30 | Seksi (18SX)

15K 133 275
                                    

"Abang..penat sangat ke?" soal Suzana sambil mengurut bahu Luqman

Terasa keras dan tegang segala otot dalam tubuh Luqman. Mungkin kerana banyak aktiviti yang dilakukan.

"Letih sikit" balas Luqman sambil matanya fokus membalas mesej dan komen laman sosial dari sahabat alam maya.

Pasangan suami isteri itu sedang duduk di atas tilam mereka yang empuk dan lembut. Luqman hanya menyarung baju dalam bersama kain pelikat manakala Suzana lingerie jarang berwarna merah.

Luqman sebenarnya tidak perasan bahawa Suzana memakai pakaian seksi dek kerana terlalu asyik melayan ucapan tahniah dari sahabatnya.

"Jom tidur" ajak Suzana sambil memeluk pinggang Luqman.

Saat itulah mata Luqman terpaku pada isterinya yang sangat menggoda. Degupan jantung Luqman bertambah laju. Akan tetapi tubuhnya terlalu letih dan dia mulai risau tidak dapat beraksi dengan baik malam itu.

"Erm..okey juga tuh. Lagipun abang memang letih sangat" kata Luqman

Tangan Suzana mengosok-gosok dada bidang Luqman seperti cuba menggoda.

'Alamak, dia nak main ke?' kata hati Luqman

"Sayang nak.." pinta Suzana

"Nak apa?" soal Luqman yang sengaja buat tidak tahu

"Nak abanglah" kata Suzana

"Eh..abang kan dah ada kat sini. Sayang dah dapat dah pun" tambah Luqman

"Bukan tu. Nak 'adik' abang" kata Suzana lagi

"Huh? Adik? Kamu nak buat apa dengan Zain?" balas Luqman dengan wajah terkejut yang dibuat-buat

"Abang ni kan..okey biar sayang terus terang je. Sayang nak seks" balas Suzana yang mula tidak sabar

"Ohh..hehe cakaplah awal-awal" balas Luqman dengan hati yang gusar.

"Tapi sebelum kita mula, sayang nak minta tolong sikit" pinta Suzana

"Tolong apa?" soal Luqman pula

Suzana membisik sesuatu ke telinga Luqman.

"Sayang biar betul? Abang tak retilah" balas Luqman yang terkejut dengan permintaan isterinya

"Bolehlah. Please-please" rayu Suzana dengan wajah minta simpati.

"Baiklah..Tapi bagi abang sedikit masa untuk buat persiapan" kata Luqman

"Okey" balas Suzana sambil mengucup pipi Luqman

"Sayang pusing belakang. Nanti dah sudah abang bagitahu ya" kata Luqman

Suzana akur dan mengalihkan pandangannya ke belakang dan menunggu arahan dari Luqman. Luqman terus menatap skrin telefon bimbitnya untuk membuat sedikit kajian.

'Pelik betul permintaan isteri aku ni' kata hati Luqman sambil menonton klip video.

Luqman telah mendapat idea yang sesuai dan dia bersedia namun hatinya masih berdebar-debar. Mampukah dia lakukannya? 10 minit kemudian, Suzana sibuk bermain telefon bimbit sebelum dipanggil oleh Luqman

"Sayang, sedia ya. Abang datang ni" kata Luqman dengan nada perlahan

Suzana memusing kembali tubuhnya dan terkejut melihat Luqman yang lengkap berpakaian. Kaca mata hitam juga tidak dilupakan. Kemeja dan kot yang disarung kelihatan sungguh sesuai dengan bentuk tubuh Luqman. Dia berpakaian lengkap seperti hendak ke pejabat. Suzana tersenyum dan kemudian mengigit bibir bawahnya. Tergoda dengan kesegakkan sang suami.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now