7 | Jiran

9.7K 114 193
                                    

"Hi Para Pembaca, Luqman disini. Sepanjang persahabatan aku dan Fahmee, ini kali pertama dia meminta pertolongan yang besar dari aku. Sebagai seorang kawan aku berasa serba salah jika tidak menolong dia"

***

Luqman memandu keretanya pulang ke rumah. Fikirannya masih melayang-layang tentang permintaan dari Fahmee yang agak keterlaluan.

Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk membantu Fahmee seperti itu namun apakan daya atas nama persahabatan dia tersepit.

Suasana riuh kedengaran dalam kereta dengan kerenah ketiga-ketiga anaknya yang semakin membesar. Sesekali Luqman tersenyum melihat gurauan mereka. Inilah harta paling berharga baginya

Kereta yang dipandu telah selamat sampai ke rumah dengan cermat. Membawa kereta bersama anak membuat Luqman sedar bahawa dia perlu memandu secara berhati-hati.

Anak-anak Luqman berlari masuk ke dalam rumah dan kemudian terus menyalakan televisyen. Mereka duduk disofa sambil menonton rancangan.

Ayah Borhan pula keluar bertemu rakannya. Luqman kemudian keluar semula untuk mengambil barang dari keretanya.

"Macam nak hujan hari ni ye" tegur seorang lelaki yang juga merupakan jiran baru Luqman.

"Ye..langit gelap je" balas Luqman sambil membalas senyuman jirannya.

Lelaki botak itu menegur Luqman dari rumahnya dan mereka terpisah dengan pagar disekeliling rumah.

"Aku Idris, dari melaka" katanya sambil menghulur tangan untuk berjabat.

Luqman menghampiri lelaki tersebut sambil menyambut tangannya

"Aku Luqman, dari Kuching" balas Luqman yang cuba melawak

"Haha..kau memang asal sini ye..cuti ke hari ni?" soal Idris

"Ye cuti..kau baru pindah ke? Tak pernah nampak pun" soal Luqman

"Ye, aku baru sampai semalam. Isteri aku dah pindah sini 2 minggu lepas cuma aku je lambat sikit sebab ada urusan di melaka" balas Idris

Luqman hanya mengangguk lemah. Isteri Idris pun dia belum pernah lihat.

"Ok la, aku nak masuk dulu" pinta Luqman

"Ok bro..selamat berjiran..haha" balas Idris

***

Keesokan harinya Luqman datang bersama Ayah Borhan dan anak-anaknya ke rumah Idris. Rahimah juga turut hadir kerana selepas ini dia akan membawa anak mereka pulang kerumahnya.

Tujuan Luqman ke sana adalah untuk berkenalan dengan jirannya kerana mereka adalah jiran Luqman yang paling dekat sementara rumah lain belum berpenghuni.

Luqman juga sempat membawa kek lapis sarawak dan buah-buahan sebagai buah tangan menyambut kehadiran jiran baru.

Idris kelihatan gembira menyambut kehadiran Luqman dan keluarganya yang kelihatan seperti satu keluarga yang bahagia.

Isteri dan anak Idris muncul dan memperkenalkan diri. Namun Luqman lupa nama isteri Idris dek kerana terlalu fokus melayan kerenah Fariz yang tiba-tiba merenggek tak tentu pasal. Mungkin kerana Fariz sedar bahawa dia bakal berpisah lagi dengan Ayahnya.

Idris dan isterinya kelihatan secocok. Kacak dan cantik. Walaupun Idris sedikit gelap dan tinggi namun tetap kacak manakala isterinya pula putih dan sedikit berisi namun tidak gemuk dengan ketinggian 160cm.

Idris mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kesemuanya comel-comel belaka dan masih kecil. Anak sulungnya pula baru berusia 10 tahun.

Menurut Idris yang berusia 32 tahun itu, dia dan isteri kahwin pada usia muda dan mereka terus dikurniakan anak pada bulan ke 2 selepas berkahwin.

"Masa aku awal-awal kahwin dulu, rumah masih kosong, tv apa semua belum ada. Yang ada peti ais dan mesin basuh itupun beli second hand. Isteri aku pula baru je berhenti kerja. Tak ada aktiviti nak buat, jadi kami buat anak je la" kata Idris yang menjelaskan kenapa dia dikurniakan anak dengan cepat.

