4 | Sekolah

22.9K 131 151
                                    

Luqman menyapu kedua tapak tangannya ke muka. Dia baru saja selesai berdoa dan menunaikan solat Zuhur.

Selepas melipat sejadah, dia turun ke tingkat bawah dan melihat Ayah Borhan sedang menonton televisyen.

“Dah solat nak?” soal Ayah Borhan

Luqman duduk di sebelah ayahnya.

“Dah ayah..baru je tadi” balas Luqman yang turut serta menonton rancangan di kaca televisyen itu.

“Kamu dapat jumpa Zain?” soal Ayah Borhan lagi

“Tak cari dia pun Ayah” balas Luqman

“Kamu tak risaukan dia ke? Kasihan adik kamu tu Man. Ayah mohon sangat kamu tolong cari dia ya” rayu Ayah Borhan

“Ayah, dia dah besar. Dah boleh urus diri sendiri. Nanti dia dah okey, tau lah dia nak balik rumah. Lagipun dalam akaun dia tu beribu duit Luqman masukkan” balas Luqman

“Itu Ayah tau. Tapi kita tak tau dia sihat ke sakit. Kamu tolong cari dia ye nak?” pujuk Ayah Borhan lagi

Luqman tidak mampu menolak permintaan ayahnya itu. Walaupun bukan bapa kandungnya, dia tetap sayang Ayah Borhan.

“Baiklah..Saya menurut perintah..” balas Luqman

***

Sudah seminggu Luqman tidak mendengar khabar dari Zain. Nampaknya Zain benar-benar merajuk dengan Luqman.

Panggilan dan pesanannya juga telah di block oleh Zain. Luqman mulai khuatir tentang keadaan adiknya itu. Sangkaannya tentang Zain ternyata salah.

Petang itu, Luqman membawa ketiga-tiga anaknya ke salah satu pasaraya terletak di bandar. Pada masa sama dia berharap dapat terserempak dengan Zain kerana dia cukup kenal akan sikap Zain yang suka menghabiskan masa di mall

“Ayah, nak ni” kata Fariz sambil menunjukkan makanan yang dicetak di sehelai menu.

Mereka anak-beranak kini sedang memesan makanan di dalam sebuah restoran.

“Luqman?!” sapa seorang lelaki

“Fahmee!” balas Luqman sambil bersalaman.

Sudah terlalu lama mereka tidak bertemu dan masing-masing sudah berbeza. Fahmee kelihatan lebih berisi dari waktu sekolah dulu. Wajahnya juga ditumbuhi janggut nipis

Rambutnya juga dipotong pendek dan disikat ke tepi. Lagaknya seperti sudah berkeluarga.

“Jom lah makan sekali” ajak Luqman

Fahmee duduk di sebelah Luqman dan memesan makanan. Buat seketika Luqman terlupa tentang Zain dek kerana terlalu asyik berbual dengan Fahmee.

***

Hai Para Pembaca, Luqman di sini. Sudah terlalu lama Aku tidak bertemu dengan Fahmee. Kali terakhir aku bertemu dengan dia adalah ketika masih bersekolah

***

Satu tumbukan padu hinggap di pipi kanan Luqman. Dia jatuh tersungkur. Pedih rasanya pabila ditumbuk.

“Kau jangan dekat dengan Rabiatul! Dia tu aku punya faham!” ugut Fahmee yang datang bersama sekumpulan pelajar lelaki.

Selepas tamat sesi pagi di sekolah menengah, mereka telah mengheret Luqman ke dalam semak berdekatan sekolah sebelum membelasahnya sehingga lunyai.

Baju Luqman kotor dan keadaannya serabut. Kepalanya pening kerana dipijak dan ditumbuk beberapa kali. Dia dibuli.

Sejak dari hari itulah dia berdendam dengan lelaki bernama Fahmee yang kononnya mengaku sebagai teman lelaki pada gadis pujaan ramai iaitu Rabiatul.

Luqman mengaku dia tersilap langkah pabila menulis surat cinta dan memberikannya pada Rabiatul yang juga merupakan rakan sekelas.

Luqman memang jatuh hati pada Rabiatul sejak awal persekolahan lagi. Selepas dia mengambil PMR dia telah ditempatkan di sebuah kelas aliran Ekonomi. Pada waktu itulah dia jatuh hati pada gadis cantik dan putih itu.

Gayanya yang sopan, wangiannya yang lembut dan wajahnya yang bersih berjaya menambat hati hitam Luqman.

Dia benar-benar jatuh cinta pada Rabiatul dan ketika itu apa yang dia mahukan adalah memiliki gadis tersebut.

Tanpa dia sedari, surat yang dihantar itu sampai ke pengetahuan Fahmee yang merupakan seorang pelajar aliran sains.

Akhirnya Fahmee membawa rakan-rakannya untuk memberi pengajaran pada Luqman. Setelah puas, mereka meninggalkan Luqman dalam keadaan lemah.

Luqman bangkit dan menepuk-nepuk bajunya yang kotor. Hatinya kesal kerana tidak mampu melawan sekumpulan pelajar yang membelasahnya.

Dengan bentuk tubuh yang kurus kering itu dia tidak memiliki tenaga untuk mempertahankan diri. Luqman mengambil beg sekolahnya yang tercampak tidak jauh dari situ dan meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.

Tapi sebelum itu dia perlu menjemput Salina dari sekolah rendah dan mereka akan pulang bersama-sama.

“Abang?! Kenapa ni?” soal Salina yang kini berusia 12 tahun dan bakal mengambil UPSR.

Kerisauan jelas kelihatan di wajahnya tatkala melihat abang angkatnya tiba di pagar sekolah dalam keadaan kusut dan kotor.

“Abang jatuh longkang tadi” tipu Luqman.

Mana mungkin dia menceritakan hal sebenar pada Salina. Gadis itu terlalu muda untuk terlibat dengan hal begini dan ego Luqman juga bakal tercalar sekiranya Salina mengetahui bahawa abangnya telah dibuli.

Luqman tidak mahu adik-adiknya menganggapnya sebagai insan yang lemah dan tidak mampu menjaga diri. Ini kerana, selepas hukuman penjara Ayah Borhan, Luqman bertanggung jawab menjaga kedua adiknya.

Kalau Luqman tidak mampu menjaga diri sendiri dan sering dibuli, bagaimana pula dia hendak menjaga adiknya? Luqman perlu menjadi lebih kuat dan gagah. Dia perlu mempertahankan dirinya untuk keluarga.

Mereka berdua pulang ke rumah tanpa sepatah perkataan pun sementara Zain memulakan persekolahannya di sesi petang.

Bersambung..

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora