Penjelasan

6.5K 145 482
                                    

Hai pembaca..

Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kerana sudi meluangkan sedikit masa membaca tulisan yang tak seberapa ni.

Aku ingin meminta MAAF kerana kisah siri dua seperti tergantung. Memang sengaja. Tapi jangan risau sebab siri tiga akan menemui pembaca pada awal tahun nanti. Jika tiada halangan.

Tiada ucapan yang boleh aku ungkapkan melainkan terima kasih yang tidak terhingga. Setiap kali aku publish part baru untuk cerita ni pasti aku tersenyum membaca komen pembaca yang pelbagai. itulah anugerah yang paling bermakna bagi aku.

Masih ingat lagi masa mula-mula publish kisah Mr Otot part 1 Messenger FB. Waktu tu aku memang tidak harapkan apa-apa sebab bagi aku dan Luqman cerita ni sampah dan tak mungkin orang nak baca. Ini sekadar percubaan saja. Kalau anda baca part 1 pun mesti tidak menarik kan? hahaha..

Masa tu pembaca pun tidak ramai dan boleh dikira dengan jari. Aku tetap bersyukur sebab ada juga yang sudi baca. Berbunga hati bila tengok jumlah viewer tidak menunjukkan angka 0 untuk part 1. Gembiranya bukan main sebab itulah kali pertama aku hidangkan karya aku untuk bacaan umum.

Bagi aku, jumlah reader tidak penting tapi yang penting adalah bila reader komen, mereka terhibur dengan cerita aku. Kalau dulu jumlah viewer memang sikit dan ambil masa untuk bertambah tapi sekarang bila publish je tak sampai 3 hari dah lebih seratus reader baca. Terima kasih ya.

Tapi kebanyakkannya tidak meluahkan pendapat mereka. Aku risau juga takut mereka tidak suka atau menyampah dengan cerita aku. Hanya 5% je yang komen selebihnya silent. Tapi hak masing-masing. Pada silent reader tu aku harap sangat kalian terhibur walaupun kalian tidak komen tapi aku cuma nak beritahu yang aku telah buat yang terbaik jadi kalau anda terhibur baguslah tapi kalau tidak, aku minta maaf ya sebab aku tidak tahu.

Okey, tujuan aku publish part ini adalah untuk memberi sedikit penjelasan tentang kisah Mr Otot dari siri Merah hinggalah siri Biru.

1. Babak 18 SX

Ini topik yang agak sensitif dan pasti ramai tertanya-tanya kenapa perlu masukkan babak 18 sx dalam cerita ni.

Sebenarnya aku ada dua sebab. Pertama, kalau anda perasan, tiap kali Luqman melakukan babak 18 sx pasti akan ada perkara buruk berlaku selepas itu. Ini berlaku sejak dari Siri Merah lagi. Sebenarnya aku hendak tunjukkan yang Luqman menerima balasan 'cash' atas kemungkaran yang dia lakukan. Padan muka kan? hahaha

Kedua, selain dari beri pengajaran tu, aku sengaja masukkan babak ni dan tulis dengan terperinci sebagai hadiah untuk pada pembaca yang nakal dan sporting...hehe.. semoga terhibur.

2. Warna setiap siri

Kenapa aku gunakan warna untuk setiap siri? Warna merah sering dikaitkan dengan marah, tegas, dendam dan kekuatan.

Itulah tema siri satu. Kerana siri itu penuh dengan individu yang marah termasuklah Luqman. Contohnya babak dia bergaduh di Balai Polis, bergaduh dengan Saiful di rumah dan bergaduh dengan Sofia. Siri satu juga menunjukkan sisi tegas Luqman dalam selesaikan masalah dengan Sofia dan kes Atia di mana dia merogol Inspektor Aidil sebagai balasan.

Walaupun Siri Biru turut menunjukkan sikap tegas dan amarah Luqman tapi siri Biru lebih pada kenangan Luqman bersama adik beradiknya dan pengkhianatan Ayah Borhan. Warna Biru sering dikaitkan dengan kesedihan dan kekecewaan.

Siri Biru juga menunjukkan sisi Luqman yang suka mengalah dan membantu orang lain tanpa memikirkan tentang diri sendiri. Biru juga sinonim dengan kesabaran. Oleh itu pilihan warna Biru sangat sesuai.

Untuk siri tiga, warna pilihan adalah Hijau. Kenapa? hehe kerana Hijau warna kegemaran Luqman. Dia memang suka warna hijau dan alam semula jadi. Jadi warna apa lagi yang sesuai digunakan untuk siri terakhir selain warna kegemaran watak utama?

