36 | Nasihat

6.2K 119 447
                                    

“Mana Luqman?” soal Rabiatul yang sedar akan kekurangan salah seorang sahabat mereka.

Pada hari terakhir, akan diadakan acara cabutan bertuah dan penyampaian saguhati buat mereka yang hadir tapi sejak dari pagi Luqman tidak kelihatan. Adakah dia masih terlena di bilik?

“Cari Luqman? Dia sudah balik selepas subuh tadi. Katanya ada hal perlu diselesaikan” balas Shukri

Menurut lelaki itu, Luqman seperti kelam kabut hendak pulang selepas mereka solat subuh berjemaah dan meminta maaf kerana tidak sempat menghadiri majlis penutup. Rabiatul sedikit terkilan dengan sikap Luqman yang langsung tidak memberitahu dia. Mujurlah semua hadiah ada bersama Shukri untuk diagihkan.

***

Suzana membuka pintu pagar dan menyambut salam dari seorang wanita.

“Maaf kacau, saya Rabiatul, kawan Luqman. Dia ada di rumah?” soal Rabiatul sambil bersalaman dengan Suzana

“Dia baru saja keluar. Kenapa ya?” soal Suzana

Rabiatul menjelaskan bahawa dia adalah salah seorang rakan sekelas Luqman dan dia ingin menyampaikan saguhati dari majlis reunion mereka. Oleh kerana Luqman meminta diri terlebih awal maka terpaksalah Rabiatul singgah sebentar di rumah Luqman.

“Terima kasih sebab susah-susah saja hantar saguhati ni” kata Suzana

“Sama-sama. Oh ya, sebelum terlupa ini baju sejuk Luqman. Dia tertinggal kat dalam bilik saya” balas Rabiatul

Suzana terlopong mendengar kata-kata wanita bertudung kuning cair di hadapannya itu. Dia salah dengarkah? Luqman tertinggal baju di bilik Rabiatul? Bagaimana? Semua persoalan itu bermain di minda sementara Rabiatul menghilang dari pandangan.

Hati Suzana yakin bahawa Luqman telah curang di belakangnya. Sudah pasti Luqman tidur bersama Rabiatul dan kerana itulah baju tersebut tertinggal di sana. Gerak hati isteri tidak pernah menipu. Apa yang dilakukan oleh suami pasti boleh dihidu oleh sang isteri.

Suzana benar-benar tidak menyangka bahawa suaminya yang kelihatan baik, penyayang dan penyabar itu rupanya main kayu tiga. Lebih teruk lagi dengan isteri orang. Tanpa disedari, air mata mengalir di pipi.

Pedih rasanya cinta dikhianati. Inilah balasan yang Suzana terima dari Luqman. Sungguh kejam lelaki itu. Kaki melangkah masuk semula ke dalam rumah dengan hati yang lara.

Dia perlu luahkan apa yang terpendam dalam hati. Komputer riba dibuka dan tangan menaip dengan pantas. Semuanya diluahkan sementara masih segar. Apa yang dia perlukan adalah nasihat dan sokongan. Di sinilah tempat yang paling sesuai. Selesai menaip, Suzana menekan butang hantar.

Beberapa jam kemudian, Ayah Borhan melihat Suzana membawa kedua anaknya bersama beg pakaian. Ayah Borhan sempat bertanya ke mana Suzana hendak pergi namun wanita itu tidak melayan dan terus memandu keluar.

***

“Syamila, Fauzan? Ayah dah balik ni” kata Luqman yang masuk ke dalam rumah bersama Zain.

“Ayah, mama keluar dengan Syamila dan Fauzan” balas Fayyad yang menyalam tangan Luqman

“Huh? Ke mana? Kenapa kamu tidak ikut sekali?” soal Luqman

Fayyad mengangkat bahu tanda tidak tahu. Luqman bertanya pada Ayah Borhan dan dia juga tidak tahu. Pening kepala Luqman. Apa lagi drama yang Suzana pentaskan. Dia kemudian melangkah ke bilik tidur dan perasan komputer riba terpasang sedangkan ianya telah dimatikan sebelum dia keluar.

Hatinya tergerak untuk melihat dan ternyata Suzana terlupa untuk log keluar dari profil facebook. Hancur hati Luqman membaca apa yang dipaparkan pada skrin komputer. Suzana menulis.

