ACDA56

1.4K 82 16
                                    

Ali masih lagi mempertahankan dirinya menggunakan Yoyo Blastnya sementara Uno dari tadi sibuk menyerang Ali dari pelbagai arah tapi hasilnya masih lagi sama.

Tiba-tiba berjuta-juta das tembakan dari pelbagai jenis peluru menuju ke arah Ali.Uno yang melihatnya terus berlari ke arah Ali dan memegang kedua-dua belah tangan Ali.Memandangkan Uno memakai suit kalis peluru,dia mendepakan tangan Ali agar Ali tak boleh bergerak dan akan terkena serangan peluru tersebut.

(BANG!!)

Peluru-peluru itu terkena tepat ke arah Ali.Ali menjerit dalam kesakitan dan cuba melepaskan dirinya.

(CRACK!!)

"Hahaha!Habislah kau budak I.R.I.S!"ujar Uno apabila dia fikir Ali sudah dihapuskan.Tapi apabila dia melihat ke depan,dia dapati yang Ali tiada di sana.

Uno terpinga-pinga dan menggaru kepalanya yang ditutupi helmet besi.

Tiba-tiba kaki Uno diikat dan ditarik oleh sesuatu menyebabkan dia jatuh terlentang di atas tanah.Kemudian,Uno ditarik dan dihempas-hempas pada dinding akademi.

Hempasan ketiga sangat kuat sehingga menyebabkan helmet besi yang dipakai Uno hancur berkecai.Uno jatuh ke lantai dan terbatuk-batuk.

Uno mengangkat kepalanya untuk melihat siapa pelakunya.Uno melihat Ali sedang tersenyum sinis padanya tanda mengejek dan terdapat sedikit retakan pada I.R.I.S.

"Kau?!Tapi bukan ke sepatutnya kau dah mati!"jerkah Uno dan bangun untuk meneruskan pertarungan.

"Heh,jangan ingat aku akan kalah dengan mudah..."balas Ali yang masih lagi tersenyum sinis pada Uno.

Uno yang melihat retakan pada I.R.I.S menjadi semakin marah.

"Kau!Berani kau rosakkan I.R.I.S aku?!!"jerkah Uno lagi sambil mengeluarkan pedangnya dan berlari menuju ke arah Ali lantas dihayunkan pedang itu tepat ke arah Ali.

Ali mengelak serangan Uno dengan sangat mudah dan menyerang balas Uno dengan Yoyo Blastnya bertubi-tubi.

"Boleh tahan..."ujar Uno dingin dan terus menyerang Ali dengan pedangnya.

(ZAAP!!)

Hayunan pedang Uno terkena pada lengan kiri Ali menyebabkan lengan kiri Ali berdarah.

Tapi darah itu tidak menghalang Ali daripada terus menyerang Uno dengan Yoyo Blastnya.

Ali mengikat pedang Uno dengan Yoyo Blastnya tapi Uno lebih cepat menarik semula pedangnya sehingga membuatkan Yoyo yang dipegang Ali terlepas dari pegangannya.

Uno dengan sepantas kilat menghayunkan pedangnya tepat mengenai dada Ali.

Ali melutut di atas tanah sambil memegang dadanya yang terkena pedang Uno tadi.Ali melihat banyak darah pada sarung tangannya.

Uno tersenyum puas melihat Ali dalam keadaan begitu.Uno mendekati Ali sambil bersedia untuk menghayunkan pedangnya ke arah Ali.

Ali melihat pedang Khai berada betul-betul disebelahnya.Ali mencapai pedang itu dan menghalakannya pada Uno namun ia berjaya ditepis Uno dengan mudah.

Ali bangun perlahan-lahan dan synckan pedang Khai dengan I.R.I.S.

"Mustahil!Kau dah kehilangan banyak darah!"ujar Uno dengan perasaan terkejut.

"Aku tak kisah...Hilang darah atau tak...Yang penting...Aku dapat selamatkan kawan-kawan aku"balas Ali lemah namun dia tidak berputus-asa.

Uno memulakan serangan dengan kelajuannya tapi malangnya dapat dihalang Ali.

Memandangkan jarak mereka dekat,Ali membalas serangan dengan menghayunkan pedangnya pada pergelangan tangan kanan Uno dan...

GOTCHA!!

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Where stories live. Discover now