1 | Permulaan

26.8K 174 160
                                    

"Aku terima nikahnya Suzana binti xxx dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai" lafaz Luqman.

Dengan sekali lafaz, maka sah sudahlah Luqman Hakim menjadi suami kepada Suzana.

Sekelip mata saja status Luqman bertukar dari duda anak tiga kepada suami orang. Pernikahan kedua ini nampaknya lebih mencabar.

Majlis pernikahan itu berlangsung di sebuah surau kecil bernama Surau Al-Furqan yang terletak di kampung Suzana.

Suasana pernikahan itu sederhana dan yang hadir kebanyakkannya sanak saudara Suzana. Sementara keluarga Luqman hanya diwakili oleh Ayah Borhan dan ketiga-tiga anaknya tetapi mereka kelihatan keliru.

Terdapat juga sahabat Luqman yang hadir antaranya adalah Saiful, Zack, Muaz dan ramai lagi. Mereka sanggup datang semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan Luqman.

Luqman menelan liur selepas melafazkan akad nikah. Tok Kadi menadah tangan untuk berdoa kepada Tuhan yang telah mempermudahkan dan memberkati majlis penyatuan dua insan itu.

Namun di dalam hati Luqman penuh gelora. Dia berasa tidak keruan dan sedikit demi sedikit cebisan nyawanya melayang seperti terpisah dari jasad. Dia juga turut serta berdoa walaupun hatinya gusar.

Dia terpaksa berlakon tenang kerana semua mata tertumpu kepadanya saat itu.

Tok Kadi membaca doa dengan penuh semangat sementara Luqman tidak fokus dan matanya meliar melihat keadaan sekeliling.

Ayah Borhan yang duduk berdekatan begitu khusyuk membaca doa sambil matanya tertutup rapat. Di sudut lain, Muaz juga turut berdoa dengan khusyuk juga.

Tiba-tiba mata Luqman terpaku melihat sahabatnya Fahmee yang tersenyum lebar dan kelihatan terharu dengan majlis pernikahannya.

Fahmee memandang Luqman dan mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Luqman mengerti apa yang Fahmee maksudkan namun dia hanya tersenyum kelat.

Luqman kemudian menundukkan wajahnya ke tapak tangan. Apa yang dibaca oleh tok kadi langsung tidak didengari. Luqman tenggelam di dalam dunianya sendiri.

Dia seperti lemas dalam lautan yang dalam dan luas. Tiada tempat untuk berpaut. Nafasnya semakin sesak dan dia memaksa diri untuk bertenang.

"Aminnnn" kata tok kadi yang selesai menamatkan doa panjangnya.

Luqman menyapu kedua tapak tangannya ke wajah sambil menarik nafas dalam.

Semuanya berjalan lancar dan tak lama kemudian, Luqman diminta untuk menyarungkan cincin ke jari isteri barunya.

Dengan berat hati, Luqman menyarung cincin kahwin itu ke jari manis Suzana. Wanita itu memang cantik dan sopan

Busana pengantin Suzana yang serba putih sangat secocok dengan baju melayu putih Luqman. Rata-rata orang yang hadir kagum dengan kedua pasangan itu.

Sama cantik dan sepadan. Luqman yang kacak dan sado sangat sesuai dengan Suzana yang putih dan ramping itu.

Suzana memberikan senyuman paling manis kearah Luqman selepas Luqman berjaya menyarungkan cincin. Sanak saudara Suzana meminta Luqman untuk mencium dahi Suzana.

Luqman mula naik segan. Wajahnya mula memerah. Dia tiada pilihan lain. Perlahan-lahan bibirnya menyentuh dahi Suzana. Saudara-saudara Suzana bersorak gembira. Luqman semakin malu.

Pada masa sama, hati Luqman terdetik.

'Betul ke apa yang aku buat ni?' kata hati Luqman.

'Ya Tuhan, semoga aku tidak melakukan kesilapan besar' doa Luqman dalam hati

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now