24 | Curang (18SX)

12.5K 139 500
                                    

Api kemarahan mendidih dalam hati. Sehingga kini, Luqman masih punya rasa sayang pada bekas isterinya itu. Walaupun telah beberapa tahun berpisah.

Melihat Rahimah bersama lelaki lain membuat Luqman hilang akal lebih-lebih lagi lelaki itu adalah Idris, jiran dan juga sahabatnya yang telah berkahwin. Luqman ibarat bermimpi, sungguh dia tidak percaya dengan apa yang telah Idris lakukan.

Mereka berdua tergamam melihat Luqman berdiri tegak di pintu dengan wajah terkejut.

“Luq..luqman” kata Idris yang tergagap sambil mengutip pakaiannya di lantai

Rahimah pula kelam kabut menutup tubuhnya dengan selimut. Tanpa membuang masa Luqman meluru ke arah Idris dan merempuh keras lelaki botak itu.

“Abang!!” jerit Rahimah

“Sial! Berani kau sentuh dia!” tegas Luqman

Idris terbaring dilantai dan Luqman duduk di atas perutnya. Tangan kanannya menggengam penumbuk dan diangkat. Hatinya berbahagi, dia mahu menumbuk Idris tapi dia tidak sanggup melukakan sahabatnya itu.

Namun Luqman tewas dengan bisikan syaitan, dia kemudian cuba menumbuk Idris namun berjaya dihalang oleh Rahimah. Terkejut dengan tindakan Rahimah, Luqman berpaling pada ibu kepada ketiga-tiga anaknya itu yang berbogel tanpa seurat benang.

Wajah Luqman kemudian ditampar dengan kuat oleh Rahimah. Idris tergamam melihat apa yang berlaku. Suasana senyap seketika.

“Abang jangan jadi bodoh boleh tak!” bentak bekas isterinya.

“Dia ni suami orang. Kamu sedar tak?” tegas Luqman sambil mengosok pipinya yang pedih.

“Jadi? Sekurang-kurangnya dia suami yang lebih baik dari abang” perli Rahimah

Sakit hati Luqman mendengar kata-kata Rahimah.

“Kamu memang melampau!” balas Luqman yang kemudian keluar meninggalkan mereka berdua.

Dia kemudian menuju ke kereta dan memandu pergi dari hotel. Emosinya kurang stabil dan dia mencarut dalam hati. Dia benar-benar kesal dengan apa yang berlaku.

Kenapa Idris sanggup curang dengan isterinya? Kenapa Rahimah memilih Idris sedangkan ramai lagi lelaki bujang diluar sana? Kenapa Luqman bukan seorang suami yang baik untuk Rahimah?

Semua persoalan itu menghimpit minda Luqman membuat dia memandu dengan laju.

Sampai di suatu tempat yang sunyi, Luqman menjerit sekuat-kuatnya dari dalam kereta. Ikutkan hati mahu saja dia memandu dan melanggar dinding dengan kuat.

Air matanya ditahan dari gugur dan hatinya berkecamuk. Tiada gunanya dia menangis untuk Rahimah lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Hatinya pedih!

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket dan nombor terus dihubungi.

Hello?” soal seseorang

“Dia dah kecewakan aku, Abu” balas Luqman

“Siapa?” soal Abu Sufian

“Rahimah. Dia dah kecewakan aku” adu Luqman

“Kenapa ni Luqman? Cuba jelaskan” pujuk Abu Sufian

“Dia sudah ada orang lain” kata Luqman

Luqman cuba untuk tidak menceritakan aib bekas isterinya pada Abu Sufian kerana dia tahu Abu Sufian bencikan Rahimah.

“Dia sudah move on lah tuh sebab tuh ada orang lain” balas Abu Sufian.

“Tolong aku. Aku nak buang rasa sayang aku pada Rahimah” pinta Luqman tiba-tiba

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now