Mata Luqman terbeliak mendengar pengakuan berani mati Idris. Mujurlah hanya dia dan Ayah Borhan yang ada ketika itu. Rahimah dan Isteri Idris pula berada didapur sedang membasuh pinggan manakala anak-anak mereka sibuk bermain.

Setelah hampir satu jam menghabiskan masa di rumah Idris, Luqman meminta diri untuk pulang.

"Terima kasih ye Luqman sebab sudi datang" kata Idris sambil bersalaman dan memeluk Luqman

"Sama-sama Idris. Nanti kalau ada apa-apa panggil je aku atau Ayah Borhan kalau aku tak ada di rumah" balas Luqman

"Okey la..isteri kau dah tunggu tu" kata Idris

Luqman pelik sebentar lalu memandang ke belakang dan melihat Rahimah dan anak-anaknya sedang menunggu dia.

"Ermm..sebenarnya dia bekas isteri aku" balas Luqman

Idris kelihatan terkejut dan dahinya berkerut. Luqman meminta diri dan meninggalkan Idris yang terpinga-pinga.

***

Malam itu Luqman mengemas bajunya. Dia akan terbang ke Kuala Lumpur pada awal pagi esok atas urusan kerja. Ahmad telah berada disana dan menunggu ketibaan Luqman.

Baru sebentar tadi Fariz menangis semahunya kerana enggan berpisah dengan Luqman. Fayyad dan Nur Syafina pula sudah terbiasa melihat Luqman pergi. Sayu hati Luqman.

Pintu biliknya diketuk dan Ayah Borhan masuk.

"Kamu dah jumpa Zain?" soal Ayah Borhan yang duduk ditilam Luqman

"Belum lagi" balas Luqman sambil melipat baju kemeja dan memasukkan ke dalam beg.

Ayah Borhan mengeluh berat. Luqman hanya memandang wajah Bapa angkatnya itu. Ayah Borhan kelihatan sedih.

"Ayah jangan lah risau. Zain pasti selamat. Dia dah besar" pujuk Luqman

"Semalam Ayah mimpi pasal Zain. Ayah rindu dia. Kamu tolong cari Zain ya" pinta Ayah Borhan.

"Insya Allah, Luqman akan usaha. Ayah okey ke seorang diri nanti?" soal Luqman pula

"Insya Allah, Ayah okey. Lagipun Salina kan balik sini esok" kata Ayah Borhan lagi

Barulah Luqman teringat adik perempuannya akan kembali ke Kuching untuk bercuti. Pasti dia mahu bertemu Zain tapi Salina tidak tahu apa yang telah berlaku.

Luqman juga tidak sempat bertemu Salina kerana dia perlu ke Kuala Lumpur pada pagi esok.

Keesokkan harinya, Ayah Borhan menghantar Luqman ke lapangan terbang Kuching dan akan menunggu ketibaan Salina disana.

Luqman memberi satu pelukan erat pada Ayah Borhan sebelum menaiki kapal terbang. Sebaik saja kapal terbang berlepas, Luqman terus terlelap keletihan akibat tidak cukup tidur semalam.

Luqman tersedar pabila salah seorang pramugari mengejutkan Luqman dari tidurnya. Kapal terbang selamat mendarat dan kesemua penumpang sudah bersedia untuk turun. Hanya Luqman saja yang masih mamai.

Kepala Luqman masih pening ketika dia berjalan keluar lapangan terbang Kuala Lumpur. Telefonnya berbunyi dan Ahmad memberitahu bahawa dia sedang menunggu Luqman dilapangan terbang.

Beberapa minit kemudian mereka bertemu dan terus ke kereta.

"Tuan okey ke ni? Atau nak tunda dulu mesyuarat tu?" soal Ahmad yang melihat Luqman keletihan

"Kita teruskan je mesyuarat tu. Aku okey je." balas Luqman

Ahmad menghidupkan enjin kereta dan terus memandu meninggalkan lapangan terbang itu.

Sekali lagi telefon Luqman berbunyi tapi kali ini ada satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali

Tak lama lagi hidup kau akan musnah!! - Tidak Dikenali

Ini ugutan kedua yang Luqman terima. Dia mula rasa pelik.

Bersambung..


MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now