Assalam admin, tolong hide profil saya. Saya seorang bekas janda yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Saya terpaksa meluahkan masalah di sini kerana mengalami tekanan melampau. Ramai orang kata perkahwinan itu indah tapi sebenarnya penuh cabaran. Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah tentang suami saya.

Kami baru saja berkahwin beberapa bulan yang lepas dan kehidupan kami serba lengkap. Oh lupa hendak beritahu, suami saya dahulunya seorang duda anak tiga. Pada awal perkahwinan suami saya memang seorang yang penyayang, jaga solat dan tidak pernah gagal beri nafkah. Tapi masalahnya suami saya telah main kayu tiga.

Saya tidak sangka suami saya yang baik itu rupanya curang. Patutlah ibu saya tidak merestui perkahwinan kami mungkin kerana firasat keibuannya. Saya juga perasan suami saya memang tidak menyukai ibu saya. Sekarang saya buntu hendak buat apa. Minta jasa baik sahabat di sini untuk beri nasihat

Isteri terluka

Suzana menghantar luahan tersebut pada satu kumpulan alam maya yang cukup dikenali ramai dalam facebook iaitu Kisah Rumah Tangga atau KRT. Bulat mata Luqman membaca luahan hati Suzana. Dia binggung dan keliru. Curang? Dia curang dengan siapa?

Luqman kembali membaca setiap komen-komen dari netizen dan alangkah terkejutnya dia membaca maklum balas dari mereka yang rata-rata menghasut.

Bawang 1 : Dasar jantan sial! Siapa laki kau tu mari aku cili punai dia

Bawang 2 : Lelaki memang macam tu, bila sudah senang mulalah cari wanita lain. Sekarang ni tidak ada lelaki yang setia

Bawang 3 : Takutnya nak kahwin bila baca cerita macam ni. Lebih baik bujang tak adalah makan hati. Lebih baik jaga ibubapa dari berkahwin dengan lelaki macam ini

Bawang 4 : Minta fasakh saja, jangan tunggu. Kasihan anak-anak. Lelaki memang patut diajar!

Bawang 5 : Apalah nasib anak-anak, laki kamu tuh memang tidak reti tahan nafsu ke? Geram pula dengan jantan macam ni!

Bawang 6 : Kuatkan semangat sis, saya dulu pernah di tempat sis dan saya faham perasaan sis. Jangan biarkan diri diperbodohkan oleh jantan keparat itu.

Bawang 7 : Eii geramnya aku. Kalau suami aku memang dah lama kena. Letak racun je dalam makanan dia biar berbuih mulut

Bawang 8 : Aku doakan suami kau mati kena gilis lori. Gatal punai

Bawang 9 : Itulah siapa suruh kahwin dengan duda. Potong saja punai bagi anjing makan

Bawang 10 : Jaga solat? Hahaha hipokritlah suami awak. Neraka kirim salam

Bawang 11 : I tak faham kenapa perempuan selalu mengalah dengan suami. Wake up sis!

Bawang 12 : Lelaki masa bercinta semuanya indah bila sudah kahwin semuanya pahit. Tinggalkan saja suami anda

Bawang 13 : Biar saja dia pergi kat betina sundal tuh. Nanti dah menyesal mesti dia merayu-rayu melutut minta rujuk balik dengan awak

Luqman menghela nafas dan mengurut dahinya. Cacian dan hinaan dari ‘malaikat’ dalam facebook memang terkesan di hati. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dan siapa Luqman tapi cara mereka komen seperti mereka tahu segalanya. Luqman mencapai telefon bimbit dan membuat panggilan.

“Hey! Kau nak apa telefon anak aku ha? Jantan keparat! Baik kau cakap kau buat apa pada anak aku?!” tengking satu suara keras yang Luqman kenali

Suara milik Hajjah Meriam. Luqman sendiri tidak mengerti apa yang berlaku sebab itulah dia cuba menghubungi Suzana tapi Hajjah Meriam yang menjawab. Belum sempat Luqman membalas, Hajjah Meriam menamatkan panggilan.

Tiba-tiba dia menerima satu pesanan ringkas dari telefon bimbit dari nombor yang tidak dikenali.

Rindu aku? Kirim salam pada isteri baru sebab tak lama lagi hidup kau akan musnah! -Tidak Dikenali

Luqman keliru. Bukankah ini mesej ugutan yang dia terima sebelum ini. Setelah lama menyepi kenapa muncul semula? Semua masalah datang serentak.



Bersambung..

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now