15 | Bola

10K 107 401
                                    

“Jadi, yang mana satu tuan pilih?” soal Ahmad pada Luqman

“Aku rasa warna ni sesuai sikit” balas Luqman yang memilih warna biru cair

Mereka berdua sedang meneliti pilihan warna cat untuk mengubah suai pejabat. Ruangan yang akan diubahsuai bukanlah bilik Luqman tapi pantry untuk stafnya.

Dia mahu wujudkan suasana nyaman dan tenang untuk pekerjanya bersantai di pantry dan pilihan warna biru nampak sesuai untuk memberi elemen ketenangan.

Meja dan kerusi juga akan ditukar selain mesin microwave dan pembancuh kopi.

“Aku rasa lebih baik kita tukar makanan ringan kepada buah-buahan untuk staf” cadang Luqman

“Tapi tuan, staf kita memang suka makan biskut yang kita sediakan di pantry tu. Kebiasaannya waktu petang mereka akan bancuh air teh dan makan bersama biskut. Saya takut mereka tak suka kalau kita ganti biskut dengan buah” balas Ahmad

“Tapi biskut kan makanan tak sihat. Berapa banyak biskut yang kita hidang?” soal Luqman pula

“Ada tiga jenis biskut. Biasanya satu biskut tanpa perisa dua lagi berperisa atau berinti” balas Ahmad

“Uish, tak boleh macam tu, apa kata kita tukar salah satu biskut tu pada buah. Aku rasa kita tak ada masalah dengan bajet bulanan kan?” cadang Luqman

“Boleh je, tapi bersedialah kena kutuk dengan staf sebab mereka akan kata kita kedekut sebab tak hidang biskut banyak-banyak macam dulu” balas Ahmad

“Ahh biarlah apa mereka nak kata, aku nak mereka makan makanan yang sihat je. Ini pun untuk kebaikkan mereka juga. Sekurang-kurangnya mereka ada pilihan sama ada nak makan biskut atau buah” kata Luqman

***

Luqman telah selamat pulang ke Kuching bersama Ahmad dan perkara pertama yang mereka lakukan adalah memeriksa kerja-kerja ubahsuai.
Luqman berpuas setakat ini.

“Tuan, Rizki akan datang akhir bulan ni untuk berbincang tentang projek bersama tu” kata Ahmad

“Oh ye? Dia datang KL ke atau Kuching?” soal Luqman sambil matanya terpaku di skrin komputer

“Kalau tak silap KL. Tapi nanti saya confirm balik dengan dia” balas Ahmad

“Kalau KL, boleh tak kau je yang pergi. Aku malas la nak ke KL lagi” balas Luqman

“Baik tuan. Tak ada masalah” kata Ahmad yang kemudian meninggalkan pejabat Luqman.

Luqman kemudian turun ke kedai berdekatan untuk mengisi perut yang lapar. Ketika dia berjalan menuju kedai tersebut dia terpandang dua orang insan yang cukup dikenali.

Salina dan Zain sedang makan bersama. Luqman terdiam seketika sebelum menuju ke arah mereka yang ketawa riang.

“Seronok nampak. Boleh abang tumpang sekali?” soal Luqman

Senyuman Zain dan Salina mati. Keduanya terkejut seketika.

“Duduklah abang” ajak Salina

“Tak apa lah kak, Zain nak balik pejabat dulu. Ada kerja nak buat” kata Zain sebelum melangkah pergi

Cepat-cepat Luqman menangkap tangan adiknya

“Adik janganlah macam tu, temanlah abang makan” rayu Luqman

“Lain kalilah. Saya sibuk” balas Zain dingin dan berlalu meninggalkan Luqman yang terpinga-pinga

“Abang duduk dulu. Nak makan apa?” soal Salina

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now