Selain itu, Hijau juga dikaitkan dengan ketenangan. Rasanya anda sudah boleh agak macam mana siri Hijau nanti kan? hehehehehehehehe 😈

3. Plot hole

Aku yakin ramai yang tidak puas hati dengan ending cerita mr otot merah dan biru sebab tergantung. Seperti yang aku katakan, akan ada siri Hijau yang juga merupakan siri terakhir untuk Mr Otot. Siri Hijau akan merungkai setiap plot hole yang menjadi tanda tanya pembaca. contohnya

Kenapa Rahimah dan Luqman berpisah?

Kenapa Luqman benar-benar menyintai Abu Suffian?

Apa terjadi pada Jefri dan Qhoiry?

Bagaimana keadaan Faizal dan Saiful selepas Faizal berkahwin?

Kenapa Inspektor Aidil terlalu setia dengan Tuan Luqman?

Kenapa Ahmad over protected terhadap Luqman?

Apa kesudahan cinta Ain dan Luqman?

Ke mana hilangnya Mastura dan Roslina?

Apa terjadi pada Zack?

Kenapa tiada balasan untuk Hajjah Meriam, Suzana, Rabiatul dan Syazarifah?

Kenapa Hajjah Meriam tidak menyukai Luqman?

Adakah Fahmee akan kembali bersama Suzana?

Bagaimana hubungan Idris dengan Luqman selepas ini?

Kenapa Mustafa jarang muncul?

Apa kesudahan Salina?

Nantikan semua jawapan pada siri tiga, akan datang sebagai penutup. Sila komen jika aku tertinggal mana-mana plot hole.

4. Tulisan Bold dari Luqman

Ini special sikit sebab yang Bold tu adalah ucapan Luqman sendiri dan aku cuma tolong taipkan saja. Dia sebenarnya ingin berkongsi cerita.

Anggap sajalah Luqman sedang berbual dengan anda dan menceritakan kisah hidupnya. Dan tulisan Bold itulah tanda dia sedang berkomunikasi dengan anda.

Sebab itulah kalau anda baca cerita ini ditulis dalam bentuk Third person POV dan hanya tulisan Bold saja First person POV. Sebabnya, Luqman sedang berborak dengan anda.

Pada mulanya aku merancang untuk buat cerita ini sepenuhnya dalam bentuk first person pov tapi tidak sesuai. Jadi ada penambahan sedikit dan ditukar pada third person pov. Dari mana dapat idea untuk gabungkan 1st person pov dengan 3rd person pov?..dari cerita Kegemaran aku House Of Card. Aku suka idea di mana watak utama berbual dengan penonton dan kemudian masuk semula dalam scene.

5. Chapter tidak banyak

aku jenis tidak suka tulis cerita panjang-panjang. Kalau cerita sudah masuk chapter 30 mulalah gelabah nak tulis ending. Ini kerana aku mahu reader aku tetap fokus pada cerita dan tidak bosan. Aku juga tidak mahu tulis panjang-panjang dan kemudian jadi mengarut.

Apa yang aku tulis sebenarnya ada kaitan dengan konflik utama, sebab itulah babak-babak yang kurang penting aku tidak masukkan. Kalau di ikutkan banyak lagi konflik dalam hidup Luqman tapi tak semua dia mahu kongsikan.

Dan disebabkan aku mudah bosan dan malas, aku pecahkan cerita Mr Otot ni kepada 3 siri sebab kalau tulis semua sampai habis memang akan cecah 90+ chapter. Kamu semua nak ke baca chapter banyak macam tu. Aku sendiri pun rimas tengok hahaha.

Sekarang pun total chapter adalah Merah (25) + Biru (38) = 63 chapter.
Banyak tuh.. Hijau pula dijangka memiliki 30+ chapter. Nasib baik Pecahkan jadi 3 kalau tak mesti serabut tengok.

Aku cuba tulis cerita kurang dari 40 chapter sebab kalau lebih sure aku mengarut. Jangan samakan dengan Mr Uniform sebab cerita tu gabungan tiga cerita berbeza Azmi, Mazlan dan Zainal yang masing-masing ada 15 chapter jadi technically cerita tu kalau pecah tiga, cuma ada 15 chapter  bagi setiap watak.

Okey. Sampai di sini saja. Sila komen kalau aku tertinggal apa-apa atau anda perlukan penjelasan lebih.

Thank You and Hug Tight!!

-Pendendam Zalim-

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now