ACDA12

2.1K 140 16
                                    

Seusai mandi, Ali bergegas turun ke meja makan dan menyambar sandwich yang dipegang ayahnya.

"Hei!! Tu ayah punya!! Bagi balik!!"teriak Dr. Ghazali apabila perasan sandwichnya disambar Ali.

"Ali pergi sekolah dulu ye ayah!! Terima kasih untuk sandwich ni tau!!"ujar Ali sambil berlari ke luar rumah lantas menunggang skuternya dengan laju. Dr. Ghazali hanya mengeluh kerana sandwich kesukaanya dengan daging lebih telah disambar burung helang yang dah lambat nak pergi sekolah.

"Haih, kena aku buat balik sandwich tu... Taguna!!"keluh ayah Ali.

Sementara Ali pula masih lagi menunggang skuternya dengan laju bagaikan kilat sehingga aunty Fay yang tengah bersenam terpusing-pusing sehingga tercampak ke dalam semak.

"Ha!! Mana?!! Masuk!! Masuk!!"

"Ha!! Mana?!! Masuk!! Masuk!!"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

*Di sekolah*

Ali mengintai kelasnya untuk memastikan sama ada puan Muna sudah mengajar atau belum. Ali menghembuskan nafas lega kerana nampaknya puan Muna masih lagi belum mengajar... Masuk kelas pun belum. Tapi suruh orang datang awal-awal.

Ali masuk ke dalam kelasnya dan meletakkan begnya di atas kerusi. Ali pelik kerana hanya ada beberapa orang murid saja di dalam kelas. Tapi dibiarkan saja.

"Ah biarlah... Diorang teringin nak kena belasah. Janji aku tak kena dan bebas dari menjadi mangsa belasahan cikgu..."gumam Ali dan terus duduk di atas kerusinya. Viktor yang nampak Ali baru sampai lantas menegurnya.

"Hai Ali!! Nasib baik kau sempat sampai... Kalau tak, nahas kau kena dengan puan Muna"tegur Viktor plus bagi tahu Ali apa yang akan terjadi kalau dia tak sempat sampai.

"Ha... Itulahkan..."ujar Ali yang pipinya masih merah kerana penat berlari ke sekolah tadi.

"Ali"panggil Viktor.

"Apa??"tanya Ali seraya memandang muka Viktor.

"Kau pakai blusher ehh??"tanya Viktor dengan soalan budushnya yang membuatkan Ali tersedak.

"Asal kau kata aku pakai blusher?!!"tanya Ali pula.

"Sebab pipi kau merah gila sekarang ni"jawab Viktor sambil smirk yang membuatkan Ali rasa macam nak tempeleng je kepala si Viktor ni.

Tiba-tiba Ali mendapat satu idea dengan mengambil tablet Viktor dan mengetuk kepala Viktor menggunakan tablet itu.

"Pandailah kau!! Aku penat lari tadilah!!"jawab Ali selepas puas mengetuk kepala Viktor. Viktor hanya mengelus kepalanya yang sakit akibat diketuk Ali tadi.

"Aduu... Yelah... Sorry..."ujar Viktor yang sedang menahan sakit.

SKIP

*Di akademi*

Ali dan Alicia memasuki akademi seperti biasa dan terus berkumpul di tempat biasa iaitu di arena untuk menunggu arahan latihan dari mentor-mentor.

Tak lama kemudian, terlihatlah mentor-mentor berdiri di hadapan ejen-ejen muda.

"Baiklah, semua dah ada??"tanya ejen Leon sambil matanya meliar untuk memastikan semua ada.

"Ada tuan!!"jawab ejen-ejen muda serentak.

"Baiklah, kalau semua dah ada, kamu boleh mulakan latihan sekarang!!"arah ejen Leon.

Ejen-ejen muda yang lain bersiap-siap untuk memulakan latihan seperti yang diarahkan oleh ejen Leon.

"Kecuali Ali..."ujar ejen Leon tiba-tiba yang membuatkan kesemua ejen muda tertanya-tanya apa yang dah jadi.

"Kenapa pula ejen Leon?? Saya ada buat apa-apa kesalahan ke??"tanya Ali hairan. Yang lain pula sudah memasang telinga.

"Tak ada apa-apa yang salah, cuma... Bermula hari ni kamu--"kata-kata ejen Leon dipotong ejen Bakar.

"Bermula hari ni kamu mesti berlatih dengan dia..."sampuk ejen Bakar sambil menepuk bahu orang yang dimaksudkannya.

Mata Ali membulat dan mulutnya termasuk semua ejen-ejen muda ternganga sebesarnya kerana tak percaya dengan orang yang diamanahkan untuk melatih Ali.

"RUDY?!! Biar betul?!!"soal semua ejen-ejen muda kecuali Rudy yang dah menyumbat jarinya ke dalam telinga kerana tak mahu telinganya menjadi pekak disebabkan mendengar jeritan kawan-kawan akademinya.

"R-Rudy... Apa yang..."Ali tak dapat menghabiskan kata-katanya kerana terlalu terkejut bagai nak rak.

"Ali!! Mulai hari ni, kau akan berlatih dengan aku. Ini adalah arahan jeneral dan mentor-mentor!! Jadi apa-apa alasan takkan diterima!!"ucap Rudy dengan tegas sambil berjalan ke arah Ali.

Apabila Rudy berdiri di depan Ali, Ali hanya menundukkan kepalanya sedikit. Bukan sebab takut dengan ketegasan Rudy, tapi sebab dia tak nak pandang muka Rudy yang jaraknya hanya 1 inci dari mukanya.

"Rudy ni... Boleh tahan han-- Ishh!! Apa aku merepek ni?!! Aku kena hilangkan pemikiran negatif ni!!"monolog Ali. Tapi tanpa dia sedari pipinya mulai blush. Sama macam masa dia baru masuk akademi.

"Hmm... Ali..."panggil Rudy.

"Y-ya??"

"Kenapa kau..."

To Be Continued

ᴀᴅᴀ ᴄɪɴᴛᴀ ᴅɪ ᴀᴋᴀᴅᴇᴍɪ (ʀᴜʟɪ ᴠs ᴋʜᴀɪʟɪ) ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora