6 | Kantoi

11.7K 118 391
                                    

“Dah siap” kata Luqman

Dia telah membantu Abah Rosli membetulkan motorsikal. Abah Rosli tersenyum melihat Luqman yang semakin besar dan sihat.

“Luqman apa khabar?” soal Abah Rosli

“Baik” balas Luqman yang menjawab acuh tak acuh

“Jam berapa Luqman habis kerja?” soal Abah Rosli lagi

“Jam 8.30” balas Luqman sambil tangannya sibuk mengemas peralatan bengkel

“Lepas Luqman habis kerja kita makan nak? Abah tunggu Luqman” balas Abah Rosli yang masih duduk di kerusi

“Luqman kena balik rumah sebab nak tolong adik buat kerja rumah” balas Luqman

Wajah Abah Rosli seperti terkejut. Nampaknya dia tidak tahu bahawa Luqman ada adik angkat yang lain

“Ayah angkat kamu kan ada” sambung Abah Rosli

Luqman terdiam seketika. Tiba-tiba mindanya terfikir tentang Ayah Borhan yang telah lama meringkuk dalam penjara. Hatinya juga semakin sakit dan kebencian membuak-buak pabila memikirkan tentang lelaki sampah itu.

“Dia dah masuk penjara” balas Luqman

Sekali lagi Abah Rosli tergamam. Dahinya kemudian berkerut. Dia seperti berfikir tentang sesuatu.

“Habis tu. Sekarang kamu tinggal dengan siapa?” soal Abah Rosli

“Jangan sibuk boleh tak! Aku nak buat kerja ni” tegas Luqman

Dia benar-benar rimas dengan soalan Abah Rosli yang menyakitkan hati. Abah Rosli tak sangka Luqman akan naik angin. Sifat memberontak Luqman terserlah dengan jelas.

“Baiklah..maafkan Abah. Tak apa, kita makan lain kali ya” pujuk Abah Rosli

Luqman hanya berdiam diri dan malas hendak membalas. Abah Rosli bangun dan kemudian membayar perkhidmatan Luqman dan dia sengaja memberi duit lebih untuk belanja Luqman.

Luqman menolak kerana dia tidak mahu mengemis dengan lelaki bertopengkan syaitan itu. Tangan yang dihulur oleh Abah Rosli juga tidak disambut malah hanya dibiar tergantung begitu. Wajah Abah Rosli jelas kecewa.

Jika dulu Luqman sayang pada Abah Rosli namun setelah dia meningkat remaja dia mula sedar bahawa Abah Rosli telah mempergunakan dia untuk kepuasan nafsu songsang semata-mata. Luqman jijik dengan dirinya sendiri.

Abah Rosli menghidupkan enjin motorsikal dan meninggalkan Luqman sendirian di bengkel sebelum Abang Awang kembali dengan makanan 10 minit kemudian.

***

“Satu pusingan lagi!” tegas Cikgu
Joshua yang mengarah Luqman untuk berlari keliling padang akibat tidak menyiapkan kerja sekolah yang diminta.

Dalam hati Luqman menyumpah seranah Cikgu tersebut kerana mengenakannya hukuman yang berat untuk kesalahan yang ringan. Luqman mulai bosan untuk belajar di sekolah.

Ketika sesi pembelajaran berlangsung, Luqman ponteng kelas dan melepak di blok yang terletak jauh di belakang. Blok tersebut adalah makmal sains dan sering kosong kerana makmal baru telah dibina berdekatan bilik guru dengan kelengkapan yang lebih baik.

Disebabkan blok itu sunyi, ia menjadi tempat yang sesuai untuk Luqman menyorok sambil menenangkan fikiran atau tidur.

Luqman mengipas dirinya mengunakan buku latihan kecil yang mulai buruk. Dia kemudian mengeluarkan sebatang rokok yang disimpan rapi dalam beg dan menghidupkannya mengunakan mancis yang turut diseludup.

Kali pertama dia mula merokok adalah pada tahun lepas, ketika dia mengikut Abang Awang melepak bersama rakan-rakannya. Salah seorang kawan Abang Awang menawarkan Luqman untuk merokok dan hasilnya dia kini menjadi penagih rokok tegar.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora