38 | Pesan

6.1K 149 187
                                    

Note : Yessss!!!!! Akhirnya.....semoga terhibur..

***

Hai Pembaca, Luqman di sini. Sehingga kini aku tidak pasti apa perasaan aku terhadap Suzana. Adakalanya aku senang dengan kehadiran dia dalam hidup aku, adakalanya aku susah hati. Hati sering berkata, adakah aku telah jatuh hati pada Suzana atau hanya bersimpati?

***

Luqman memeluk erat tubuh Fahmee di lapangan terbang Kuching. Lama benar dia tidak melihat sahabatnya itu. Penampilan Fahmee juga sedikit berubah. Jika sebelum ini dia kelihatan seperti tidak terurus tapi kini kemas.

“Janganlah peluk kuat sangat” pinta Fahmee

“Maafkan aku Fahmee” bisik Luqman yang masih memeluk erat tubuh lelaki itu

“Luqman..kau kenapa ni? Kau okey ke?” soal Fahmee yang mulai keliru dengan sikap Luqman

Dia sedar Luqman kelihatan sedih dan terganggu. Senyuman kelat Luqman sengaja diukir untuk menutup sengsara dalam hati. Tapi sebagai salah seorang kawan Luqman, Fahmee tahu Luqman merahsiakan sesuatu darinya.

“Sudahlah..jangan peluk lama-lama nanti orang ingat kita kunyit pula” usik Fahmee

Hambar. Luqman langsung tidak ketawa dan hanya tersenyum paksa. Mereka menghabiskan masa bersama pada tengah hari itu di sebuah kedai makan. Fahmee sempat memberi buah tangan yang dibeli dari negara orang kepada Luqman dan keluarga.

Banyak perkara yang Fahmee kongsikan ketika bertugas di sana. Cerita kelakar dan sedih menjadi topik perbualan mereka. Luqman cuba sedaya upaya untuk kelihatan biasa. Namun dia akhirnya gagal pabila Fahmee tetap berkeras mahu Luqman menceritakan perkara sebenar.

Luqman membawa Fahmee ke tempat yang sunyi dan jauh bandar. Mereka berbincang dalam kereta. Semuanya diluahkan pada Fahmee. Bagaimana layanan Hajjah Meriam, Suzana menuduhnya curang dan tanggapan keluarga Suzana ke atas Luqman. Fahmee terkejut dengan pengakuan itu kerana sepanjang dia berkahwin dengan Suzana. Hubungan mereka baik-baik saja dan layanan mereka juga baik.

“Maafkan aku Luqman. Kalau aku tahu begini tidaklah aku memaksa kau untuk menolong” balas Fahmee yang sedikit menyesal

“Tidak apalah Fahmee. Sekarang kau telah kembali aku rasa lebih baik aku dan Suzana berpisah” kata Luqman

“Aku setuju. Tak sanggup aku lihat kau terus-terusan diseksa mereka. Kau sudah banyak bantu aku dan aku bersyukur dapat sahabat macam kau” balas Fahmee yang memeluk Luqman.

Hati Luqman sedikit lega. Akhirnya penantian berakhir.

***

Luqman membuka pintu kereta yang terletak di halaman rumahnya. Hari ini dia akan menceraikan Suzana di mahkamah syariah. Tiada gunanya mereka terus bersama kerana Fahmee telah kembali dan Suzana juga enggan tinggal bersama Luqman lagi.

“Ke mana tu Luqman?” soal Nurasyima yang tetap gagah berjalan dengan perut buntingnya

“Ada hal sedikit” balas Luqman sambil melemparkan senyuman pada jirannya itu.

Idris yang sedang sibuk membasuh kereta tidak memandang ke arah Luqman. Hati Luqman sedikit terkilan, Idris semakin jauh darinya. Ayah Borhan dan Zain ingin turut serta kerana khuatir Luqman akan diserang oleh keluarga Suzana. Namun Luqman memberitahu bahawa mereka tidak perlu risau.

Tanpa berlengah, dia memandu ke tempat yang dipersetujui. Baru sebentar tadi Luqman menerima bungkusan hadiah perkahwinan dari Salina. Agak lewat untuk Salina menghadiahkan Luqman tapi Luqman tahu bahawa adiknya pasti sibuk. Telefon berbunyi dan Luqman menjawab sambil memandu.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now