14 | Bertiga (18SX)

16.9K 115 159
                                    

Inspektor Aidil meneliti mesej berbaur ugutan dari telefon bimbit Luqman. Ini bukan mesej biasa. Kandungannya membawa pelbagai persoalan.

"Tuan ada musuh ke?" soal Aidil

Luqman mengangkat kening kirinya.

"Oh maaf saya terlupa" sambung Aidil lagi.

Soalan seperti itu tidak patut ditanya kerana Aidil sepatutnya tahu bahawa Luqman tidak disukai beberapa individu bahkan ada yang mahu dia mati.

"Jadi bagaimana?" soal Luqman

"Agak sukar. Tapi boleh diusahakan" balas Aidil

Luqman tersenyum.

"Tak sia-sia aku minta bantuan kau. Terima kasih ya, Aidil" kata Luqman

"Eh, tak perlu ucap terima kasih. Saya kan milik tuan" balas Aidil

Luqman ketawa besar. Tak sangka gurauannya tentang hamba dan tuan di ambil serius oleh Aidil.

"Berapa lama tuan akan berada di sini?" soal Aidil

"Tak pasti, mungkin Sabtu ni aku akan balik semula" balas Luqman.

"Oh..sekejapnya" balas Aidil pendek

"Kenapa?" soal Luqman pula yang perasaan akan perubahan raut wajah Aidil

"Tak ada apalah. Cuma kita tak dapat nak luangkan masa sama-sama" balas Aidil

"Aik? Bukan sekarang ni kita luangkan masa bersama ke?" soal Luqman

"Maksud saya, untuk jangka masa panjang. Contohnya beberapa hari" balas Aidil

Belum sempat Luqman membalas, mereka disapa oleh seseorang

"Hai Abang Luqman"

Kedua mereka mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.

"Eh?! Ain? Macam mana boleh ada di sini?" soal Luqman

"Nak makan tengah hari dengan kawan" balas Ain

"Oh ya, kenalkan ini Inspektor Aidil" kata Luqman sambil memperkenalkan Aidil pada Ain

Mereka berdua berkenalan seketika sebelum Ain meminta diri untuk duduk di meja bersama rakannya yang baru saja muncul.

"Cantik awek tu tuan" puji Aidil

"Kenapa? Kau nak ke?" soal Luqman

"Ish tak adalah. Saya puji je. Orang macam dia mesti dah berpunya" balas Aidil

"Entahlah. Setahu aku dia masih bujang" balas Luqman pula

"Biar betul tuan ni? Tipulah. Tak mungkin gadis secantik dia masih bujang" kata Aidil yang kurang percaya.

"Tak apa, malam ni kau datang rumah aku, kau tanyalah dia sendiri sebab malam ni dia datang lepak" balas Luqman

"Eh tak nak lah tuan, saya segan lah. Lagipun tak nak kacau tuan dengan dia" balas Aidil pula

"Eh kau ni! Aku dengan dia kawan je lah" kata Luqman

Aidil hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

***

Tepat pukul 9 malam, Aidil muncul di depan pintu rumah Luqman.

"Haa datang pun, tadi jual mahal" perli Luqman sambil membuka pintu dan menjemput Aidil masuk

"Eh, saya datang ni nak cakap pasal kes mesej ugutan tu je" kata Aidil

"Ye ke ni? Bukan sebab nak lepak dengan Ain?" perli Luqman lagi

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now