13 | Kembali

5.9K 106 282
                                    

Seminggu kemudian, siasatan ke atas Cikgu Joshua dijalankan pabila dia kembali ke sekolah untuk menyambung tugasnya.

Dia menuju ke bilik Pengetua dan sesampainya di sana, Luqman dan Cikgu Arifin turut hadir. Cikgu Joshua mulai berang melihat anak muridnya yang penuh muslihat.

"Silakan duduk" pinta Pengetua

Cikgu Joshua duduk dan memandang tepat ke arah Luqman yang menundukkan wajahnya. Orang salah pastinya takut.

"Baiklah. Luqman, kamu ada perkara nak bagitahu Cikgu Joshua kan?" kata Pengetua

Cikgu Joshua hanya mendengar dan menunggu.

Luqman terketar-ketar dan dia mula menangis. Cikgu Joshua mula merasakan ini semua lakonan

"Cikgu Joshua tak salah. Saya yang perangkap dia" kata Luqman

Tergamam Cikgu Joshua mendengar pengakuan jujur Luqman.

"Apa?" soal Cikgu Joshua yang tidak percaya.

Luqman kemudian menjelaskan bahawa dia telah merancang untuk membiarkan dirinya ditangkap merokok oleh Cikgu Joshua. Dia juga memilih waktu yang tepat agar Cikgu Arifin turut berada di sana dan menyaksikan aksi cumbuan Cikgu Joshua dan Luqman.

"Kenapa kamu buat semua ni?" soal Cikgu Joshua lagi

"Sebab saya benci cikgu!" balas Luqman

Mereka bertiga terdiam.

"Kenapa?" soal Pengetua

"Cikgu Joshua selalu denda saya. Dia tak pernah nak ambil berat pasal saya. Dia kejam" jelas Luqman.

"Tapi kamu kan langgar peraturan. Sepatutnya kamu didenda" kata Cikgu Arifin pula

"Ye memang betul tapi saya jadi macam ni bersebab. Tiada siapa yang mengerti" balas Luqman lagi.

Suasana bertukar janggal seketika.

"Baiklah, disebabkan kau berani fitnah cikgu sendiri, kamu akan dapat hukuman paling berat" kata Cikgu Arifin

Luqman mengeluh berat. Dia redha.

"Tak cikgu, saya rasa kita tak patut hukum dia lagi" pinta Cikgu Joshua

Pengetua dan Cikgu Arifin terkejut dengan kata-kata Cikgu Joshua. Selalunya Cikgu Joshua akan bersemangat pabila mendengar soal denda atau hukuman tapi kali ini dia berlembut.

"Luqman, kamu tunggu di luar dulu. Biar kami berbincang" kata Pengetua

Luqman akur dan menunggu di luar bilik Pengetua.

"Saya dah kerap kali mendenda Luqman dan ianya tidak membawa perubahan positif. Biar saya guna cara lain" kata Cikgu Joshua

"Kamu yakin?" soal Cikgu Arifin

Cikgu Joshua mengangguk perlahan.
Perbincangan mereka bertiga singkat tapi mereka berjaya mencapai kata sepakat dengan mudah.

Pintu bilik dibuka dan Cikgu Joshua keluar untuk bertemu Luqman yang sedang menunggu.

Melihat Luqman termenung jauh menambah sayu dihatinya. Sebagai warga pendidik dia sepatutnya mengambil tahu tentang anak muridnya dan bukannya terus menghukum. Segala perasaan benci tadi bertukar kepada kasihan.

"Luqman" panggil Cikgu Joshua

Luqman tersedar dari lamunannya. Dia segera mendapatkan cikgu disiplin itu.

"Kamu tidak akan didenda. Tapi cikgu nak kamu berubah. Faham?!" kata Cikgu Joshua dengan lembut tapi ada nada tegas.

Luqman pelik. Kenapa dia boleh terlepas dari hukuman sedangkan apa yang dia lakukan terlalu berat untuk dimaafkan.

MR. OTOT : BIRU (Siri 2)Where stories live. Discover now