34 | Bulan Madu (18SX)

16.6K 117 239
                                    

"Bila kau balik Malaysia?" soal Luqman

"Tak lama lagi. Kau rindu aku ke?" balas Fahmee di hujung talian

Luqman hanya ketawa kecil.

"Aku nak tanya sikit. Layanan keluarga Suzana kat kau macam mana?" soal Luqman lagi

"Erm..okey saja. Macam biasa. Kenapa?" balas Fahmee

"Tidak ada apa-apa. Saja tanya. Cepat sikit balik dan jangan lupa ole-ole" kata Luqman sebelum menamatkan pangggilan.

Dia kemudian menghela nafas panjang dan merebahkan tubuh ke atas tilam hotel di Bandar Jakarta. Seperti yang dirancang, Luqman perlu bertemu dengan Rizki atas urusan kerja di sini tapi dia hanya datang bersendirian kerana Suzana masih merajuk.

Agak susah untuk memujuk Suzana, bermacam cara Luqman lakukan termasuklah menghantar bunga, menulis kad ucapan maaf dan membeli barang kemas tapi layanan Suzana tetap sama dan masih dingin. Kebanyakkan tips memujuk itu diajar oleh Saiful. Rindu pula dengan sahabat tegapnya itu.

Terkadang hati Luqman berkata kenapa dia perlu bersusah payah untuk memujuk wanita yang hanya menjadi isteri sementara. Tapi Luqman sedar selagi Suzana bergelar isteri, adalah tanggungjawab Luqman untuk menjaga wanita itu dari segi fizikal dan emosi. Telefon bimbit dicapai dan dia melayan media sosial untuk membuang masa. Bermacam perkara yang dikongsi oleh sahabat alam maya. Dia melihat Faizal sedang sibuk mengurus majlis kahwinnya yang akan berlangsung akhir bulan ini. Mustafa dan Zack bercuti di Langkawi, Qhoiry bergambar berlatarbelakangkan laut luas ketika sedang bertugas dan Aidil menikmati makan malam bersama teman wanitanya. Dahi Luqman berkerut, sejak bila Aidil ada teman wanita?

Tiba-tiba satu panggilan video masuk dari Saiful. Luqman menjawab.

"Mana tuh, pengantin baru?" soal Saiful yang hanya berkain pelikat

Bulat mata Luqman melihat tubuh Saiful yang mengiurkan.

"Jakarta bro. Nak temankan?" balas Luqman sebelum ketawa kecil

"Okey, aku beli tiket sekarang" balas Saiful

"Eh? Kau biar betul!" balas Luqman

"Haha gurau saja. Kau datang ke majlis Faizal nanti?" soal Saiful

"Ya aku datang dengan keluarga. Kau?" soal Luqman pula

"Aku datang dengan isteri aku" balas Saiful sambil tangannya meramas dada.

Seperti sengaja mengoda Luqman.

"Perghh!! belanja nenen ke?" balas Luqman

"Nak ke?" goda Saiful yang semakin nakal

Mereka berdua ketawa besar. Tapi tidak ada berlaku apa-apa. Sebaliknya mereka hanya berbual kosong. Hampir sejam kemudian panggilan ditamatkan dan Luqman tersenyum sendiri kerana dapat melepaskan rindu pada Saiful. Bercakap soal rindu, tiba-tiba Luqman terkenang Ain dan Abu Suffian.

Dia ingin menghubungi Ain tapi pintu bilik diketuk. Luqman pelik kerana dia tidak menunggu sesiapa. Pintu bilik dibuka dan Suzana terus memeluk Luqman dengan wajah gembira.

"Kejutan!! Selamat berbulan madu encik suami" kata Suzana sambil mengucup pipi Luqman

Luqman masih keliru dengan apa yang berlaku. Kenapa Suzana boleh berada di sini dan kenapa dia berubah menjadi gembira. Apa yang terjadi sebenarnya. Suzana menarik beg pakaiannya dan masuk ke dalam bilik tanpa diundang. Luqman menutup pintu bilik dan telefonnya berbunyi.

"Hey! Mana Suzana ha?" soal satu suara keras di hujung talian

"Maaf, siapa ni?" soal Luqman yang keliru

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now