17 | Wanita

5.4K 111 367
                                    

“Maaf saya terlewat sedikit” kata seorang wanita muda yang menawan.

Luqman tersenyum melihat wanita tersebut datang dengan pakaian sopan menutup aurat.

“Tidak mengapa” balas Luqman

“Sudah lama awak sampai?” soal wanita itu

“Tidak lama. Baru 10 minit” balas Luqman

Wanita itu memberi senyuman menawan. Luqman terdiam seketika dan hatinya sempat memuji kecantikan wanita itu.

“Anak-anak awak sihat?” soal wanita itu pula

“Iya sihat, anak awak?” soal Luqman

Wanita itu hanya mengangguk. Mereka berdua kini berada di sebuah restoran di bandar Kuching.

Sesi temujanji mereka ini adalah atas permintaan Luqman yang teringin hendak bertemu dengan si wanita.

Wanita itu benar-benar gembira dan menerima permintaan Luqman dengan hati terbuka. Selama beberapa bulan, mereka hanya berkenalan melalui media sosial dan kini pertemuan antara mata perlu dilaksanakan. Inilah wanita yang sering Luqman hubungi ketika malam.

Tanpa Luqman sedari, wanita itu turut mengagumi fizikal dan peribadi Luqman. Badannya yang tegap dan sikapnya yang maskulin berjaya mencuri hati wanita tersebut sehingga membuatnya bertindak untuk mengenali Luqman dengan lebih rapat.

Mereka memesan makanan dan mula berkenalan. Luqman kelihatan agak kekok dan wanita itu pula malu-malu kucing.

Walaupun begitu, kedua mereka menikmati masa bersama-sama dalam keadaan tenang dan bahagia.

Masa berlalu dengan pantas dan sedar tidak sedar, sudah 1 jam lebih mereka bersama. Wanita itu kemudian meminta diri untuk pulang dan Luqman mengerti

Luqman menghantar wanita itu ke kereta.

“Terima kasih awak, buat susah je” kata wanita itu

“Sama-sama, tak ada masalah” balas Luqman

“Saya gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan awak” sambung wanita itu lagi

Luqman tersenyum.

“Awak..sebenarnya ada benda saya nak cakap” kata Luqman dengan nada serius

“Apa dia?” soal wanita itu

“Saya rasa saya telah jatuh cinta pada awak, Suzana” kata Luqman dengan sekali nafas

Suzana terdiam. Jantungnya berdegup kencang bagai hendak pecah.

“Sa..saya..aw..awaak?” kata Suzana tergagap-gagap

Luqman tersenyum melihat reaksi Suzana.

“Awak jangan risau, saya tak paksa awak untuk buat apa-apa. Saya cuma meluahkan isi hati saya saja” jelas Luqman

Lega hati Suzana. Dia juga sebenarnya jatuh hati pada Luqman tapi ini kali pertama mereka bertemu. Suzana tidak mahu terburu-buru seperti perkahwinannya sebelum ini yang akhirnya membawa pada penceraian.

Dia tidak sanggup kehilangan seseorang seperti Luqman. Suzana kemudian masuk ke dalam kereta dan terus menjerit keriangan setelah Luqman beredar.

Dia teruja dan malu pada masa sama kerana Luqman meluahkan rasa cinta. Suzana benar-benar gembira. Dia tersenyum sendiri. Keretanya kemudian dipandu meninggalkan kawasan tersebut.

Luqman memerhati kereta Suzana meluncur di jalan raya. Dia kemudian mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang

“Fahmee? Ni aku Luqman, sudah selesai dan semuanya mengikut perancangan” kata Luqman

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now