12 | Perangkap

6K 104 138
                                    

“Lepas maghrib tadi pihak sekolah telefon dan beritahu Salina telah hilang” kata Imam

Luqman terdiam. Jantungnya terhenti seketika. Macam mana adiknya boleh hilang? Lebih tepat lagi kemana perginya?

Semua persoalan itu membuat Luqman sakit kepala. Jiwanya tidak tenteram memikirkan tentang keadaan Salina.

Laporan polis telah dibuat dan mereka masih menunggu berita. Luqman duduk di ruang tamu tanpa perabot itu bersama Zain yang terlena di ribanya.

Kepala Zain diusap perlahan. Imam pula telah kembali ke rumahnya selepas pulang dari balai. Malam semakin lewat namun Luqman tidak mampu menutup matanya.

Walaupun tubuhnya letih, mindanya enggan berehat. Entah bila, Luqman terlena sendiri.

Keesokan harinya, Luqman segera ke balai polis untuk mengetahui berita terkini tentang Salina namun hampa pabila tiada berita baru.

Dia sekali lagi ponteng sekolah. Tiada semangat hendak belajar. Dia cuma berharap agar mimpi ngeri ini berakhir.

***

Hari demi hari berlalu dan hampir seminggu selepas kehilangan Salina. Hidup Luqman mulai suram dan kini hanya tinggal dia dan Zain.

Impiannya untuk melihat Salina berjaya telah lebur serta-merta. Apa yang dia boleh lakukan ketika usia begini? Ikutkan hati, mahu saja dia keluar mencari Salina tapi dia tidak boleh mengabaikan Zain.

Zain masih bersekolah seperti biasa dan dia tidak mahu pelajaran Zain terganggu. Dia juga tidak mahu meminta Imam untuk menjaga Zain kerana sudah terlalu banyak Imam membantu mereka.

Hampir seminggu kemudian, Luqman dipaksa untuk ke sekolah oleh Imam. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut kata-kata Imam.

Sepanjang berada di sekolah, mindanya tidak mampu fokus belajar dan dia mulai malas seperti dulu.

Akibat kemalasan yang melampau, dia telah dikenakan tindakan disiplin oleh Cikgu Joshua sehingga dia berdendam dengan cikgu disiplin itu.

Kesabaran telah melebihi had dan Luqman ingin memberi pengajaran pada cikgunya. Satu masa nanti dendamnya akan terbalas.

Akhirnya, Luqman memungkir janji dengan Cikgu Arifin pabila dia merokok di tempat rahsianya.

Walaupun rasa serba salah namun dia perlu melakukannya kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku.

Seperti yang diharapkan dia telah ditangkap merokok oleh cikgu disiplin. Umpan mengena.

“Luqman, kamu telah buat silap besar. Hukuman yang kamu akan terima, lebih berat dari sebelum ini” jelas Cikgu Joshua

Luqman merayu dan melutut pada Cikgu Joshua. Dia menangis semahunya dan memohon agar tindakan disiplin diringankan.

Cikgu Joshua tergamam melihat perilaku Luqman. Sedikit rasa kasihan timbul di hati Cikgu itu dan dia cuba memujuk Luqman.

“Sudahlah, jangan menangis. Cikgu tak pukul kamu pun” pujuk Cikgu Joshua

Luqman tidak mengendahkan kata-kata Cikgu Joshua dan masih merayu.

“Cuba cerita pada cikgu, apa masalah kamu?” soal Cikgu Joshua sambil mengusap belakang anak muridnya

Luqman terus memeluk erat tubuh Cikgu tersebut sambil berkata

“Adik saya hilang cikgu” rayu Luqman

Cikgu Joshua binggung seketika. Apa maksud Luqman?

Pernyataan itu dijawab oleh Luqman yang kemudian menceritakan apa yang berlaku dan keadaan sebenar keluarganya.

