9 | Luahan

8.8K 116 180
                                    

“Tahniah Faizal. Lepas ni kenalah belajar berkongsi, sebab hidup sebagai suami isteri ni kena berkongsi banyak perkara” kata Mardiana

Isteri kepada Saiful itu kelihatan gembira dengan berita yang dicuri dengar dari perbualan antara Luqman dan Faizal.

Saiful pula hanya berdiam diri. Dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan marahnya namun tetap dapat dirasai oleh Luqman dan Faizal.

Oleh kerana mereka bertemu di restoran yang sama, Mardiana dan Saiful menyertai Faizal dan Luqman untuk makan tengah hari bersama-sama.

Mardiana memang seorang yang ayu dan lemah lembut. Inilah kali pertama Luqman berjumpa dengan isteri Saiful.

Sebelum ini dia hanya mendengar cerita tentang gadis ini dan tidak ramai sahabat Saiful yang pernah berjumpa dengannya.

Saiful memang terkenal dengan sifat perahsianya. Sehingga kini, hanya Faizal, Zack dan Luqman sahaja yang pernah melihat wajah Mardiana.

“Jadi, bila majlisnya?” soal Mardiana yang tidak sabar

“Tak pasti lagi. Masih dalam perbincangan” balas Faizal

“Seronoknya!! Teringat pula masa nak kahwin dulu kan Abang?” soal Mardiana pada Saiful sambil tangannya memeluk lengan sasa Saiful

Mereka berdua kelihatan sangat secocok. Faizal mengalihkan pandangannya. Cemburu mungkin.

“Hmm..baguslah kau dah nak kahwin” kata Saiful yang akhirnya bersuara semula

Suasana janggal seketika.

“Kejap ye, nak ambil nasi dulu” kata Mardiana

“Tak apa, sayang duduk je, biar abang yang ambilkan” balas Saiful

Saiful berdiri lalu menuju ke arah lauk-pauk yang tersedia di restoran layan diri itu. Luqman juga turut bangun untuk membasuh tangannya.

Sedang Luqman sibuk membasuh tangan di sinki, belakangnya ditepuk lembut.

“Esok kau sibuk?” soal Saiful yang berada di belakang Luqman

“Tak pasti lagi, pagi aku ada mesyuarat. Mungkin petang okey kot” balas Luqman

“Hmm..okey nanti aku mesej kau” balas Saiful lalu meninggalkan Luqman dan menuju ke meja makan.

‘Kenapa dia nak jumpa aku?’ soal Luqman dalam hati.

***

Keesokan harinya, Luqman menerima satu pesanan ringkas melalui telefon bimbit.

Bersedialah, tak lama lagi kau akan melutut dan merayu - Tidak Dikenali

Luqman menatap mesej berbaur ugutan itu. Ini adalah kali ketiga. Sedikit rasa gementar terbit di jiwa.
Adakah seseorang berdendam dengannya? Jika ya, kenapa?

Persoalan itu mula muncul. Namun Luqman mengambil sikap sambil lewa kerana ini bukan kali pertama dia diugut.

Tapi hatinya tergerak untuk memeriksa siapa yang telah menghantar mesej seperti ini.

“Boleh jumpa aku esok?” soal Luqman yang bercakap melalui telefon bimbitnya.

“Boleh Tuan. Mesej aku tempat dan masa” balas Inspektor Aidil di hujung talian.

Luqman tersenyum. Kali ini dia terpaksa meminta bantuan Aidil untuk menyiasat tentang perkara ini. Namun dia tidak mahu terburu-buru kerana ada kemungkinan mesej itu hanyalah gurauan atau tersalah hantar.

Masih segar dalam ingatan tentang aksi nakal dia ‘merogol’ Inspektor Aidil beberapa bulan lalu. Hubungan mereka tetap rapat walaupun sudah lama tidak bertemu.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now