19 | Nombor

10.3K 115 313
                                    

“Baiklah, saya minta diri dulu ya” kata Luqman sambil berjabat tangan dengan Rizki.

Luqman bersyukur kerana perbincangan mereka berjalan lancar dan mendapat kata sepakat.

Sudah seminggu Luqman berada di Kuala Lumpur dan dia benar-benar rindukan keluarganya.

Hubungan Luqman dengan Suzana juga semakin rapat dan mereka sering berbual melalui telefon. Luqman telah merancang untuk membawa anak-anaknya untuk bertemu dengan Suzana dan anaknya.

Sesi suai kenal itu wajar dilakukan agar kedua anak mereka tidak terkejut dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Luqman juga merancang untuk bertemu dengan kedua ibubapa Suzana dan jika semuanya berjalan lancar, dia akan melamar Suzana untuk menjadi isterinya seperti dalam rancangan dia dan Fahmee.

Suzana ada menyuarakan isi hatinya tentang sikap terburu-buru Luqman. Dia khuatir Luqman terlalu cepat menilai dirinya sedangkan mereka masih belum kenal hati budi masing-masing.

Namun jawapan Luqman berjaya membuat Suzana akur. Menurut Luqman, seorang isteri atau suami tidak akan kenal pasangan mereka sepenuhnya sehinggalah mereka berkahwin 2 – 3 tahun dan dalam tempoh 5 tahun pertama perkahwinan akan ada banyak ujian yang mendatang dan disitulah akan menguji keutuhan rumah tangga.

Walaupun berkata demikian, Luqman merasa dirinya seperti hipokrit kerana dia sudah merancang untuk menceraikan Suzana bila tiba masanya. Perkahwinan mereka tidak mungkin akan bertahan lebih dari setahun. Timbul rasa bersalah dalam hati.

“Pak, nanti jangan lupa ya datang ke Jakarta” kata Rizki yang cuba bercakap dalam Bahasa Malaysia

“Iya, saya tahu” balas Luqman lalu meninggalkan Rizki dan rakan sekerjanya.

***

“Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...” nyanyi Luqman sambil memandu.

Setelah lamarannya ditolak mentah oleh Ain tempoh hari, mindanya sering memutar lagu Pelamin Anganku Musnah nyanyian Azie. Entah kenapa dia merasakan lirik lagu itu seperti sesuai dengan dirinya ketika ini.

Cuaca pada tengah hari itu kelihatan mendung dan bakal hujan. Tipulah jika Luqman mengatakan bahawa dia tidak bersedih. Dia cuba sedaya upaya untuk berselindung disebalik senyuman.

Kereta yang dipandu berhenti di petak parkir dan Luqman terus menyelit keluar dari perut kereta dan menuju ke gimnasium untuk memulakan senaman angkat berat.

“Encik Luqman!” sapa satu suara lelaki

“Eh?! Laa encik Jefri..Sudah lama sampai?” soal Luqman yang terkejut melihat agen insurannya turut berada di gimnasium itu.

“Ya, sudah lama, baru habis kardio. Nak balik rumah dah. Encik Luqman baru sampai ye?” jelas Jefri

“Ya baru saja sampai, belum mula angkat apa-apa lagi ni” jelas Luqman sambil tersenyum

“Oh, main apa je hari ni?” soal Jefri lagi

“Belakang” balas Luqman pendek

“Fuh, makin mantaplah belakang encik lepas ni” puji Jefri sambil tangannya mengusap belakang Luqman yang tegap

“Alaa, kalau mantap pun bukannya ada orang nak tengok belakang aku” balas Luqman

“Melainkan kalau orang tuh doggy encik, barulah dia nampak” tambah Jefri

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now