28 | Kenduri

4.8K 116 279
                                    

Note: Sebelum teruskan cerita. Aku nak promote sikit cerita dari salah seorang penulis baru di wattpad ni. saudara DanishHattori dgn citernya berjudul Anak Perwira.

Kalau nak tahu kenapa aku promote? rujuk message board aku. Terima Kasih.

Back to story..

***

“Maaf Luqman aku nak cepat nih. Lain kali kita jumpa ya. Tahniah atas penikahan kau, cantik isteri baru..haha” kata Abu Suffian di hujung talian

Selepas Zain menyampaikan khabar tentang keberangkatan Abu Suffian sebentar tadi, Luqman terus menghubungi buah hatinya itu. Terkilan kerana tidak sempat bertemu di majlis kenduri.

“Sampai hati kau balik tak jumpa aku. Kecil hati tau tak?” kata Luqman dengan nada merajuk

“Buruk weh kalau abang sado merajuk. Haha. Oh ya, hadiah perkahwinan untuk kau dah serah kat Zain tadi” tambah Abu Suffian

“Terima kasih sayang” kata Luqman

“Sayang? Oii kau tu suami orang. Cermin diri sikit!” kata Abu Suffian pula

“Hurm.. kau memang tak pernah sayang aku kan?” kata Luqman

“Jangan pertikai benda tu Luqman. Aku tak suka. Kau sendiri tau kan yang kaulah sahabat aku yang paling aku sayang. Dunia dan akhirat. Ingat tuh!” balas Abu Suffian dengan nada tegas.

“Manisnya kata-kata semanis mulut kau, kalau dapat jilat sekali...perghhh!!” sakat Luqman

“Huh?! Jilat? Marilah kalau berani! Aku sepak telur kau sampai tercabut nak?” tegas Abu Suffian

“Rugilah sepak. Lebih baik kau hisap” tambah Luqman lagi

“Babiiiiiii!!!” teriak Abu Suffian

Luqman hanya ketawa kerana berjaya menyakat kekasih hatinya. Sementara itu, Suzana hanya melihat perilaku Luqman yang sudah setengah jam bercakap di telefon bersama seseorang. Luqman kelihatan sungguh gembira. Hati Suzana tertanya siapakah yang menghubungi suaminya?

***

Majlis kenduri masih berjalan. Berpusu-pusu tetamu datang. Luqman sendiri tidak menyangka bahawa ramai sahabatnya datang termasuklah sahabat dari alam maya yang dia sendiri tidak pernah jumpa.

“Makanan dah hampir habis ni. Tetamu pula tak putus-putus datang” kata Zain yang mendekati Luqman

“Eh yeke? Alamak, abang sendiri tak jangka ramai orang akan datang” balas Luqman yang mulai cemas.

Pada masa sama dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak membuat persiapan yang lengkap. Tapi yang anehnya dia hanya menjangkakan seramai 500 ke 600 tetamu yang hadir tapi jumlah tetamu yang datang lebih dari itu.

“Kalau keadaan memaksa, kita harus beli makanan” kata Luqman lagi

“Beli? Kat mana abang? Masa macam ni siapa je yang menjual?” soal Zain

“Beli makanan segera pun tak apa. KFC?” tambah Luqman

Bulat mata Zain mendengar cadangan abangnya

“Tak pernah dibuat orang!” kata Zain

“Habis tu? Kasihanlah tetamu yang datang kalau makanan habis” kata Luqman dengan nada kecewa.

Walaupun dia sendiri belum sempat menjamah apa-apa makanan, perut tetamu perlu diutamakan dahulu. Fikiran Luqman buntu. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku.

“Abang..nasi dah habis lah” kata Suzana yang muncul dari belakang

Luqman terkejut. Begitu pantas nasi habis sedangkan barisan tetamu masih panjang. Tiba-tiba Luqman memerhati beberapa orang lelaki datang dan mengisi nasi ke dalam bekas untuk para tetamu.

‘Aik, kata nasi dah habis. Dari mana datangnya mereka ni?’ soal hati Luqman

Dia kemudian memandang Zain dan seterusnya Suzana. Mereka juga kelihatan keliru. Luqman melangkah mendekati salah seorang pekerja katering itu.

“Adik, maaf nak tanya sikit. Tadi bukan makanan dah nak habis kan? Dari mana datangnya nasi ni?” soal Luqman

“Saya yang tempah” kata Ahmad yang tiba-tiba berada di sebelah Luqman

Pekerja itu meninggalkan mereka berdua. Luqman bersalaman dengan Ahmad dan berpelukkan.

