11 | Kelas

9.1K 104 289
                                    

Hai Pembaca, Luqman di sini. Selepas aku ditangkap merokok oleh Cikgu Joshua, aku telah di hukum dan digantung sekolah. Perasaan dendam terhadap Fahmee menebal

***

Rekod disiplin Luqman merupakan antara yang terburuk di sekolah itu. Bukan kerana dia pelajar yang suka membuli atau gemar mencetuskan pergaduhan tapi lebih pada ponteng sekolah dan merokok.

Dia juga malas belajar sehingga sesetengah cikgu tidak ambil peduli akan pretasi Luqman yang kian menurun.

Setiap kali peperiksaan, dia pasti akan berada di tangga terakhir atau kedua terakhir. Beberapa cikgu cuba membantu namun hasilnya gagal. Dia juga beberapa kali menjalani sesi kaunseling tapi tidak membantu.

“Suka hati kamulah Luqman, cikgu dah tak kisah. Kamu nak jadi apa lepas ni pandai-pandailah. Cikgu kasihan dengan orang tua kamu sebab dapat anak macam kamu” perli Cikgu Rohayu

Luqman berdiam diri. Panas telinganya pabila mendengar kata-kata cikgunya itu.

Sedikit rasa bersalah pada arwah ayah dan ibunya kerana apa yang dikatakan oleh Cikgu Rohayu itu ada betulnya.

Luqman juga cuba sedaya upaya untuk mengelak dari bertemu dengan Fahmee. Dia takut dia tidak mampu menahan rasa untuk menumbuk lelaki keparat itu.

Sementara itu, perasaan Luqman terhadap Rabiatul kian pudar setelah cintanya ditolak mentah-mentah.

Menurut Rabiatul, dia tidak mahu bercinta kerana ingin fokus belajar dan jika dia ingin bercinta, dia mahukan lelaki yang rajin dan berdisiplin bukannya pemalas.

Kata-kata itu menyedarkan Luqman bahawa jurang antara mereka terlalu jauh.

***

Sedar tak sedar Luqman kini berumur 17 tahun dan dia akan menghadapi peperiksaan penting iaitu SPM.

Kebanyakan sahabat-sahabatnya tekun belajar dan menghadiri kelas tambahan. Mereka bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Tapi tidak bagi Luqman. Semuanya sama saja. Pagi ke sekolah, petang kerja di bengkel. Apa yang penting perut adik-adiknya terisi.

Dia tak berfikir panjang dan hanya fokus pada masa kini. Dia tahu bertapa pentingnya SPM tapi dia tidak pernah terbayang untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Pada hari itu, Luqman akan menghadiri kelas pendidikan jasmani dan kesihatan. Kebiasaannya, para pelajar akan dibenarkan untuk bersukan.

Ramai rakan kelas Luqman memilih untuk bermain bola sepak. Ada juga yang bermain badminton.

Luqman pula ponteng kelas kerana dia tidak suka bergaul dengan rakan sekelasnya yang sentiasa mengejek dan memandang rendah ke atas Luqman.

Tapi sebelum ponteng sekolah, Luqman telah memastikan Cikgu Joshua sibuk dan Fahmee berada di kelas. Ini semua untuk memastikan yang dia tidak akan ditangkap.

Setelah semuanya selamat, Luqman menuju ke tempat rahsianya dan membakar sebatang rokok. Ini bukan kali pertama dia merokok di kawasan sekolah.

Setiap hembusan asap yang keluar dari paru-parunya memberi ketenangan yang luar biasa. Dia perlukannya.

Semalam dia berbincang dengan Salina, tentang hala tuju masa depan. Hasil keputusan UPSR Salina sangat bagus.

Dia ditawarkan untuk masuk ke sekolah asrama penuh. Luqman sangat gembira dengan berita tersebut dan menyokong kemasukan Salina.

Salina pula hanya tersenyum kelat. Luqman yakin Salina akan berjaya dan akan menjalani hidup lebih baik. Namun berita ini belum disampaikan pada Ayah Borhan.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now