terjadi dengan terperinci dari A hingga Z.

-30 minit kemudian-

"Ok,dah faham?"tanya Ali dengan suara yang sayu dan perlahan.

"Faham.Tapikan Ali,selama Rudy benci kau,kau ada tak perasaan benci pada dia?Walaupun sikit?"tanya Alicia prihatin sambil merapati Ali.

"Kalau kau nak tahu,aku takda simpan apa-apa kebencian pun pada dia...Aku tetap sayangkan dia,cintakan dia sepenuh hati aku.Tapi nak buat macam mana?Dia dah bencikan aku..."jawab Ali sambil tersenyum pahit mengenangkan kenangannya bersama Rudy dulu.

Alicia yang mendengarnya hanya menghela nafas berat.

"A...Ali.Aku ada benda nak cakap dengan kau...Tapi kau jangan terkejut ye kalau aku cakap..."ujar Alicia dengan suara perlahan.

"Apa dia?"tanya Ali yang hairan dengan sikap Alicia yang berubah mendadak secara tiba-tiba.

"A...Aku...Suka kau!!"ujar Alicia dan terus mengalihkan pandangannya kerana blush.

"Kau...Suka aku?"tanya Ali agak terkejut dengan jawapan Alicia.

Alicia hanya mengangguk perlahan.

"Ouh...Jadi?"tanya Ali innocent.

"Kau tak marah ke?"tanya Alicia ragu-ragu.

"Buat apa aku nak marah,dah kau suka aku,nak buat macam mana?Tapi aku nak minta maaf sangat...Aku tak boleh terima cinta kau sebab aku mesti terus setia pada Rudy dan aku tak nak keadaan sekarang bertambah buruk...Aku harap kau faham..."jelas Ali panjang lebar sambil tersenyum manis pada Alicia.

"Ye ye,aku faham.Faham sangat.Lagipun...Aku dah dapat terima yang kau dah berpunya Ali..."balas Alicia sambil memegang tangan Ali erat kemudian menghela nafas berat.

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now