21 | Temu Janji (18SX)

14.1K 124 278
                                    

Kesemua pin dijatuhkan. Suara manusia bersorak gembira.

“Wahh hebatlah abang Zack main bowling” puji Mastura

“Biasa-biasa je” balas Zack sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal

“Abang, ajar saya macam mana nak jatuhkan semua pin tu macam abang Zack” pinta Roslina, sahabat Mastura

“Abang tidaklah la pandai sangat. Zack lagi hebat” balas Luqman

Zack meminta Luqman untuk menemaninya dating bersama Mastura dan rakannya. Mastura tidak berani untuk memandu bersendirian pada waktu malam sebab itulah dia meminta rakan sekerjanya, Roslina untuk turut serta. Oleh sebab Mastura membawa kawan, Zack berasa tidak selesa jika dia datang sendirian. Maka, Luqman menjadi mangsa untuk turut serta.

Pelan asal Zack adalah meminta Mustafa untuk menemaninya pada hari ini namun oleh kerana Mustafa terpaksa bertugas, Zack meminta bantuan Luqman.

Menurut Zack, Mustafa telah berpindah dari bertugas sebagai doktor di HKL ke Johor Bharu. Belum sempat Luqman selamat tinggal pada sahabatnya itu.

Aktiviti mereka pada hari ini adalah, menonton wayang, bermain bowling dan diakhiri dengan karaoke.

Mereka baru saja selesai menonton filem seram dan makan malam bersama di mall. Ketika menonton wayang, Mastura sengaja membeli tempat duduk yang khas untuk dua individu agar dapat berdua-duaan dengan Zack sementara Luqman akan duduk bersama Roslina.

Dari pandangan Luqman, Zack dan Mastura kelihatan gembira dan semakin rapat seperti sepasang kekasih. Lega hati Luqman melihat rancangan Mastura berjalan lancar. Roslina pula pada mulanya seorang pemalu namun lama-kelamaan dia mulai selesa dengan Luqman.

Jauh disudut hati Luqman berharap agar Roslina tidak mengharapkan apa-apa dari dirinya. Cukuplah cintanya ditolak oleh Ain dan terpaksa kahwin dengan Suzana. Dia tidak mahu membuka hatinya untuk mana-mana wanita buat masa kini.

“Alaaa asyik masuk longkang je” keluh Mastura pabila bola bowling itu bergolek dengan sopannya di longkang.

Dia kemudian duduk disebelah Zack yang sibuk membalas mesej Mustafa. Untuk merapatkan lagi hubungan mereka, Mastura sengaja meletak kepalanya dibahu tegap Zack.

Zack tidak menghalang dan hanya membiarkan saja gadis itu berbuat demikian.

“Kenapa ni?” soal Zack dengan nada prihatin.

“Masuk longkang” adu Mastura yang manja.

Tanpa membuang masa, Mastura terus memeluk pinggang Zack yang berisi. Tidak terlalu gemuk tidak terlalu kurus. Bau tubuh Zack yang wangi disedut dalam-dalam dan Mastura benar-benar dilamun cinta. Zack hanya tersenyum melihat kemanjaan gadis yang bertubuh mengiurkan itu.

Luqman melihat gelagat pasangan sejoli itu dan tersenyum nipis.

“Abang, ajar la Ros” pinta Roslina

Luqman menghampiri gadis itu yang sudah bersedia bersama sebiji bola.

“Beratlah bola ni” adu Roslina

“Memanglah, yang kamu angkat 16kg kenapa?” soal Luqman yang terkejut dengan berat bola yang dipeluk erat oleh Roslina.

“Tadi nampak abang Zack pakai bola ni terus jatuh semua pin tu. Sebab tu nak cuba” balas Roslina dengan muka tak bersalah

Luqman menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Roslina memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

“Berat bola tak menjamin yang semua pin tu akan jatuh. Bagi abang, teknik tu penting” jelas Luqman

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now