“Saya tahu mesti ramai yang datang sebab tu saya dah siap dengan plan B” kata Ahmad lagi

“Allah! Terima kasih Ahmad. Kau memang banyak tolong aku. Aku terhutang budi” balas Luqman

“Hari ini hari istimewa tuan, tak mungkin saya biarkan tuan susah hati” tambah Ahmad

Terharu Luqman mendengar penjelasan sahabatnya itu. Ahmad telah banyak membantu dan berkorban untuk Luqman. Entah bagaimana hendak membalas jasa baik Ahmad.

Majlis masih lagi diteruskan dan hasil bantuan Ahmad, semuanya berjalan lancar. Luqman bersyukur kerana urusannya dipermudahkan. Kini dia sedang melayan anak-anak yatim yang berebut hendak menyuapnya makan. Mereka seperti tahu Luqman belum menjamah apa-apa.

“Suka betul mereka dengan awak ya” kata Rabiatul

“Eh, awak pun datang? Alhamdulillah. Jemput makan ya dan minta maaf kalau ada yang kurang” balas Luqman yang gembira melihat kehadiran Rabiatul bersama anaknya

“Mana isteri awak?” soal Rabiatul

Barulah Luqman sedar bahawa dia terlalu leka melayan tetamu sehingga terpisah dengan isteri dan anak-anaknya. Entah di mana mereka sekarang. Matanya meliar mencari kelibat Suzana di sebalik timbunan manusia.

“Saya pun tak pasti ke mana dia pergi. Mungkin ada di luar rumah agaknya. Awak makanlah dulu, nanti saya bawa dia jumpa awak ya” kata Luqman

Rabiatul memberi senyuman manis dan meninggalkan Luqman yang menjadi rebutan anak-anak kecil. Tiba-tiba Zain muncul dengan wajah tidak puas hati dan duduk di sebelah abangnya.

“Kenapa ni adik?” soal Luqman

“Adik tak sukalah keluarga kak Suzana tuh. Mulut macam tahi” balas Zain

“Tak baik cakap macam tu. Mereka tetamu” balas Luqman

“Tetamu apa macam tu? Mulut minta kaki. Mereka kutuk abang sebab abang jemput fakir miskin dan gelendangan datang ke kenduri ni. Mereka kata abang anak pungut dari tong sampah sebab tu abang ada ramai kawan dengan orang miskin” jelas Zain

Luqman terdiam. Sampai begitu sekali tanggapan sanak-saudara Suzana ke atas dirinya. Dia menghela nafas panjang dan hanya berdiam diri sambil melayan anak-anak yatim.

Selesai bermain sebentar bersama anak yatim, Luqman ke halaman luar untuk bertemu dengan golongan gelendangan yang sedang menikmati juadah tengah hari itu. Matanya terpaku melihat Fauzan, anak tirinya yang istimewa sedang bermain sendirian.

“Nak, kenapa main sendirian di sini?” soal Luqman yang pelik kerana anak ini ditinggal sendirian tanpa pengawasan sesiapapun.

“Eh Fauzan mari sini dengan mama ucu” kata seorang gadis muda yang kemudian mendukung Fauzan sebelum Luqman sempat mendekatinya

“Fauzan jangan main dengan orang kat sini. Mereka ni kotor dan busuk. Nanti Fauzan jadi busuk macam mereka” bebel gadis itu.

Luqman kenal siapa dia, sepupu Suzana. Namun Luqman lupa nama gadis itu. Hatinya sedikit terkilan dengan kutukan gadis berambut panjang dan berbaju kebaya ketat itu. Kenapa dia perlu menghina orang lain? Adakah dirinya sudah sempurna?

Gadis itu tidak mempedulikan Luqman dan terus membawa Fauzan masuk ke dalam rumah dan terserempak dengan Suzana.

“Apalah akak ni, anak sendiri pun tak reti nak jaga ke? Fauzan ni dah bermain dengan orang sampah kat luar tu tahu tak? Lagi satu, kenapa suami akak tu jemput orang sampah? Tu semua kawan dia ek? Eww geli tahu” bebel gadis itu lagi

Suzana hanya berdiam diri dan menyambut Fauzan dari Syazarifah, atau nama timangannya iffah. Malas hendak melayan. Luqman pula terdengar setiap butir kata-kata gadis itu. Dia kesal dengan sikap sepupu Suzana itu.

‘Bersabarlah wahai hati’ pujuk hati Luqman


Bersambung...

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now