32 | Suai Kenal

10.8K 121 284
                                    

“Maafkan saya tuan” kata Ahmad di hujung talian

“Eh? Kau tak payahlah risau” pujuk Luqman

“Saya tetap rasa bersalah. Tuan baru saja bernikah tapi minggu depan dah kena terbang ke Jakarta untuk jumpa Rizki” balas Ahmad

“Tak ada masalah. Lagipun duduk rumah bosan juga” kata Luqman pula

“Kalaulah adik saya tak paksa saya hadiri majlis konvokesyen dia di Putrajaya minggu depan, sudah pasti saya yang akan ke Jakarta dan bukannya tuan” tambah Ahmad dengan nada kesal

“Hey, janganlah begini Ahmad. Kau tak salah pun. Lagipun aku rasa lebih baik kau temankan adik kau dari fokus pada kerja semata-mata” balas Luqman

“Baik tuan. Kalau tuan perlukan bantuan atau apa-apa saja. Hubungi saya ya. Saya akan buat persiapan untuk penerbangan tuan ke Jakarta minggu hadapan” balas Ahmad sebelum menamatkan panggilan.

Luqman menghela nafas panjang dan kembali duduk di kerusi halaman depan sambil melihat anak-anak bermain. Dia kemudian membuka aplikasi media sosial dan membuang masa dengan membaca status sahabat alam maya.

“Abang nak ke Jakarta ke?” soal Suzana yang menghampiri Luqman dengan segelas air kopi

“Ya, ada urusan kerja” balas Luqman sambil matanya masih fokus pada skrin telefon bimbit.

“Suzana nak ikut boleh?” soal Suzana dengan nada manja

“Boleh. Tapi abang takut kamu bosan sebab abang ke sana untuk kerja bukannya jalan-jalan” balas Luqman pula

“Oh..ingatkan bolehlah berbulan madu sekali gus. Alang-alang di sana” kata Suzana

Luqman berfikir sejenak. Benar juga apa yang dikatakan oleh Suzana. Walaupun Luqman langsung tidak terfikir untuk berbulan madu namun dia tidak boleh pentingkan diri. Suzana pasti mahu berbulan madu.

“Tak payahlah nak berbulan madu” tegur Hajjah Meriam

Luqman dan Suzana terkejut dan berpaling ke belakang. Hajjah Meriam muncul dari pintu utama dan duduk sebelah Suzana

“Berbulan madu tu amalan orang barat. Kita sebagai orang timur buat cara ketimuran saja. Tak perlu berbulan madu” tambah Hajjah Meriam

Luqman hanya berdiam diri kerana malas hendak membalas. Takut dilabel anak derhaka.

“Alaa, mak ini tak sporting lah” balas Suzana yang tidak puas hati

Spot apa?” soal Hajjah Meriam yang keliru

“Kami bukannya buat maksiat pun. Kami nak luangkan masa bersama sebagai seorang suami dan isteri saja” kata Suzana

Luqman menyentuh tangan Suzana dan memberi isyarat supaya menjaga adab bercakap dengan orang tua. Suzana tunduk malu.

“Kalau nak luangkan masa sekali pun, buat apa sampai ke negara orang? Duduk dalam rumah pun sudah cukup” balas Hajjah Meriam yang enggan mengalah

“Tapi mak” balas Suzana yang tiba-tiba terhenti dek kerana terdengar suara tangisan Fauzan

“Eh, kenapa tu?” soal Luqman yang cemas

“Mama, Fauzan jatuh” kata Syamila yang mendekati Suzana

Luqman bangkit dan ingin menjenguk anak tirinya namun dihalang oleh Hajjah Meriam. Hajjah Meriam kemudian menyuruh Suzana untuk melihat keadaan Fauzan. Suzana akur dan meninggalkan mereka berdua.

“Jadi macam mana? Kamu masih mahu bawa Suzana berbulan madu?” soal Hajjah Meriam

“Kalau Suzana berkeras saya tidak menghalang. Lagipun tidak salah kalau Suzana hendak keluar negara bersama saya” balas Luqman

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now