Apa yang didengar oleh Cikgu Joshua sukar untuk dihadam namun dia cuba sedaya upaya untuk memahami hati anak muda itu.

Luqman hanya menceritakan tentang kemiskinana keluarganya dan kehilangan Salina tanpa memberitahu tentang pencabulan Ayah Borhan atau Abah Rosli.

Kini mereka berdua duduk bersebelahan di lantai sambil berdiam diri. Luqman mengelap matanya yang berair dan tangisnya mulai reda. Lega

“Kamu perlu berhenti merokok. Tak baik untuk kesihatan. Kamu masih muda dan banyak lagi yang kamu belum lakukan. Jangan sia-siakan hidup kamu dengan benda yang tak berfaedah” kata Cikgu Joshua.

Luqman hanya mengangguk perlahan tanda faham. Cikgu Joshua mula rasa simpati dengan keadaan Luqman.

Sekali lagi Luqman memeluk tubuh Cikgu Joshua, pelukan erat itu membuat Cikgu Joshua tergamam seketika. Dia kemudian mengusap belakang Luqman untuk menenangkannya.

“Sabar ya Luqman” pujuk Cikgu Joshua dengan nada lembut.

Luqman mengangkat wajahnya dan menatap mata Cikgu Joshua. Tiba-tiba satu ciuman melekat di bibir Cikgu Joshua membuat dia terdiam buat kali kedua.

Bulat mata Cikgu Joshua apabila menyedari bahawa anak muridnya telah mengucup bibirnya.

“Apa kamu cuba buat ni?” soal Cikgu Joshua

Luqman tidak menjawab dan sebaliknya dia kembali mengucup bibir cikgu muda itu dengan rakus. Cikgu Joshua cuba menolak namun Luqman tetap memaksa.

“Cikgu! Luqman!” jerit satu suara

Mereka berdua terkejut dan memandang arah suara itu.

Cikgu Arifin benar-benar berang dengan apa yang dia lihat. Seorang guru sedang melakukan aksi songsang dengan seorang murid. Tidak boleh dimaafkan.

“Arifin..aku..” belum sempat Cikgu Joshua menamatkan ayatnya, Cikgu Arifin mendekati mereka dan menarik kolar baju kemeja Cikgu Joshua

Satu tumbukan padu terkena di pipi kanan Cikgu disiplin tersebut sehingga dia terjatuh.

Nafas Cikgu Arifin turun dan naik. Wajahnya bengis dan perasaan marah menguasai diri. Luqman pula terkejut dengan tindakan Cikgu Arifin.

Pada mulanya dia hanya berharap agar Cikgu Arifin menangkap mereka berdua dan memarahi Cikgu Joshua. Siapa sangka Cikgu Arifin bertindak menumbuk rakan sejawatnya itu.

“Kau salah faham. Aku tak buat apa-apa. Budak ni yang cium aku dulu” jelas Cikgu Joshua

“Kau jangan nak reka cerita. Dia masih budak lagi. Kau sebagai guru tak sepatutnya ambil kesempatan kat mereka” tegas Cikgu Arifin

Luqman tersenyim sinis. Dendamnya terbalas. Cikgu Joshua pula keliru dan masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Tapi tidak ada apa yang boleh dibuat. Semuanya telah terjadi dan Cikgu Arifin melaporkan hal ini pada Pengetua Sekolah sehingga menyebabkan Cikgu Joshua ‘digantung’ kerja.

Walaupun begitu, Cikgu Arifin tidak menghebohkan hal ini pada sesiapapun. Perkara ini hanya diketahui oleh Pengetua dan Cikgu Joshua. Cikgu Arifin tidak sampai hati hendak melibatkan pihak polis. Satu sekolah menganggap Cikgu Joshua terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari tanpa mengetahui perkara sebenar.

Cikgu Arifin cuma berharap agar Cikgu Joshua insaf dan tidak mengulangi hal sama. Ini satu kemenangan buat Luqman, hatinya puas.

Bersambung..

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now